Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DETTOL LANCAR KEMPEN 'SELANGKAH LEBIH, SELANGKAH KASIH' TANGANI ANCAMAN PENYAKIT!


JENAMA
perlindungan kuman yang terkemuka. Dettol Malaysia melancarkan kempen “Selangkah Lebih, Selangkah Kasih” untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan kebersihan yang berkesan dalam menangani rintangan antimikrob (AMR) dan mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit. 

Inisiatif ini hadir pada waktu yang kritikal dengan ancaman kesihatan global yang semakin meningkat, termasuk peningkatan kes AMR yang kini dianggap “pandemik senyap” oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Pakar mengingatkan bahawa AMR berpotensi menyebabkan 10 juta kematian setiap tahun menjelang 2050 jika langkah pencegahan tidak diambil. 


Malaysia, yang mencatatkan kadar preskripsi antibiotik tertinggi di Asia, berdepan risiko AMR akibat penggunaan antibiotik yang berlebihan. Penggunaan antibiotik tanpa kesedaran penuh tentang kesannya boleh memperburukkan masalah ini, terutama kerana 70% orang ramai masih percaya bahawa antibiotik mampu melawan virus seperti selesema dan flu.



Dengan ancaman tambahan dari musim tengkujuh yang bakal tiba, yang boleh membawa risiko penyakit bawaan air seperti kolera dan disenteri, kempen Dettol menyeru orang ramai untuk mengutamakan kebersihan tangan dan permukaan. 


“Tangan boleh membawa lebih daripada 3,000 jenis bakteria, dan permukaan yang tercemar mampu menampung virus hingga 48 jam. Mencuci tangan dengan sabun antibakteria dan membasmi kuman permukaan yang sering disentuh boleh mencegah penyakit seperti COVID-19, influenza, dan lain-lain virus bawaan makanan,” ujar Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan Malaysia dan Singapura di Reckitt pada majlis memperkenalkan Kempen Kesedaran Kebersihan, 'Selangkah Lebih, Selangkah Kasih' bertempat di pejabat Reckitt Benckiser (Malaysia) Sdn Bhd di Kuala Lumpur baru-baru ini. 


Dr. Zamberi Sekawi (tengah) dan Tiffany Tang menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran awam mengenai penggunaan antibiotik. Mereka membincangkan salah tanggapan umum yang sering membawa kepada penyalahgunaan, sambil menegaskan bahawa amalan kebersihan yang baik adalah cara mudah tetapi berkesan untuk melindungi kesihatan awam dan mengatasi isu rintangan antimikrob.


Turut hadir Pakar Penyakit Berjangkit, Professor Dr. Zambri Sekawi.


Menurut Tiffany Tang, kempen  menekankan statistik yang menunjukkan kepentingan kebersihan dalam mencegah penyebaran penyakit:


80% kuman disebarkan melalui tangan, dan satu sentuhan mampu mencemarkan sehingga tujuh permukaan.

Mencuci tangan dengan betul boleh menjadi sama efektif dengan vaksinasi dalam mencegah penyakit tertentu.

Penyakit bawaan air dan kebersihan yang lemah kekal sebagai punca utama kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Malaysia.


Dalam usaha mengubah amalan kebersihan, Dettol turut memperluaskan kempen ini ke hospital, sekolah dan kawasan awam


Sementara itu Dr. Zamberi dalam penerangannya berkata:


“Kekurangan kesedaran mengenai manfaat dan risiko penggunaan antibiotik menjadi cabaran dalam menangani AMR. Misalnya, walaupun 72% penyedia penjagaan kesihatan mengesyorkan antibiotik, hanya 28% yang membincangkan manfaat dan potensi risikonya dengan pesakit. 


"Jurang pengetahuan ini amat signifikan kerana 71% individu percaya antibiotik berkesan melawan selesema dan  flu, sementara 70% menyangka antibiotik boleh membunuh virus—salah faham yang mendorong kepada penyalahgunaan dan preskripsi antibiotik berlebihan. Menangani salah faham ini adalah penting untuk mengurangkan penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenangnya terutama bagi jangkitan virus seperti selesema dan flu, yang mana antibiotik tidak memberikan sebarang manfaat."


Paparan ini menunjukkan barangan harian yang mudah tercemar dengan kuman, daripada keperluan rumah seperti sofa dan alat kawalan jauh, kepada barangan pejabat seperti meja dan papan kekunci, serta barangan awam seperti bakul membeli-belah dan butang lif. Pameran ini menekankan pentingnya amalan pembersihan secara berkala dalam kehidupan seharian kita.


Dengan menyedari hakikat ini, Dettol bertekad untuk membawa perubahan amalan kebersihan di rumah dan di tempat-tempat awam seperti sekolah serta restoran—lokasi yang kerap menjadi titik penyebaran penyakit jika kebersihan terabai.


Di hospital, fokus diberikan kepada ibu-ibu baru melahirkan, di mana Dettol menyediakan maklumat kebersihan yang penting untuk melindungi mereka dan bayi mereka. 


Program Sekolah Dettol pula mendidik kanak-kanak untuk membentuk tabiat kebersihan yang baik sejak usia muda. Dettol juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kempen kesihatan komuniti seperti Bulan Kesihatan, memberi peluang kepada komuniti terpinggir untuk belajar dan mengamalkan langkah-langkah kebersihan yang betul.


Kempen ini menunjukkan komitmen Dettol untuk membina masa depan yang lebih sihat dan selamat bagi rakyat Malaysia, terutamanya dalam menghadapi cabaran kesihatan seperti AMR dan penyakit berjangkit yang meningkat.



#DettolMalaysia #ProfZamberiSekawi #TiffanTang #SekolahDettol #AMR #Virus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan