FFM33 JULANG FILEM TEMPATAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA
Oleh CT Dimiati
ANUGERAH Festival Filem Malaysia yang bakal berlangsung pada 7 Disember 2024 ini di Kota Media, RTM menerima 104 penyertaan dengan 95 pencalonan layak bertanding.
Bertemakan 'EMAS - Evolusi Sinema Malaysia', majlis pelancaran FFM33 di Studio Sound Stage FINAS yang disempurnakan oleh Menteri Komunkasi, Fahmi Fadzil baru-baru ini turut mengumumkan lima calon terakhir setiap 27 kategori yang bertanding.
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Mano Verabathran, Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman; Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Arul Rajoo Durar Raj dan Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Melalui ucapan perasmiannya Fahmi Fadzil berkata, FFM setanding dengan Festival Filem Antarabangsa lain dan mampu menjana banyak sokongan penajaan, pelaburan, pembiayaan dan dikomersialkan dengan kerjasama pihak swasta di peringkat domestik dan antarabangsa.
Sebanyak enam (6) kategori anugerah yang tidak dipertandingkan untuk siri Festival FIlem Malaysia ke-33 kali ini,
Kategori-kategori yang tidak dipertandingkan adalah seperti berikut:
Anugerah Khas Sepanjang Zaman
Anugerah Khas Karyawan
Anugerah Khas Juri (1)
Anugerah Khas Juri (2)
Anugerah Khas Juri (3)
Filem Box Office
Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pengarah Harapan
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pelakon Lelaki Harapan
Pelakon Wanita Harapan
Lakon Layar Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Sinematografi Terbaik
Penyunting Terbaik
Skor Muzik Asal Terbaik
Penataan Seni Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Lagu Tema Terbaik
Rekaan Busana / Kostum Terbaik
Kesan Khas Visual Terbaik
Tatarias / Solekan Terbaik
Poster Terbaik
Dokumentari Terbaik
Filem Pendek Terbaik
Kategori baharu yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Dokumentari Terbaik yang mana kali terakhir Dokumentari Terbaik dipertandingkan adalah pada FFM28 pada tahun 2016.
Pemenang bagi kategori ini adalah Dosfellas Sdn Bhd dengan tajuk dokumentari ‘Boat People”.
Pemenang 27 kategori bakal menerima wang tunai RM5,000 dan trofi manakala pemenang Anugerah Khas bakal menerima RM10,000 dan trofi melainkan Anugerah Filem Terbaik yang akan turut menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000.
Nak tahu filem mana yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik? Jangan lupa saksikan siarannya di TV2 RTM, jam 9.00 malam pada 7 Disember nanti ya.
Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi FFM33 di ffm.finas.my. kerana di situ juga disertakan filem-filem bertanding yang boleh disaksikan secara percuma di pawagam mulai 330 November hingga 6 Disember 2024 ini.
#FFM33 #FilemTerbaik #FahmiFadzil #RTM2 #FINAS #AnugerahKhas #DKK #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan