Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DARI PENTAS RATU CANTIK KE DUNIA GLAMOR! EVANATIE 'PENDAM RASA'!


Siaran Media:


DUNIA hiburan tempatan bakal menyaksikan kemunculan bintang baharu, Evanatie Sannie, 23, atau lebih dikenali sebagai Evanatie dengan single sulungnya yang penuh emosi bertajuk, 'Pendam Rasa'. 


Lagu ini menandakan langkah pertama penyanyi muda ini dalam industri muzik, membawa suara segar dan bakat luar biasa yang pastinya akan menarik perhatian peminat muzik tempatan.


'Pendam Rasa' adalah sebuah lagu berentak balada yang mengisahkan mengenai perasaan cinta yang terpendam dan tidak terluah. Lagu ini dicipta oleh komposer Aiman Zaidi, Wani Annuar, Farez Asmadi, Rudy Nastia dan lirik oleh Aiman Zaidi dan Wani Annuar.


Menariknya, lagu ini membawa pendengar menyelami perjalanan emosi yang mendalam, disokong oleh vokal Evanatie yang penuh jiwa dan kekuatan. 


Melodi yang mendayu-dayu dipadankan dengan lirik yang menyentuh perasaan menjadikan Pendam Rasa sebagai karya yang mudah dihayati oleh mereka yang pernah melalui pengalaman cinta yang sama.


Evanatie yang berasal dari Kota Marudu, Sabah memiliki bakat semula jadi dalam bidang muzik dan mahir bermain dram. Malah, dia pernah mendapat tempat kelima pada pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau Sabah pada 2022. 


“Saya sangat teruja dengan langkah baharu ini dalam kerjaya saya. Selepas menyertai Unduk Ngadau, saya belajar banyak mengenai keyakinan diri dan bagaimana untuk menonjolkan personaliti di hadapan umum. 


“Kini, saya mahu meneruskan perjalanan itu dalam bidang muzik, dan saya harap lagu Pendam Rasa dapat diterima baik oleh peminat,” katanya.


Menurutnya lagi, dia bersyukur apabila diberi peluang untuk merakamkan single sulung itu.



“Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi karya ini dengan peminat muzik. Lagu Pendam Rasa ini sangat dekat dengan hati saya, dan saya harap ia dapat memberi inspirasi serta menyentuh perasaan mereka yang mendengarnya.


“Sebagai penyanyi baharu, setiap langkah dalam proses penciptaan lagu ini begitu bermakna. Dari melodi yang dipilih hingga lirik yang tertuang, setiap unsur adalah satu ungkapan rasa syukur yang mendalam. Ia seperti sebuah pengalaman pujian dan kesyukuran yang kian membesar dalam diri setiap kali lagu ini berkumandang di udara. 


“Maka, apabila ditanya mengenai perasaan, saya sangat berterima kasih atas setiap detik yang mengubah mimpi menjadi realiti. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi karya ini dengan peminat muzik,” katanya.


Evanatie berkata, lagu Pendam Rasa ini sangat dekat di hati dan berharap ia dapat memberi inspirasi serta menyentuh perasaan mereka yang mendengarnya. 


“Perasaan itu bukan hanya sekadar sebati pada rentak melodi, tetapi meresap lebih mendalam hingga ke jiwa yang paling terpendam. Inilah yang membuat lagu ini istimewa.


“Dengan penuh rasa syukur, saya membayangkan setiap telinga yang ingin meresapi setiap lirik, setiap mata yang ingin memahami cerita di sebalik melodi yang dilafazkan. Seperti membiarkan jiwa betapa dalamnya ia bersyukur atas rahmat yang diberikan,” katanya.


Menariknya juga, Evanatie bernaung di bawah syarikat rakaman sama dengan penyanyi Amir Masdi iaitu AR United Music yang turut menerbitkan single ini.


Single Pendam Rasa kini boleh didapati di semua platform penstriman muzik utama seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube. 


Video muzik rasmi juga akan dilancarkan tidak lama lagi, di mana Evanatie dijangka menampilkan visual yang memperkuatkan lagi penceritaan lagu ini.



#Evanatie #PendamRasa #Muzik #Hiburan #AmirMasdi #UndukNgadauSabah #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan