RAIKAN 'WARNA WARNI DEEPAVALI' DI SURIA KLCC HINGGA 3 NOV!
SETIAP kali menjelangnya sesuatu perayaan. Kak Fas sentiasa ‘look forward’ untuk menyaksikan dekorasi yang ditampilkan pusat membeli-belah Suria KLCC waima hiasan yang dipamerkan selalunya memikat hati.
Dan kali ini dengan tema ‘Warna Warni Deepavali’ destinasi beli-belah ikonik Malaysia itu tidak ketinggalan menerokai keindahan Deepavali dengan menampilkan gabungan tradisi, budaya dan penglibatan komuniti dalam meraikan perayaan penuh gemilang ini pada 31 Oktober depan.
Dari 25 Oktober hingga 3 November, pengunjung akan dibawa ke dalam suasana penuh warna dan dekorasi yang indah apabila di Centre Court Suria KLCC dihiasi dengan kalungan bunga, toran tradisional dan buaian yang direka dengan elegan, mencipta latar yang sempurna untuk momen-momen yang tidak dapat dilupakan dan sesuai untuk Instagram.
Setibanya di Centre Court, pengunjung disambut dengan laluan yang diterangi cahaya lampu, tanglung, dan kelopak bunga yang berwarna warni.
Dekorasi menakjubkan ini menjadi pembuka kepada tarikan utama: kolam interaktif, payung mehndi yang berputar, beca yang dihias dengan penuh seni, serta penampilan replika gajah yang gah dan menakjubkan.
Kesan pencahayaan yang diaktifkan oleh pergerakan pengunjung menambah keterujaan perayaan, mencipta pengalaman membeli-belah yang penuh keajaiban.
Untuk menambah kemeriahan sambutan, persembahan tarian tradisional India akan diadakan di Centre Court pada hari-hari terpilih – 28 dan 31 Oktober, serta 2 dan 3 November.
Persembahan yang memukau ini akan menonjolkan keindahan dan kepelbagaian budaya India, sekali gus memeriahkan suasana perayaan untuk semua pengunjung.
Dalam semangat Deepavali, Suria KLCC juga menghargai para pelanggannya melalui ‘Shoppers Reward Programme’.
Pengunjung yang berbelanja sebanyak RM800 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai kedai terpilih akan menerima e-Baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM50, memberikan lebih banyak sebab untuk meraikan dan menikmati pilihan runcit yang luas di pusat beli-belah ini.
"Deepavali adalah perayaan yang penuh makna, meraikan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, dan kebaikan mengatasi kejahatan. Di Suria KLCC, kami berusaha untuk menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah perayaan.
“Melalui kempen ‘Warna Warni Deepavali’, kami berharap dapat mencipta suasana yang menarik di mana orang ramai boleh berkumpul, merasai kekayaan perayaan ini, dan menghargai tradisi serta nilainya,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. sempena pelancaran ‘Warna Warni Deepavali’ yang berlangsung bersama media pada tengah hari tadi, 29 Oktober 2024.
Dan seperti biasa dua lagi pusat membeli-belah di bawah pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd turut diindahkan dengan dekorasi Deepavali iaitu di Pusat Beli-Belah Alamanda dan Mesra Mall di Terengganu.
Pusat Beli Belah Alamanda
Alamanda Putrajaya mengumumkan sambutan Deepavali yang berlangsung dari 18 Oktober hingga 3 November ini dihiasi dengan dekorasi perayaan yang indah, mewujudkan suasana yang mengundang pengunjung untuk menikmatinya.
Melalui ‘Shoppers Reward Programme’, pelanggan yang berbelanja sebanyak RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khas akan menerima e-Baucar membeli-belah Alamanda bernilai RM30. Sementara itu, mereka yang mengumpul jumlah RM1,500 dalam dua resit akan diberi ganjaran e-Baucar bernilai RM80.
Mesra Mall
Di Kemaman, Terengganu, Mesra Mall mempersembahkan dekorasi perayaan dari 25 Oktober hingga 3 November 2024. Pusat beli-belah ini menampilkan hiasan meriah di hadapan concierge, menampilkan seekor burung merak megah dengan lengkungan Mughal dan kolam rangoli yang cantik, menambah suasana perayaan dan semangat musim perayaan.
Untuk info lanjut, layari:
- Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
- Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
- Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
Tiada ulasan:
Catat Ulasan