'THE CHOSEN ONE' KEMBALI., 16 PESERTA TERLIBAT, MULA BERSIARAN 20 SEPT!
Siaran Media:
KEMBALI menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro yang memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611).
Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).
Kejayaan musim pertamanya telah mencipta fenomena setelah menjangkau lebih dari 3.5 juta penonton di televisyen.
Amir Sisi, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dari perkampungan orang asli di Gerik, Perak, telah dinobatkan juara musim lepas dan menjadi tular dengan lebih 235 juta tontonan di TikTok.
Vokal hebatnya mendapat pujian termasuk daripada Timbalan Menteri Pendidikan di Parlimen Malaysia. Kini, Amir adalah bakat eksklusif Rocketfuel dan telah melancarkan single pertamanya berjudul Ayah Ibu.
“Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada musim pertama, kami kini kembali dengan musim kedua yang lebih berprestij, hebat dan kompetitif daripada sebelumnya. Kami sedar bahawa terdapat ramai kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian. Lantas, kami cipta pentas ini untuk mereka bersinar. Juara musim pertama, Amir Sisi membuktikan bahawa mempunyai latar belakang yang berbeza tidak boleh menghalang sesiapa pun daripada mencapai impian mereka untuk bersinar di atas pentas, dan kami berharap mesej ini dapat disampaikan kepada seluruh Malaysia melalui program nyanyian ini, tidak kira muda atau pun tua.
"Kami berharap para penonton terpukau dengan persembahan mereka bersama dengan selebriti-selebriti popular ini. Bukan mudah untuk melihat gabungan antara mereka, dan kami percaya peserta-peserta ini akan terus cemerlang dalam industri ini dengan bimbingan selebriti-selebriti atau pun coach masing-masing. Akhir kata, kami berharap musim terbaharu ini akan sekali lagi memperkenalkan bakat generasi baharu yang mampu menawan hiburan Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa,” ujar Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin pada majlis pelancaran program tersebut baru-baru ini.
Sejajar dengan matlamat Astro, program ini bertujuan untuk memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu yang mampu melonjakkan industri hiburan Malaysia. Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.
Seramai 16 peserta berumur daripada 11 tahun hingga 17 tahun dari seluruh Malaysia dipilih daripada uji bakat untuk berentap dalam ‘The Chosen One 2024’, termasuk juara pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan, bakat yang pernah tular di media sosial, serta wajah-wajah baharu yang tidak mempunyai pengalaman bertanding dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
8 daripada mereka yang berjaya menarik perhatian para coach selebriti ini akan dipilih sebagai pasangan dengan selebriti tersebut.
Kelapan-lapan duo ini akan bersaing di pentas utama program untuk merebut gelaran sebagai juara.
Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor.
Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.
Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.
‘The Chosen One 2024’ kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
PENJURIAN & TRIVIA ‘THE CHOSEN ONE’ MUSIM KEDUA |
- Untuk ‘The Chosen One 2024’, lebih daripada 300 peserta hadir ke uji bakatnya yang telah diadakan di AEON Shah Alam dan Shangri-La Tanjung Aru, Sabah.
- Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.
- Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).
- Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.
- Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.
- Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM5,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my
- Para penonton boleh mengundi persembahan kegemaran mereka pada setiap minggu sejurus selepas program tamat menerusi www.thechosenone.com.my . Peserta dan ‘coach’ mereka yang mendapat undian tertinggi akan memenangi anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’ yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.
PESERTA ‘THE CHOSEN ONE’ MUSIM KEDUA |
1 | Azry Sabri | 9 | Qal Daienish |
2 | Akhil Mikhail | 10 | Geng 3 Beradik |
3 | Kiki Fateeha | 11 | Baiq Balqis |
4 | Awangku Zaq | 12 | Alif Irhan |
5 | Wan Fahrin | 13 | Farah Aina |
6 | Auny Nabihah | 14 | Eriq Fikri |
7 | Elofa Reza | 15 | Atikah Rose |
8 | Evanqa Shreya | 16 | El Elza |
#TheChosenOne. #AstroCeria #AstroRia #AmirSisi #AyahIbu #Peraduan #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan