Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'MEREKA YANG TERTEWAS' KINI DI PAWAGAM, DAPAT PENCALONAN ANTARABANGSA. MESTI HEBAT!


MEREKA Yang Tertewas”, sebuah filem adaptasi novel karya Hasanuddin Md Isa arahan sutradara Dato Zulkeflie M. Osman berjaya mencuri perhatian di peringkat antarabangsa apabila mendapat beberapa pencalonan di beberapa festival filem  terkenal.


Antaranya di Cannes World Film Festival, Amigo Blue Fllm Festival dan Kuala Lumpur International Filem Festival. 


Kejayaan itu sekali gus membuktikan bahawa karya Islamik dari Malaysia mampu memikat hati penonton global dan bersaing dengan karya-karya lain di pentas perfileman antarabangsa.



Dikeluarkan oleh syarikat produksi Tujuh Pelangi Maju Sdn Bhd, “Mereka Yang Tertewas’ yang dibarisi pelakon handalan seperti Zaidi Omar, Fiza Halim, Fad Anuar, Sherie Merlis, Adam Shariz dan Mubarak Majid kini sudah boleh ditonton di pawagam seluruh negeri sejak 7 November 2024 lalu.


Melalui karya yang ditulis skripnya oleh Rosman Md Shah ini mengetengahkan kisah seorang lelaki bernama Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa yang berhijrah dari kampung asalnya ke Kampung Bukit Setugal untuk menyebarkan ajaran Islam.



Ia memaparkan bahawa usaha Lebai Pa untuk menyebarkan syiar Islam di Kampung Bukit Setugal ditentang oleh sebahagian penduduk kampung yang beranggapan bahawa beliau menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa. 


Namun, Lebai Pa yang banyak mencontohi sikap Rasulullah S.A.W. dalam menyebarkan agama tetap bersabar dan akhirnya dapat mengubah pemikiran penduduk kampung untuk menerima Islam.


Pendek kata, filem ini mengetengahkan isu-isu yang berkait dengan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat setempat.


Tema Islamik yang mendalam serta kisah perjuangan moral yang disampaikan melalui lakonan mantap barisan pelakon handalan terbabit diharap dapat menjadi sumber inspirasi dan mampu menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. 


Di samping itu, filem ini membuktikan kesungguhan penggiat seni tempatan dalam menghasilkan karya yang bukan sahaja menghiburkan, malah mendidik. 



Edaran MegaMovie sebagai pengedar rasmi, ‘Mereka Yang Tertewas’ telah menerima klasifikasi 13 tahun ke atas daripada pihak berkuasa, menjadikannya sesuai untuk tontonan remaja dan dewasa.


Nak tahu faktor apa yang membuatkan filem ini mendapat pencalonan di festival-festival antarabangsa, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya di pawagam berdekatan anda. 


Mesti berkualiti dan mantap filem arahan Zulkeflie M. Osman ini. Jom tonton!



#MerekaYangTertewas #ZulkeflieMOsman #MegaMovie #Filem #HasanudinMdisa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan