JOM! BERTEMU USAHAWAN DARI 10 NEGARA DI PAMERAN MIBS 19 BERMULA HARI INI!
SEBANYAK lebih 420 reruai di lima Dewan Utama Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sudah bersedia menyambut kira-kira 10,000 pengunjung pada Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia (MIBS) ke-19 selama tiga hari bermula hari ini, 28 November hingga 30 November 2024 ini.
“220 reruai adalah daripada usahawan antarabangsa daripada 10 buah negara antara seperti dari China, Taiwan, Korea, Pakistan, India, Japan, Vietnam, Thailand termasuk Malaysia di mana kami berbangga menganjurkan Pameran Komoditi Impot Ekspot buat pertama kalinya,” ujar Pengarah Urusan ES Management, Datuk Chong Chong Tik kala ditemui di majlis pra pelancaran MIBS ke-19 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada semalam, 27 November 2024.
Turut hadir Turut hadir antaranya Presiden Kehormat Sepanjang Hayat Malaysia Promas International Business Society (PROMAS), Lady Puan Sri Dr. Susan Cheah; Presiden Wawasanita, Datin Dr. Norlia @Norlaili Alias; Naib Pengerusi Majlis China bagi menggalakkan perdagangan antarabangsa (CCPIT) Jawatankuasa Wilayah Jilin, Shao Kebin dan Pengurus Besar Zhejiang Broad International Convention & Exhibition Co.Ltd, Zhang Yan.
MIBS 19 anjuran Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (PROMAS) dengan kerjasama ES International Event Management Sdn Bhd serta disokong oleh Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) dan Persatuan WAWASANITA akan dirasmikan pada hari ini dan akan berlangsung selama tiga hari bermula jam 10.30 pagi hingga 6,30 petang.
Membawa pihak media meninjau ke kawasan pameran bersama Chong Tik dapat disaksikan beberapa reruai sedang dalam pembinaan di mana antara yang menjadi tarikan adalah gerak biskut dan cokelat dari jenama GPR Gold manakala gerai dari Kedutaan Pakistan pun sudah dilihat bersedia memperkenalkan biskut dan cokelat buatan Bangladesh.
Di samping itu reruai dari Dewan Perniagaan Usahawan Melayu serta gerai daripada peniaga ahli-ahli Persatuan Wawasanita turut sedang mengatur persiapan di mana antara usahawan selebriti yang akan turut serta adalah penyanyi Noraniza Idris yang akan berniaga 'Muruku'.
Sementara itu sempena pra pelancaran MIBS ke-19, NCL Solutions Sdn Bhd turut memperkenalkan acara Win Dynamic Era 2024 anjurnnya yang berlangsung di Dewan 5 dari jam 4 petang hingga 6 petang menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka dari seluruh dunia, termasuk pegawai kanan dari Afrika, Australia, Thailand, Vietnam, Kemboja, dan China.
Sehubungan itu, salah satu acara kemuncak disempurnakan pada majlis pra pelancaran MIBS 19 adalah pemerteraian enam Memorandum Persefahaman (MOU) dan Surat Niat (LOI) antara NCL Solutions dengan pelbagai persatuan, syarikat, dan institusi pendidikan termasuk Persatuan Wawasanita.
Dr. Norlia menandatangani MoU bersama Cindy. |
“Perjanjian ini membuka jalan kepada kerjasama dua hala dan pelbagai hala, merangkumi projek antarabangsa, usaha import dan eksport, serta inisiatif pembangunan komuniti di rantau ASEAN dan seterusnya,” ujar Pengarah Urusan. NCL Solutions, Cindy Chong.
Antara tetamu kehormat luar negara ialah Worawan Wanwil, Kaunselor Menteri (Komersial) dari Thailand, dan Chea Den, Senator terkemuka dari Kemboja.
“Acara ini menjadi titik penting dalam memperkukuh hubungan antarabangsa, memperluaskan rangkaian perniagaan, dan memacu kolaborasi yang memberi impak besar, tambah Cindy.
NCL Solutions Sdn Bhd berharap perjanjian ini akan membawa manfaat kepada organisasi yang terlibat serta komuniti yang mereka wakili, sejajar dengan usaha mempromosikan pembangunan mampan di rantau ini.
Orang ramai khususnya usahawan yang ingin mengembangkan produk mahu pun mendekati pengusaha-pengusaha luar negara disarankan berkunjung ke Pameran Komoditi Import dan Eksport Malaysia 2024 dan MIBS 2024 bermula hari ini ya…
#MIBS2024 #KLCC #PameranImpotEkspot #Usahawan #DPUM #Wawasanita #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan