Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT TERISTIMEWA PENYANYI INDONESIA, RAISA DI KL 3 NOV!



Siaran Media:



KHARISMA Music, syarikat penganjur konsert terkenal, dengan bangganya mengumumkan konsert paling ditunggu-tunggu, ‘RAISA - TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ pada 3 November 2024 ini bertempat di Megastar Arena, KL, bermula jam 8:00 malam. 


Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, menyatakan, “Kami sangat teruja dengan kehadiran Raisa di Kuala Lumpur pada hari ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik yang hebat, tetapi juga peluang untuk merasai keindahan muzik Raisa secara langsung.


Menurut Raisa, “Ini konsert yang benar-benar ‘teristimewa’ buat saya dan anda semua. Segala persediaan dilakukan secara langsung oleh saya sendiri bersama pasukan, dan ia pasti berbeza dari konsert-konsert sebelumnya di KL!".


Raisa, yang dikenali menerusi single pertamanya ‘Serba Salah’ dari album sulungnya pada 2011, telah meraih pelbagai anugerah termasuk ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia ke-15, dengan vokal yang mengagumkan, Raisa terus memikat hati jutaan peminat di seluruh rantau Asia. 


Konsert kali ini adalah sebahagian daripada jelajah muzik Raisa yang sangat dinanti-nantikan, di mana beliau akan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Kali Kedua’, ‘Jatuh Hati’ dan ‘Mantan Terindah’


Penonton akan disajikan dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, termasuk persembahan melebihi 20 buah lagu dan kerjasama dengan iringan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.


Konsert ini dijadualkan berlangsung lebih dari 2 jam, lengkap dengan reka bentuk pentas yang menarik serta kesan audio visual yang ‘teristimewa’. 


Pembeli tiket VVIP dan VIP juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan Raisa dalam sesi ‘meet & greet’.


“Ini adalah peluang luar biasa bagi semua peminat Raisa untuk menyaksikan sendiri persembahan ‘teristimewa’ yang pasti akan mencipta memori indah yang tidak terlupakan, serta dapatkan tiket-tiket konsert dengan segera sebelum kehabisan, dan jangan lupa nantikan hiburan seterusnya dari Kharisma Music,” tambah Ahmad Jeffny.



“Terima kasih buat syarikat penerbangan Garuda Indonesia kerana menaja penerbangan, termasuk rakan penaja lain Alha Alfa, Intan Gelombang dan Futurace, serta rakan radio rasmi, ERA bersama-sama rakan media rasmi, Gempak.com.

Untuk makluman, tiket-tiket ke konsert ‘RAISA - TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ sudah pun mula dijual pada 9 September 2024 lalu di laman web ticket2u.com.my/raisa dan hanya berbaki sedikit sahaja lagi. 



#RaisaTeristimewaDiKualaLumpur #MegaStarArenaKL #Indonesia #Hiburan #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan