Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

124 CALON RTM UNGGULI TOP 5 ANUGERAH SERI ANGKASA 2024!


Siaran Media:


SENARAI lima teratas (Top 5) bagi setiap kategori Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 anjuran Kementerian Komunikasi yang memberikan pengiktirafan kepada penggiat industri kreatif penyiaran telah pun disenarai pendek hasil penilaian juri profesional yang dilantik.


Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjaya melepasi 124 pencalonan daripada 60 buah kategori dipertandingkan iaitu 40 kategori televisyen (TV), 16 kategori radio dan empat kategori media baharu termasuk Podcast Terbaik. 


ASA yang diadakan dua tahun sekali ini turut menawarkan dua kategori khas iaitu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa yang bakal diumumkan pada malam kemuncak nanti menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 62 kategori.


Daripada jumlah tersebut, 104 pencalonan terdiri daripada kakitangan RTM manakala 20 lagi pencalonan daripada syarikat swasta yang disiarkan menerusi saluran RTM.


ASA 2024 menyaksikan RTM mengungguli senarai lima calon akhir dalam kategori Rancangan Sukan TV Terbaik iaitu Azmawani Hassan, program Apa Khabar Jaguh episod 10, Fariz Zulkepley (Jom Dive episod 1), Jabir Shafiee / Unit Sukan TV (Akhir- TM Piala Malaysia, Kuala Lumpur, Johor Darul Takzim), Saliza Ibrahim (Aksi 2023 - Oceanman Redang 2023) dan Saliza Ibrahim (Jiwa Juara - Satu Impian Sejuta Harapan). 


Kategori Hiburan Radio Terbaik juga menyaksikan lima calon akhir daripada RTM iaitu Liang Kim Loong (AiFM), rancangan Melodi Nostalgia: Tribute P.Ramlee, Noorashila Ashura (KLfm) iaitu Pertandingan Akhir Bintang Kecil 2023 Peringkat Semenanjung, Hafizah Rosli (Mutiara FM) program Akustika Aidiladha, Nur Aini Sulong (Terengganu FM) program Drama Muzikal “Sapu Lori Malam Raya”, dan Norazura Abdul Ghani (TRAXXfm) program Spooky Tales. 


Kakitangan RTM yang tercalon lebih dari satu kategori antaranya Mohammed Shahril Bin Sarapudin dan Jabir Shafiee. Mohammed Shahril Bin Sarapudin tercalon dalam kategori Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik, dan Pengulas TV Terbaik. 


Manakala Jabir Shafiee bertanding dalam kategori Rancangan Sukan TV Terbaik, Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik dan Liputan Sukan TV Terbaik. Sementara itu Hasmahani Binti Abdul Hanipah pula tercalon dalam kategori Audio Rancangan TV Terbaik dan Pengimbangan Muzik TV Terbaik.


Lebih menarik, ada juga kategori yang mengetengahkan nama calon sama tapi dalam karya yang berbeza. Muhamad Fadhli Muhamad Salleh tercalon dalam kategori PSA & Kapsul TV Terbaik iaitu Kapsul Khas Hari Malaysia 2023: Harapan & Masa Depan dan Kapsul Hari Kebangsaan 2023: Rukun Negara Malaysia dan Mohd Ismawardi Ismail (Tatarias TV Terbaik: Drama Jabat Erat-Erat dan Durjana Pujaan). 


Dua lagi calon iaitu Rashidah Ali (Hiburan Muzikal TV Terbaik: Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 dan Pertandingan Akhir Dikir Barat 2022) dan Saliza Ibrahim (Rancangan Sukan TV Terbaik: Aksi 2023 - Oceanman Redang 2023 dan Jiwa Juara - Satu Impian Sejuta Harapan).     


Persaingan hebat turut diberikan untuk karya terbitan swasta dengan mendapat enam pencalonan iaitu drama bertajuk 'Bahalol' yang bertanding dalam kategori Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik, Pelakon Wanita Drama TV Terbaik, Skrip Drama TV Terbaik, dan Penataan Cahaya TV Terbaik. 


Begitu juga drama 'Pasir Putih Mantanani' terbitan Unit Drama TV RTM tercalon dalam empat kategori iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Penataan Cahaya TV Terbaik, dan Tatarias TV Terbaik.


Berikut disenaraikan calon daripada RTM yang layak mengikut kategori dipertandingkan:


Drama Bersiri TV Terbaik

  •  Demi (Datin Hajah Mahfuzah Zakkiah Abdain) – Okey

Skrip Drama TV Terbaik
  • Rahhiemi Alias (Bahalol) – Okey
Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik
  • Sabri Yunus (Durjana Pujaan) – TV1
  • Eby Kornelis (Pasir Puteh Mantanani) – TV1


Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik

  • Zarra Shaff (Pasir Puteh Mantanani) – TV1
  • Kashika Selvam (Am’ma) – Okey

Dokumentari TV Terbaik


  • Nazatul Fareena Sheikh Rosli (Di Sebalik Nama: Tok Gajah) – TV1
Majalah TV Terbaik

  • Jaja Ishak / Kembara Sufi Sdn. Bhd. (Travelog Backpackers Sr 2 (Ep. 6) – Okey
  • Fariz Zulkepley / Bron Communications Sdn. (Jom Dive (Ep.1) – Okey
  • Rizal Busu / Rockin Rhino Sdn. Bhd. (Makanpedia (Ep.1) - Okey


Bicarawara TV Terbaik
  • Noradaliah Nasharuddin (Naratif Khas Bersama PM) – Berita RTM
Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
  • Musitah Abdul Manan (Krayon 2023 (M3) Ep. 1 - Makan Yang Betul) – TV2
PSA & Kapsul TV Terbaik
  • Syahrul Iman Ibrahim (PSA PRU 15) – Berita RTM 
  • Mohd Zairol Fahmee Khairudin (Lemang Mat Thani) – Okey 
  • Muhamad Fadhli Muhamad Salleh (Kapsul Khas Hari Malaysia 2023: Harapan & Masa Depan) – Sukan RTM
  • Muhamad Fadhli Muhamad Salleh (Kapsul Hari Kebangsaan 2023: Rukun Negara Malaysia) – Sukan RTM
Liputan Berita TV Terbaik
  • Mohd Faris Izzat Shaharuddin (Lintas Langsung Rangkuman Hasil Lawatan PM (TV1)
  • Nursyamimi Syahira Saripan (Kenali Aset Keselamatan LIMA) – TV1

Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik

  • Mohammed Shahril Sarapudin (Siaran Langsung Pilihanraya Umum PRN Johor Ke-15) – TV1
  • Jabir Shafie (Siaran Langsung Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan) – TV1
  • Abdul Hadi Abdul Rahim (Malam Penutup MTHQA 2023) – TV1
  • Siti Nor Fazaliza Mohammed Ghazali (MTHQA 2023) – TV1
Penataan Cahaya TV Terbaik
  • Mat Zayuti Ghani (Bahalol) – Okey 
  • Ruddy Amrizal (Pasir Puteh Mantanani) – TV1
  • Osman Abd. Hamid (Fitrah Bayangan) – Okey 
Audio Rancangan TV Terbaik
  • Muhammad Suhaimi Abdullah (Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022) – TV2
  • Hasmahani Abdul Hanipah (Konsert Minggu Ini 2023) – TV2
Pengimbangan Muzik TV Terbaik
  • Hasmahani Abdul Hanipah (Hiburan Minggu Ini Jazz) - TV2
Set TV Terbaik
  • Siti Nur Mat Arip@Aman (Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022) – TV2


Tatarias TV Terbaik
  • Roslan Shamsudin (Konsert Ini Baru Bintang) – TV2
  • Azham Azli Yaacob (Pasir Puteh Mantanani) – TV1 
  • Mohd Ismawardi Ismail (Jabat Erat-Erat) – TV1
  • Mohd Ismawardi Ismail (Durjana Pujaan) – TV1
Grafik TV Terbaik
  • Noraini Zainal (Channel ID TV Sukan 2022) – Sukan RTM


Skrip Drama Radio Terbaik
  • A.Wahid Nasir (Dia Datang Dan Pergi) - Labuan FM
  • Erwana Senja (Sepanduk Ayah) - Sabah FM
  • A.Wahid Nasir (Lima Beradik) – Terengganu FM
  • Noor Idlah Abdul Halim (Rumah Merdeka) – Selangor FM
Pelakon Pembantu Drama Radio Terbaik
  • Zulkifli Yusof (Drama Dia Abangku) - Terengganu FM
  • Beto Kusyairi (Drama Lima Beradik) – Terengganu FM
  • Azhan Rani (Drama Mak Nak Raya Mana) - Selangor FM
  • Vanidah Imran (Drama Salah Siapa) – KL fm
Majalah Radio Terbaik
  • Nurul Asiah Bidin (Serikandi Samudera) – Nasional FM
  • Saufi Nawawi (Ini Masa Kita) – Johor FM
Dokumentari Radio Terbaik
  • Azrul Izwan Arifin (Evolving Unity) – TRAXX fm
  • Mohammad Ridzwan Dollah (Konfrontasi Yang Manis) – KL fm
  • Siti Rubiah Abu Siran (Detik Bersejarah 16 September) – Melaka FM
  • Noorazizah Ibrahim (P. Ramlee – Satu Nama Tak Akan Pudar) – Mutiara FM
Bicarawara Radio Terbaik
  • Koo Shu Leen (Hello World! - Ge15 Special Edition) – Ai FM
  • Wahidah Mohd Yaacob (Katakan Tidak Kepada "Scammer") – Nasional FM
  • Rohani Hamdan (Nostalgia D'klasik: Dato' Hajah Rosnani Jamil) – Radio Klasik
  • Muhammad Faizal Husaini Rashid (Face To Face: Scams And Personal Data Security) – TRAXX fm
Rancangan Agama Radio TerbaiK
  • Ranlah Othman (Sabah Berselawat) – Sabah FM
PSA dan Kapsul Radio Terbaik
  • Sazali Ahmad (Dadah Pemusnah) – Perlis FM
  • Norhaslinda Hassim (Solidariti Palestin) – Johor FM
Penyampai Berita Radio Terbaik
  • Peter Carlos (Berita Bahasa Inggeris) – TRAXX fm
  • Siti Aisha Melisa Yuhaniz (Utama 1 Tengah Hari) – NASIONAL fm
  • Nurul Zahira Radzi (Utama 5 Petang) – Radio Klasik
  • Raydwin Robin (Berita Utama) – Sabah FM
Buletin Radio Terbaik
  • Karmila Badri (Berita Inggeris) – TRAXX fm
  • Siti Noorain Abdullah (Utama 5 Petang) – KL fm
  • Nur Sharida Shahabuddin (Utama 1 Tengah Hari) – Radio Klasik
Liputan Berita Radio Terbaik 
  • Nur Liyana Mohd Nazim@Mohd Nazam (Pengundi Luar Balik Mengundi Di PRK Pelangai / Utama) - Pahang FM
  • Jalaluddin Baharin (Utama 5 Petang) – NASIONAL fm
  • Nurul Asmawati Harun (utama 7 pagi) – Radio Klasik
  • Dullis Saimon (Pemasangan Peranti Starlink) – Keningau FM
Pengimbangan Audio Radio Terbaik
  • Azrul Izwan Arifin (Vat 69 / Sovereignty) - TRAXX fm
  • Hafizah Rosli (Doku Radio_Tanah Tumpahnya Darahku_2023) - Mutiara FM 
  • Mohd Faizal Mohd Amin (Majlis Penutup Program Aspirasi Hari Malaysia) – Negeri FM
  • Muhamad Khairul Azhar Ramli (Ewah Raya 2022) - Mutiara FM
Drama TV Terbaik 
  • Rekah di Jari Kak Long (Early Bird Production Sdn Bhd) - TV2
  • Walking With Darkness (Juicy Media Sdn Bhd) – TV2
  • Azan Terakhir (Kim Jamaluddin) – Okey 
  • Bahalol (Azrai Fahmi) – Okey
Pengarah Drama TV Terbaik 
  • Que Haidar (Bahalol) – Okey
  • Sabri Yunus (Am’ma) – Okey


Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
  • Nasir Bilal Khan (Azan Terakhir) – Okey
  • Sobri Anuar (Bahalol) – Okey
Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
  • Liza Othman (Bahalol) - Okey
Pelakon Komedi TV Terbaik
  • Aishah Azman (Jodoh Ayahku) – TV1
Hiburan Muzikal TV Terbaik
  • Rashidah Ali (Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022) – TV2
  • Rashidah Ali (Pertandingan Akhir Dikir Barat 2022) – TV2
Liputan Sukan TV Terbaik
  • Mohammad Fairuz Abdul Hamid / Unit Sukan TV (Hoki Piala Sultan Johor 2022 (SOJC): Perlawanan Akhir Australia VS India) – Okey
  • Hafizuddin Zakwan Azman / Unit Sukan TV (Hoki Piala Sultan Johor 2023 (SOJC): Final Jerman VS Australia – Okey
  • Jabir Shafie / Unit Sukan TV (Akhir - TM Piala Malaysia, Johor Darul Takzim VS Selangof FC) - Okey
Montaj TV Terbaik
  • Dayang Che Nur Elham Ladunie / Tribution (Masak Sana-Sini) – Okey
  • Arif Abdul Rahman (Salam Baitullah 2023) – Berita RTM
Pengacara TV Terbaik
  • Sayed Munawar (Naratif Khas PRU15 (Media Bias) – TV1
  • Amin Idris (Gema Takbir 2022) -TV1
Pengulas TV Terbaik
  • Ismail Adnan (Istiadat Pengurniaan Bintang Dan Pingat Persekutuan) – Berita RTM
  • Mohammed Shahril Sarapudin (Siaran Langsung Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan) – Berita RTM
  • Mohammed Shahril Sarapudin (Siaran Langsung Angkat Sumpah PM Ke-10) – Berita RTM 1
Buletin TV Terbaik
  • Fauziah Abdul Rahman (Berita Perdana) – TV1
Penyampai Berita TV Terbaik
  • Mohanaapriya Sina Raja (World Today) – TV2
  • Hazel Desmond (Berita Perdana) – TV1
Wartawan TV Terbaik
  • Azamuddin Hussin (Expo Dubai) – TV1
Jurukamera TV MCP Terbaik
  • Mohd Firdaus Azahar (Konsert Minggu Ini Aina Abdul) – TV2
  • Norazita Hazara (Konsert Minggu Ini 2023 Datuk Siti Nurhaliza) – TV2
Drama Radio Terbaik
  • Noor Affatizah Sabtu (Dia Datang Dan Pergi) – Labuan FM
  • Nor Shela Baharudin (Lima Beradik) – Terengganu FM
  • AG Sri Iskandar (Sepanduk Ayah) – Sabah FM
Pelakon Drama Radio Terbaik
  • Beto Khusyairi (Drama Rumah Merdeka) - Selangor FM
  • Datuk Fauziah Nawi (Drama Lima Beradik) – Terengganu FM
  • Azza Elite (Drama Kita Bukan Hamba) – Perlis FM


Penyampai Radio Lelaki Terbaik
  • Muhammad Amir Akram Muhamad (Retro Malam Minggu) – Kelantan FM
  • Mohd Azlan Omar (Mutiara Klasik/Pilihan Hati ke Hati) – Radio Klasik
  • Anil Alagu (Maternal Health In Pregnant Women Above 40) – TRAXX fm
Penyampai Radio Wanita Terbaik
  • Syuhada' Balqis Juhali (Hello Permata) – Johor FM
  • Anisma Azwati Ahmad (Sajian Klasik) – Radio Klasik
  • Elspeth Dines (National Day/The Evening Drive) – TRAXX fm
Drama Terbaik
  • Nur Izzuddin Syamim Mohd Bahrin (Kopi Vs Limau) – Media Baharu
Kandungan Video Terbaik
  • Mohd Shahid Md. Shah (Perwira Episod 4)  - Media Baharu
  • Farihah Abdullah (Eyo Hock Seng: Legasi Seni Wayang Kulit Kelantan - Media Baharu


RTM sentiasa berusaha dan optimis menerbit dan menyiarkan program-program terbaik sama ada penerbitan dalaman oleh RTM sendiri mahupun terbitan swasta kepada orang ramai. 


Pada masa yang sama, kakitangan RTM bekerja keras untuk memenuhi hasrat ini dan yakin dengan adanya ASA 2024 ini, ia bukan sahaja dapat mengiktiraf dan memartabatkan industri penyiaran tanah air malah memberi inspirasi kepada kakitangan RTM agar terus berkhidmat dan memberi impak positif kepada masyarakat.



#RTM #ASA2024 #Pencalonan #BetoKusyairy #AzhanRani#FauziahNawi #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan