Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYDIN LANCAR KEMPEN 'SHINE BRIGHT THIS DEEPAVALI', TAWAR GANJARAN!


GENAP
sebulan sebelum kaum India meraikan perayaan Deepavali, rangkaian pemborong dan peruncitan terbesar tempatan yang beroperasi sejak Ogos 1957, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) mengambil langkah awal melancarkan kempen ‘Shine Bright This Deepavali’.


Bertujuan menawarkan penjimatan, peraduan dan menyediakan pelbagai promosi persiapan sempena perayaan tersebut, kempen disempurnakan pelancarannya pada 1 Oktober 2024 semalam oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami.


“Penganjuran kempen seumpama ini amat signifikan dengan hasrat Kerajaan agar budaya perpaduan antara kaum dapat dieratkan di samping memeriahkan sambutan perayaan Deepavali tidak lama lagi. 


MYDIN amat dekat dengan masyarakat tanpa mengenal bangsa dan warna kulit. Tidak kira apa perayaan, MYDIN sentiasa tampil dengan cara sambutan yang amat kreatif, sederhana namun cukup meriah. Kempen yang cukup holistik ini menterjemah komitmen MYDIN sebagai rangkaian pemborong dan peruncit yang bersifat prihatin, dan meraikan kepelbagaian bangsa,” ujar Saraswathy dalam ucapan perasmiannya bertempat  di MYDIN USJ Subang Jaya.



Turut hadir Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat bin Mydin; Pegawai Kebajikan Masyarakat Subang Jaya, Ramacantiran a/l Ananthan; Ketua Pegawai Eksekutif SMS Deen Jewellers Sdn Bhd., Mohamed Shaifudeen dan Pengarah Taaka Lee Sdn Bhd KV. Morgan.



Saraswathy selanjutnya melahirkan penghargaan kepada rakan strategik kempen Deepavali seperti SMS Deen Jewellers, Bombay Bazaar dan lain-lain atas komitmen dan usaha murni memeriahkan sambutan Deepavali dengan program-program menarik sepanjang kempen.


“Saya dimaklumkan akan berlangsung Bombay Bazaar bagi menawarkan barangan kelengkapan persediaan sambutan Deepavali seperti makanan, pakaian tradisional dan pelbagai lagi di cawangan MYDIN oleh usahawan-usahawan tempatan. Justeru itu, orang ramai boleh mendapatkan keperluan persiapan Deepavali ini di bawah satu bumbung,” tambah Saraswathy.


Sepanjang kempen berlangsung MYDIN  dengan kerjasama SMS Deen Jewellers bagi menawarkan ganjaran barangan kemas bernilai keseluruhan RM120,000 bagi pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM150 di dalam satu resit di mana-mana cawangan MYDIN. 


Manakala, pelanggan bertuah yang membeli barang kemas di SMS Deen Jewellers serendah RM1,500 berpeluang memenangi hadiah ‘hypermarket sweepdengan nilai keseluruhan RM45,000. 


Wow! Memang lumayan sesiapa yang bertuah itu nanti!



“Pelanggan kami berlatarbelakangkan pelbagai kaum. Justeru itu, kempen seumpama ini bertujuan untuk menghargai sokongan mereka dan berkongsi kemeriahan sambutan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi,” ujar Ahimmat  Mydin.


Menurut beliau, melalui program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin, 'Cahaya Prihatin', pihaknya berkolaborasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara untuk memberikan sumbangan kepada 200 keluarga masyarakat India yang kurang berkemampuan di sekitar Selangor. 


Sumbangan tersebut berupa bakul makanan dan baucar tunai, bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. 


“Ini menunjukkan komitmen MYDIN dalam menyokong masyarakat dan memperkukuhkan perpaduan,” tambah Ahimmat.



Majlis menyaksikan sebanyak 50 keluarga penerima sumbangan bakul makanan dan baucar tunai diserahkan kepada keluarga terbabit oleh Saraswathy dan Ahimmat.

 

Bagi menambah kemeriahan kempen tersebut, dengan kerjasama yang dijalinkan dengan Bombay Bazaar, MYDIN menawarkan pelbagai barangan kelengkapan persediaan sambutan Deepavali, termasuk makanan, pakaian tradisional, dan banyak lagi. 


Barangan ini boleh didapati di beberapa cawangan MYDIN seperti di Subang Jaya (Selangor), Seremban 2 (Negeri Sembilan), MITC (Melaka) dan Meru Raya (Perak). 


Selain itu, MYDIN turut bekerjasama dengan pengeluar rempah ratus terkenal Trichy untuk menghasilkan 10 resipi dalam rancangan ‘Taste with BGW’ (Bala Ganapathy William) di semua media sosial termasuk Facebook, YouTube dan TikTok Mydin sempena Deepavali ini. 


Orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Shine Bright This Deepavali’, yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2024 ini.


Selamat Hari Deepavali!



#MYDINMalaysia #BombayBazaar #ShineBrightThisDeepavali #SMSDeenJewellers

Tiada ulasan:

Catat Ulasan