Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NUH TRAVEL & TOURS RANCANG BUKA CAWANGAN SELURUH NEGERI, LANCAR PAKEJ PELANCONGAN BAHARU!


PADA hujung bulan Ogos lalu, ketika kali pertama Kak Fas hadir ke majlis anjuran Nuh Travel & Tours, dimaklumkan syarikat pelancongan itu mensasarkan 6,000 peserta pelancongan dapat ditarik melalui pakej ziahrah umrah yang disediakan.


(Sila rujuk pada artikel berkenaan melalui LINK INI.)


“InsyaAllah, angka itu dapat kami realisasikan dimana 4,500 akan diperoleh melalui pakej-pakej  pelancongan umum serta 1,500 pula melalui pakej Umrah/Ziarah dikendalikan Nuh Travel,” ujar Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel, Mohammad Adam Jalalel Din ketika ditemui pada acara cabutan bertuah ‘Tea, Treats & Treasures’ bagi menghargai pelanggan-pelanggan Nuh Travel yang membuat pendaftaran pakej bermula Jun hingga Oktober 2024, bertempat di Menara OBYU, Damansara Perdana baru-baru ini.


Sebanyak 30 hadiah disediakan melibatkan nilai RM15,000 dengan pemenang bertuah utama menerima 1 gm dinar emas 999 manakala hadiah kedua berupa sebuah 'air wheel'. 



Sebelum ini hadiah cabutan bertuah pertama telah dilangsungkan melalui secara dalam talian untuk pelanggan yang berdaftar dari Januari hingga April 2024 dengan hadiah bernilai RM5,000.


“Ini kali kedua kami anjurkan tetapi kini secara fisikal dan lebih besar selepas mendapati kempen cabutan bertuah pertama mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. Jadi ini cara kami menghargai mereka,” tambah Mohammad Adam sambil memaklumkan Nuh Travel turut memperkenalkan beberapa pakej terbaharu Umrah Ziarah antaranya Ziarah Dubai, Turki dan Milan Swiss.


Menurut Adam dengan sasaran 6,000 pelanggan untuk tahun hadapan, pihak syarikat yakin dapat. memperoleh jumlah jualan mencecah RM50j hingga RM60 juta iaitu lonjakan kira-kira 30% daripada tahun ini melalui pembelian di antara 60 pakej keseluruhannya yang tersedia.



“Memandangkan setekat bulan September lalu, Nuh Travel sudah mencecah jualan RM16 juta kami optoimis dapat mencapai sasaran jualan RM25 juta menjelang akhir tahun ini,”  jelas Adam yakin, apatah lagi dengan pakej terbaharu diperkenalkan.


Melalui kerjasama strategik bersama Emirates dan Saudia serta Dubai Tourism yang dimeterai Ogos lalu, Adam memberitahu penerbangsan pertama Umrah Ziarah Dubai akan berlepas pada 2 November ini manakala Umrah Ziarah Turki dengan kerjasama Saudia akan membuat penerbangan pertama bermula 6 Disember depan.


Menyentuh soal pembangunan syarikat, Adam berkata, beberapa perancangan telah diatur untuk membuka cawangan Nuh Travel di seluruh negeri dengan cawagan pertama di luar Lembah Kelang akan dibuka di Johor Bahru pada 9 November depan.


“Selain itu kami juga bercadang membuka cawangan di Simpang Renggam, Johor serta Kelantan dan Pulau Pinang sebelum ke negeri-negeri lain seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,” ujar Adam.


Dalam pada itu, sambung Adam. Nuh Travel telah menerokai cabang baharu iaitu membuka platform ‘Malaysia Bas Rental’ iaitu menyediakan pengangkutan bagi pelancong luar negara ke Malaysia seperti dari China, Indonesia dan lain-lain.


Dengan motonya yang berbunyi ‘Creating Moments’ Nuh Travel mahu mencipta detik terindah bagi setiap pelanggannya menikmati percutian atau umrah ziarah yang berkualiti dengan harga mampu beli.



Sepanjang beroperasi sejak 2019, Adam (gambar atas, kanan) memberitahu, antara pakej pelancongan yang mendapat sambutan hangat adalah Pakej 6 Negara Eropah meliputi London, Paris, Brussels, Amsterdam, Frankfurt dan Zurich yang bermula dari RM9,999/- seorang.


“Selepas ini banyak lagi pakej pekej pelancongan baharu yang akan kami lancarkan termasuk ke Amerika Syarikat serta negara yang mempunyai taman tema untuk kanak-kanak seperti di Abu Dhabi dan sebagainya,” tambah Adam yang positif bahawa  dengan ekonomi negara yang stabil dan banyak membantu rakyat, impak terhadap industri pelancongan akan terus meningkat.


Sehubungan itu juga, dalam usahanya menghargai pelanggan memenuhi kehendak melancong, Nuh Travel juga akan meneruskan kempen Cabutan Bertuah 3.0  yang lebih hebat bernilai lebih kurang RM30,000 pada tahun hadapan.



“Sesiapa yang membuat pendaftaran berbayar antara bulan November hingga April layak menyertai senarai 30 hadiah Cabutan Bertuah 3,0 di mana hadiah utama dan kedua berpeluang mendapat pakej umrah dan pakej pelancongan ke Turki secara percuma manakala 28 hadiah  sampingan lain turut disediakan,” ujar Adam sambil memaklumkan mereka yang membuat pendaftaran pada MATTA Fair di bulan April tahun hadapan juga layak sertai.


Sebab itulah katanya, acara cabutan hadiah 3.0 akan dilaksanakan pada bulan Mei 2025 supaya memberi peluang kepada yang membuat pendaftaran di Matta Fair ikut serta.


Menarik kan, tawaran yang disediakan Nuh Travel kepada pelanggan mereka?


Apa lagi jika ingat nak bercuti atau mengerjakan umrah barangkali boleh memilih Nuh Travel dan melayari layanan ‘bahtera’ Nabi Nuh ni dengan rasa konfiden dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan malah jika anda bertuah menjadi pemenang utamanya, dapatlah melancong berganda tak gitu?


Moh ke Nuh! 


Info lanjut mengenai pakej-pakej pelancongan dan umrah ziarahnya layari www.nuhtravel.com.my atau klik DI SINI.



#NuhTravel&Tours #UmrahZiarah #Pelancongan #TeaTreats&Tresures #fyp #travel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan