Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TWOMEE RANCANG JELAJAH KELAS MAKEUP SELURUH NEGERI, ALYAH YAKIN TWOMEE JAMIN KUALITI!


BAHARU tujuh bulan dilantik sebagai ‘duta’ produk kecantikan ‘TWO MEE’, penyanyi Datin Alyah percaya jenama tempatan itu mampu menambat hati pengguna tanpa perlu melakukan promosi melampau.


“Sebagai duta ‘TWOMEE’ atau pun mana-mana produk sebelum ini yang pernah saya kendalikan, saya bukan jenis melakukan promosi berlebihan atau melampau kerana saya percaya keberkesanan produk itu sendiri sudah cukup kuat untuk ia mendapat perhatian pengguna,” ujar Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 34, ketika ditemui pada majlis Kelas MakeUp ‘TWOMEE” anjuran TWOMEE Health & Beauty (M) Sdn Bhd di Hotel Olympic Kuala Lumpur pada petang Sabtu semalam.


THROWBACK.... Alyah bersama Suraya ketika di majlis pelancarannya sebagai duta TWOMEE selama setahun mulai pada bulan Mac lalu.


Turut hadir pengasas produk TWOMEE, Dato Suraya Haji Semaru, Ketua Pegawai Eksekutif TWOMEE Health & Beauty, Norsyamimi Roslan dan Ketua Pegawai Pemasarannya, Ratnah Wati Rara Mohd Arsad.


Kelas Make Up TWOMEE merupakan anjuran kali pertama secara besar-besaran melibatkan hampir 100 peserta yang mendaftarkan diri dengan bayaran RM99 di mana mereka diajar cara solekan oleh jurusolek Eyra Shahira



Berkongsi lanjut, Alyah  memberitahu, beliau percaya dengan kajian yang teliti dalam penghasilan produk kosmetik baharu seperti TWOMEE. jenama iini akan menjadi lebih baik.


“Memandangkan kulit saya mudah kering, saya guna pelembap TWOMEE yang tidak melekit disebabkan ia ‘water based’ malah bila menggunakannya tidak terasa ia telah disapu dimuka waima ia tidak berbau tengik seperti setengah pelembap lain,” cerita Aliyah secara ringkas berhubung pengalamannya menggunakan produk TWOMEE khususnya set Makeup Based 3 dalam 1 yang mengandungi Pelembap, Serum dan ‘setting spray’ untuk makeup tahan lama. 



Sementara itu, Norsyamimi memaklumkan, TWOMEE Health & Beauty merancang menganjurkan jelajah kelas makeup seumpama ke seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.


“Kami tidak sangka kelas makeup seperti ini mendapat sambutan hangat kerana tujuan kami bukan kerana jualan tetapi ingin berkongsi dan memberikan pengetahuan mengenai kecantikan dalaman dan luaran supaya kekal cantik, berseri sekali gus memberikan keyakinan kepada diri sendiri,” ujar Norsyamimi.


Menurutnya, beliau yakin dengan ilmu yang diperoleh peserta ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan produk TWOMEE secara lebih meluas sekali gus memberi peluang juga kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen atau pun stokis.


“Kami merancang menambah ejen dan seorang stokis daripada setiap negeri agar memudahkan pengguna mendekati produk TWOMEE mahu pun produk tempatan lain yang turut serta,” tambahnya sambil memberitahu antara bahan-bahan semula jadi yang terkandung di dalam pembuatan TWOMEE diimport dari luar negara contohnya seperti Snow Mushroom sebagai agen kelembapan yang berkesan 3 kali ganda lebih baik dari Hyaluronic Asid.


DARI kiri: Norsyamimi dan Ratnah.

Menyambung penjelasan seterusnya, Ratnah mencelah, “Produk TWOMEE bukan sekadar untuk bersolek semata tetapi boleh dijadikan produk penjagaan muka untuk semua peringkat usia dan jantina”.


Jelasnya, misi TWOMEE lebih kepada membantu ramai orang tampil lebih yakin dengan penampilan masing-masing serta dapat menjana pendapatan terutama golongan suri rumah, pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin menambah kewangan untuk meningkatkan taraf kehidupan.


‘Untuk menjadi ejen, hanya RM1,500 sahaja manakala untuk stokis kami akan hanya melantik seorang sahaja mewakili setiap negeri,” tambah Ratnah.


Dalam pada itu, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan. TWOMEE sedang mengadakan kempen ‘Beli & Menang Sejuta’ yang menyediakan hadiah harian, bulanan dan Hadiah Finale/Utama yang bermula 14 Julai dan akan berakhir pada 31  Disember 2024.



Info lanjut boleh layari link  INI.


#TwoMee #Alyah #KelasMakeUp #EyraShahira #Beli&MenangSejuta #Kecantikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan