Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM! MANJAKAN KULIT ANDA DENGAN MANJABERRIES!



"Kita kena TUNJUK dulu"

"Kita kena bagi nampak dulu"

"Kita kena BAGITAU dulu"

"Pastu baru kita boleh AJAK


Begitu kata-kata yang dipegang pengasas, ‘Manjaberries’, Norhasmiza Md Ghaus dalam memperkenalkan produk suplemennya khusus untuk kesihatan kulit agar 'sihat dalaman, cantik luaran'.


“Sebelum memasarkan produk, saya sendiri terlebih dahulu akan mencubanya  selepas lebih enam bulan melalui tempoh R&D, selepas itu baru diberikan kepada ibu yang mengalami sakit kulit pada tumit kaki hingga bernanah,” cerita Norhasmiza yang lebih mesra disapa Kak Miza oleh rakan-rakan dan pelanggannya.


Norhasmiza ditemui pada majlis pelancaran produk 'xrepack terbaharunya, “Manjaberries Advanced’ bersama suaminya, Mohamad Amir Ridzwan, seorang jurutera tetapi merupakan tulang belakang dan penguat semangatnya, di Putrajaya baru-baru ini.




Turut hadir Dr. Nurul A’ain Sa’ari dan dua orang lagi yang bertanggungjawab terhadap R&D produk iaitu Nur Haffizah Azhar serta Nafisah Aqhirah Zolkepli.



Keluaran syarikatnya, HA Skin & Beauty kira-kira 7 bulan lalu, Miza yakin mampu mencapai sasaran jualan sebanyak 30,000 botol dalam masa sebuulan daripada kesemua produk yang dipasarkan termasuk produk terbaharunya,  Tinted Serum Sunscreen.



Menurut Norhasmiza, buat masa ini beliau memasarkan produknya melalui platform media sosial seperti TikTok, IG dan Facebook dan belum bersedia penuh untuk menerima jualan melalui ejen.


“Kami hanya ada beberapa ejan awal di kalangan rakan terdekat sebab saya takut jika produk dijual tidak mengikut preskripsi syarikat kerana bahayanyaa ia boleh dimanupulasi menjadi tiruan,” ujar Miza yang membelanjakan hampir RM20,000 untuk kos penghasilan produk yang dikongsi bersama lima orang adik beradiknya.

@kak_miza

Makanan tambahan yg kak miza berani dan rasa selamat untuk consume, manja berries 🥰

♬ original sound - Kak Miza


Berkongsi lanjut, katanya, sebagai seorang yang berminat dalam perniagaan beliau tidak akan berhenti menghasilkan produk baharu di bawah jenama Manjaberries seperti kosmetik dan sebagainya,


“Saya sudah mula memperkenalkan serum tinted sunscreen untuk penjagaan kulit daripada sinaran matahari dan insyaAllah akan terjun ke produk kecantikan lain dalam masa terdekat,” tambah Miza yang kini sudah menakluki pasaran di Malaysia, Singapura dan Brunei.




Sebelum memperkenalkan Manjaberries, Miza aktif memasarkan tudung Airissh di mana sehingga kini ia masih mendapat sambutan ramai.


Menjawab testimoni yang diterima daripada pengguna 'Manjaberries' yang digelar ‘Manja Lovers’, Miza memaklumkan ia bergantung kepada kulit di mana ada yang nampak kesannya di awal 3 hari pemakanan.


“Cara pemakanannya mudah, cuma kemam kemam sahaja di dalam mulut dan kesannya kulit wajah akan nampak segar, lembap dan berseri,” sambung Miza.


Menurutnya, kandungan Manjaberries paling selamat apabila ia menggunakan bahan buah-buahan dan tumbuhan meliputi antaranya cranberi, strawberi, dan rasberi malah tiada bahan pengawet mahu pun gula putih atau kolagen sekali pun.


“Menariknya, produk ini tiada pantang larang dan efek sampingan, anda boleh minum kopi, air gas atau apa sahaja selepas makan Manjaberries,” tambah Miza sambil mengakui sebelum ini beliau tidak pernah percaya untuk memakan apa apa jenis produk tambahan.


Katanya, walau pun keadaan kulit pada wajahnya teruk sebelum ini tetapi beliau takut untuk mencuba mana mana produk supleman yang bukan 100% daripada bahan 'natural' sehinggalah mengeluarkan produk sendiri, “Manjaberries”.

@kak_miza

Jemput pre-launching tinted serum sunscreen esok 30/10/24, rabu jam 8.30pm ❤️🥰

♬ Epic Music(863502) - Draganov89


Melalui komen dan testimoni ‘Manja Lovers’ rata-rata berpendapat produk ‘Manjaberries’ mampu mengubah kulit wajah masing-masing daripada kusam berjeragat menjadi putih, lembap dan berseri.







Jika anda ingin mencuba boleh dapatkan produk atau info di laman sosial @kakmiza atau @manjaberries.hq


#Manjaberries  #Suplemen #ManjaLovers #ProdukKesihatan #MefiaSosial #fyp

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan