1,000 PENDUDUK MASYARAKAT INDIA DI KAWASAN BANDAR TUN RAZAK TERIMA BANTUAN DEEPAVALI!
Pun begitu, pada majlis pelancaran yang disempurnakan Setiausaha Politik Perdana Menteri merangkap Pengerusi Keadilan Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin sekali gus mewakli Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang tidak dapat hadir atas komitmen lain, seramai 550 orang penerima bantuan berkenaan dijemput hadir.
Turut bersamanya, Naib Ketua Cabang Keadilan Bandar Tun Razak merangkap Ketua Biro Masyarakat India, Jonathan Vela serta beberapa lagi tetamu kehormat lain antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih popular dikenali sebagai Altimet.
“Ini adalah fasa kedua bantuan diberikan kerana kami tidak dapat menampung sekali gus kesemua 1,000 orang penerima pada hari yang sama,” ujar Jonathan Vela ketika ditemui pada sambutan Deepavali Kondattam 2024 yang diadakan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB).
Azman menyalakan Kuthu Vilakku sambil disaksikan bersama oleh Jonathan (kiri). FOTO kredit: Shuib Wilayahku. |
Kira-kira 2,000 tetamu yang hadir menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Deepavali dimulakan dengan menyalakan Kuthu Vilakku, disusuli nyanyian ‘Negara Ku’ dan ‘Wilayah Maju & Sejahtera’ serta persembahan tarian tradisional India.
Berkongsi lanjut Jonathan memberitahu, tahun lalu pihaknya memberi sumbangan kepada 500 orang berbanding tahun ini seramai 1,000 orang.
“Kita berharap tahun depan penerima bantuan dapat ditingkatkan bilangannya,” tambah Jonathan sambil memaklumkan pihaknya turut memberi sumbangan kepada pihak pengurusan dua kuil iaitu RM5,000 bagi setiap rumah ibadat terpilih.
Sementara itu dalam ucapan perasmianya, Azman bermula dengan gurauan apabila menyebut, ‘Izinkan saya berucap dalam bahasa Tamil… Manikam.. itu sahaja” disusuli tepukan gemuruh dan tawa dari hadirin sekelian.
“Sumbangan sebegini memperlihatkan keprihatinan pemimpin kawasan khususnya Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dato Seri Dr. Wan Azizah yang sentiasa peka serta mengambil berat mengenai penduduk di kawasan Parlimennya,” ujar Azman.
Perayaan ‘Deepavali Kondattam 2024’ yang bermula jam 10.30 pagi hingga 2 petang turut diserikan dengan persembahan daripada artis-artis Tamil seperti Kyra Band, Sivakumar, Shan Silvaraj, Denes Kumar dan Thila Laxshman.
#DeepavaliKondattam2024 #ParlimenBandarTunRazak #JonathanVela #Sumbangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan