Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON MALAYSIA RAI 'PENCARIAN 40 PEMENANG MAKEOVER' HARGAI PELANGGAN!


SEMPENA meraikan ulang tahun yang ke-40 sejak penubuhannya pada tahun 1984, pasaraya AEON Malaysia mengadakan pelbagai aktiviti bagi menghargai pelanggan setianya.


Terbaharu, kempen khas, “Pencarian 40 Pemenang Makeover’ yang dilancarkan pada 25 Ogos 2024 memberi ganjaran kepada 40 pelanggan dengan hadiah bernilai lebih RM70,000 melalui empat kategori: Kediaman, Gaya Hidup, Kesihatan & Kesejahteraan, dan Kewangan.



“Initiatif ini menekankan penghargaan AEON kepada pelanggannya serta komitmen untuk meningkatkan kehidupan seharian mereka,” ujar Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen pada majlis Malam Penyampaian Hadiah  kempen “Pencarian 40 Pemenang Makeover,” yang berlangsung di North Court, Midvalley Megamall baru-baru ini.


Menurut beliau, ulang tahun ke-40 ini bukan sahaja satu pencapaian, tetapi juga penghargaan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan selama ini. 


Makeover yang diberikan bukan sekadar perubahan rupa, tetapi juga simbol permulaan baru dan pemerkasaan diri,” tambahnya.



Untuk rekod, pelanggan yang  menyertai kempen ini perlu membelanjakan minimum RM200 dalam maksimum dua resit di cawangan AEON yang terpilih dan mendaftar melalui kod QR. 


Dari 400 penyertaan, 40 pemenang dipilih setelah melalui proses pemilihan yang kompetitif, termasuk penghantaran esei dan cabaran.


“Para pemenang yang layak telah melalui proses pemilihan yang sangat kompetitif, termasuk penghantaran esei dan penyertaan dalam pelbagai cabaran. Penyertaan mereka disampaikan dengan penuh keikhlasan, kegembiraan, dan harapan tinggi terhadap transformasi yang mereka impikan. Pihak AEON merasa bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka untuk merealisasikan perubahan ini,” jelas Ngai Yuen.


Setiap kategori yang dipertandingkan menyediakan ‘make over hadiah’ seperti berikut:



 - *Makeover Kediaman*: Hadiah utama - RM10,000 untuk perundingan makeover kediaman, elauns produk rumah dan baucar AEON  serta hadiah lain.



Hadiah Kedua:  Google TV SHARP 65 ” 4K Google TV, bernilai RM2, 700 setiap satu untuk 3 pemenang.

Hadiah Ketiga: Set peralatan tempat tidur HomeCoordy/LetGo, bernilai RM500 setiap satu. untuk 8 pemenang.


Senarai pemenangnya:


Hadiah Utama: Mohammad Ridzuan bin Mohd Norawi

Hadiah Khas: 

1. Shaloming Phang

2. Tan Eng Teng

3. Chan Seong Yew (JC)

Hadiah Sagu Hati:

1. Ahmad Abdulhadi bin A Samat (Hadi)

2. Nurul Qusyaimah binti Rosman

3. Lee Phew Keow (Zhao Hui)

4. Lau Zhi Xing (Cherie)

5. Lee Chien Hong (Lee)

6. Low Yoke Cheng



-  *Makeover Gaya Hidup*: RM10,000 dalam bentuk peruntukan fesyen dan solekan, analisis warna peribadi, serta baucar AEON untuk pemenang hadiah utama.



Hadiah Kedua: RM2,600 dalam elaun fesyen & solek bagi 3 pemenang

Hadiah Ketiga: RM500 dalam elaun Fesyen bagi 7 pemenang.


Senarai pemenangnya: 


Hadiah Utama : Khor Chai Ling

Hadiah Khas :

1. Liz Chong

2. Lidia Mariana binti Wisnong

3. Azreen binti Ahmad

Hadiah Sagu Hati : Choo Hong Leng



-  *Makeover Kesihatan & Kesejahteraan*: RM10,000 untuk bimbingan diet peribadi, suplemen kesihatan, peruntukan Segar2Go, dan baucar AEON.



Hadiah Kedua: RM2,200 dalam suplemen kesihatan & elaun Segar2Go bagi 3 pemenang

Hadiah Ketiga: RM500 dalam elaun Segar2Go bagi 7 pemenang


Senarai pemenangnya:


Hadiah Utama : Cheong Wen Yi

Hadiah Khas :

1. Rosemary Wong

2. Goh Boy Choon

Hadiah Sagu Hati :

1. Cheong Wei Soon

2. Foong Kah Leun

3. Shannie

4. Lee Zhi Li



-  *Makeover Kewangan*: 600,000 Mata AEON bernilai RM3,000 untuk pemenang hadiah utama.



Hadiah kedua : 400,000 Mata AEON (bernilai RM2, 000 setiap satu)

Hadiah ketiga : 200,000 Mata AEON (bernilai RM1, 000 setiap satu)


Senarai pemenangnya:


Hadiah Utama : Natalie Cheong

Hadiah Khas :

1. Noorzaini Ilhami Mohd Noor

2. Rizzat Shaqeem

Hadiah Sagu Hati: :

1. Yii Wen Siew

2. Ng Chee How

3. Nur Salihah



Tahniah kepada semua pemenang.



Maklumat lanjut berhubung kempen boleh lawati [AEON Makeover](https://aeonretail.com.my/aeonmakeover/) ata klik DI SINI.



#AEONRetailMalaysia #Pencarian40PemenangMakeOver #GayaHidup #Kesihatan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan