Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KARYAWAN GESA AHLI, ORANG RAMAI PERIKSA KELAYAKAN SKIM PERLINDUNGAN MYSALAM!


AHLI 
Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) khususnya serta orang ramai amnya digesa menyemak kelayakan masing-masing sama ada layak menerima manfaat skim perlindungan kesihatan percuma Kerajaan yang ditawarkan melalui mySalam.


Gesaan itu disuarakan Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Radhi Khalid di majlis pelancaran program jelajah ‘Karnival Kita Peduli MySalam Bersama KARYAWAN' yang berlangsung di Aeon Mall, Bukit Raja, Bandar Baru Klang pada Sabtu 2 November 2024.



“Hasil semakan awal menunjukkan lebih separuh ahli KARYAWAN layak menerima manfaat ini, iaitu sekitar 3,000 ahli dan kami akan menghubungi mereka supaya segera membuat tuntutan jika masuk hospital atau jatuh sakit,” ujar Radhi Khalid.


Turut mengajak orang ramai bersama menyemak kelayakan masing-masing, Radhi berpendapat dengan 1,001 manfaat yang ditawarkan program mySalam amat membantu saat ditimpa musibah.



‘Ini adalah satu inisiatif kerajaan yang luar biasa untuk rakyat Malaysia maka jangan lepaskan peluang yang baik ini,” seru Radhi Khalid. 


Karnival Kita Peduli MySalam Bersama KARYAWAN’ yang diadakan sehari suntuk dengan pelbagai aktiviti bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu turut dihadiri  Ketua Skim Perlindungan mySalam daripada Great Eastern Takaful Berhad (GETB), Syuhaib Ithnin.


“Karnival Kita Peduli ini adalah platform yang sangat efektif untuk memperkenalkan Skim Perlindungan mySalam kepada masyarakat. Ramai yang mungkin belum menyedari kewujudan skim perlindungan percuma khusus untuk segmen masyarakat B40 ini,” ujar Radhi sambil memaklumkan GETB telah dilantik sebagai pengurus skim perlindungan kesihatan percuma kerajaan, mySalam, berkenaan.


Skim Perlindungan mySalam yang dilancarkan bermula daripada tahun 2019 telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat dan langkah proaktif untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia akan kepentingan perlindungan kesihatan termasuklah pengurusan kewangan telah dirangka, antaranya menerusi penganjuran Karnival Kita Peduli mySalam yang dimeriahkan dengan kehadiran seramai 5,000 pengunjung. 



“Selaku badan pengurusan skim mySalam yang telah dilanjutkan sehingga penghujung tahun 2025, kami prihatin akan segmen masyarakat berpendapatan rendah (B40) yang amat memerlukan bantuan perlindungan kesihatan percuma ini, terutamanya apabila didiagnos dengan penyakit kritikal atau dihospitalisasi,” jelas Syuhaib Ithnin.


Menurut Syuhaib, menerusi semakan serta tuntutan manfaat mySalam, ia dapat membantu meringankan beban kewangan dalam menguruskan kesihatan dan rawatan dengan lebih baik. 


“Sehingga kini, skim mySalam telah menerima hampir 2 juta tuntutan, memanfaatkan lebih 1.35 juta penerima manfaat dengan pembayaran tuntutan lebih RM1.05 bilion,” ujar Syuhaib.



Beliau berpendapat melalui ‘Karnival Kita Peduli mySalam’ ini  ia bukan sahaja bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai mySalam, malah turut mengambil peluang untuk memberi pendedahan tentang literasi kewangan supaya masyarakat lebih cakna akan kepentingan pengurusan kewangan ke arah kestabilan ekonomi diri dan keluarga mereka.


‘Kami tidak hanya bertumpu kepada aspek simpanan dan pelaburan, malah memberi informasi untuk mengelakkan hutang berlebihan dan lebih bersedia untuk menjalani kehidupan sekiranya hilang sumber pendapatan dengan membuat perancangan lebih awal.” tambahnya. 


Menampilkan kelainan dalam usahanya untuk mendekati masyarakat, Great Eastern Takaful mengambil langkah bekerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh penggiat seni serta warga kerja industri hiburan. 


KARYAWAN yang aktif membela nasib anak seni tanahair turut memainkan peranan dalam menyalurkan informasi mengenai mySalam kepada ahlinya. 


Dalam menghangatkan karnival, kemunculan istimewa Helmi Gimmick sebagai hos segmen Kuiz Kewangan serta persembahan oleh Ito & Band, Mel Wings dan MJ Suren turut membangkitkan kemeriahan di samping pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan rezeki, sesi perkongsian bermanfaat, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan menyanyi dan mewarna serta lain-lain lagi diadakan. 



Info lanjut klik DI SINI.

#mySalam #GETB #Karyawan #HelmiGimmick #KarnivalKitaPeduliMySalam #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan