Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN SAL PRIADI ZUZU ZAZA 'LIVE' DI ZEPP KL 13 OKTOBER!


Siaran Media:


SIAPA tidak sabar dibuai emosi Oktober ini? 


Penyanyi dan penulis lagu penuh berbakat asal Malang, Indonesia, pelantun lagu popular ‘Gala Bunga Matahari’, Salmanto Ashrizky Priadi atau lebih mesra dengan panggilan Sal Priadi, bakal menghiburkan peminat kesayangannya di Malaysia pada 13 Oktober 2024 ini, di dewan Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8:00 malam, anjuran syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music. 


Menurut Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music ketika ditemui di sidang media eksklusif konsert Sal Priadi bertempat di Silverfox Cafe KL, katanya, “Konsert ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ merupakan inisiatif kami dalam menghadirkan hiburan ‘live’ buat peminat Sal yang ada di Malaysia dan seluruh rantau Asia. 



"Konsert ini merupakan peluang luar biasa bagi peminat untuk menyaksikan sendiri persembahan secara langsung dari salah seorang bintang muzik paling menonjol dalam industri muzik Indonesia."




Dikenali dengan lirik puitis dan melodi yang memikat hati, Sal Priadi dijadualkan membawa penonton melalui sebuah perjalanan emosional yang memukau. 


“Ini adalah kali pertama saya mengadakan persembahan berskala besar di Malaysia dalam siri jelajah ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’, dan saya akan mempersembahkan lagu-lagu dari album kedua saya ‘Markers & Such Pens Flashdisks’ yang mencaritakan tentang semangat kreativiti dan keyakinan untuk mencipta sesuatu yang bermakna,” kata Sal Priadi. 


Sal Priadi juga berkongsi pengalaman berharga semasa kunjungannya ke Kuala Lumpur tahun lalu. 


DARI kiri: Ahmad Jeffny, Sissy Iman , Sal Priadi , Yuka Kharisma (penganjur) , Elsa Laela Dewi (Citilink Airline).


Kuala Lumpur mempunyai makna yang istimewa dan dekat di hati saya. Selepas melakukan ‘showcase’ album tahun lalu, saya ingin berkongsi pengalaman tersebut dengan peminat dalam bentuk konsert yang lebih besar. 


“Peminat akan disajikan dengan persembahan saya selama 2 jam dengan hampir 20 buah lagu yang diambil dari kedua-dua album saya."


Para penonton juga turut disajikan dengan paparan audio visual yang kreatif, direka khas untuk menonjolkan jalan cerita setiap lagu yang dinyanyikan oleh Sal Priadi.



Ahmad Jeffny menambah, “Kami teruja untuk membawa Sal ke Kuala Lumpur. Konsert ini akan menyediakan platform bagi Sal untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan peminatnya, dan kami yakin ia akan menjadi malam yang penuh dengan keajaiban dan kenangan yang terindah. 


“Terima kasih buat syarikat penerbangan Citilink Indonesia kerana menaja penerbangan, termasuk rakan penaja lain Intan Gelombang dan Futurace, serta rakan radio rasmi, ERA bersama-sama rakan media rasmi, Gempak.com. 


Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket konsert ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera, kerana tempat adalah terhad. 


Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila lawati laman web ticket2u.com.my/sal-priadi. 



#SalPriadi #ZeppKL #KharismaMusic #KonsertZuzuZaza #Hiburan #Muzik #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan