MPH BOOKSTORES LANCAR CAWANGAN KE-10 DI ALAMANDA PUTRAJAYA!
JIKA dihitung rasanya sudah lama Kak Fas tidak berkunjung ke kedai buku terkemuka di Malaysia, tidak lain dan tidak bukan, MPH Bookstores yang dikenali sejak penubuhannya pada tahun 1906.
Ini bukan bermakna Kak Fas tidak suka membaca tetapi kekangan masa yang tidak mengizinkan pemergian ke MPH Bookstores sehinggalah apabila mendapat jemputan dari rakan seperjuangan, Dragon dari Rentak Sejuta untuk membuat liputan pembukaan cawangan ke-10 MPH Bookstores di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya yang berlangsung pada pagi semalam, 19 November 2024.
Majlis pelancaran rasmi yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menandakan langkah penting dalam usaha MPH untuk terus memupuk minat terhadap literasi dan pengetahuan di kalangan masyarakat.
"Kami pernah berada di sini sebelum ini – di lokasi yang sama, sehingga pandemik COVID-19 – dan kami sangat teruja untuk kembali, lebih baik dan lebih berani, membawa buku terbaik, mainan pendidikan dan permainan, hadiah serta alat tulis kepada peminat kami di Putrajaya dan sekitarnya," ujar Ketua Pegawai Eksekutif MPH Bookstores, Martin Cross dalam ucapannya pada majlis pelancaran tersebut.
Turut hadir Pengarah Pendidikan Putrajaya, Haji Ezaiddin Hussain serta peminat buku, ahli MPH MRewards, penerbit dan pembekal tempatan serta pelajar dan guru dari 16 sekolah rendah di Putrajaya.
Kehadiran mereka menunjukkan sokongan terhadap komitmen MPH dalam menawarkan pelbagai pilihan buku, majalah, alat tulis dan hadiah yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Pembukaan grand ini juga menyaksikan acara penyampaian hadiah khas oleh Fadhlina dan Haji Ezaiddin kepada pelajar sekolah rendah Putrajaya yang hadir, memberikan sentuhan istimewa pada majlis di awal pagi.
Enam belas sekolah, dengan dua pelajar dipilih daripada setiap satu, menerima hadiah percuma, peralatan sekolah dan sumbangan wang tunai bernilai RM200 daripada Yayasan Didik Negara.
Kedai seluas 5,000 kaki persegi di Alamanda ini menampilkan reka bentuk baru yang pertama kali diperkenalkan di kedai utama MPH di The Exchange TRX.
Dengan elemen reka bentuk moden yang menggunakan kayu cerah dan hiasan tembaga, MPH Alamanda menggambarkan hala tuju baharu jenama ini sebagai destinasi inspirasi dan moden.
Dihiasi dengan reka bentuk yang menarik serta pilihan buku, hadiah dan produk lain yang dikurasi, MPH Alamanda bertujuan menjadi ruang yang dihargai oleh pembaca, keluarga dan pengunjung.
"Pembukaan semula ini menandakan langkah seterusnya dalam pembaharuan dan kebangkitan MPH Bookstores, yang dimulakan dengan pembukaan kedai utama kami di The Exchange TRX pada Mei lalu. Dengan penambahan cawangan fizikal kami, kami bersedia untuk merealisasikan visi kami untuk sekali lagi menjadi rangkaian kedai buku terkemuka di Malaysia," tambah Cross.
MPH Alamanda menyasar pembaca dari semua peringkat umur dan minat. Bahagian kanak-kanak yang ceria dan segar di kedai ini diharap dapat merangsang imaginasi muda serta memupuk minat membaca dan kreativiti.
Dengan ruang yang luas, ia memudahkan pembaca muda untuk meneroka dunia baru dan cerita menarik yang membuka pintu kepada pengetahuan tanpa batas.
Selain itu, MPH Alamanda juga menyediakan pelbagai koleksi fiksyen dan bukan fiksyen dalam bahasa Melayu dan Inggeris, serta buku-buku ulangkaji sekolah.
Ia jug memberi tumpuan kepada buku-buku tempatan dan penerbitan, yang merupakan sektor dinamik dalam industri buku global serta menjadi kebanggaan Malaysia dan sistem pendidikannya.
MPH menghargai sokongan padu daripada rakan penerbitan dan pengedaran mereka serta pengarang-pengarang terkenal yang turut hadir dalam acara tersebut.
Terletak di LG22-23, Lower Ground, Alamanda Shopping Mall, Presint 1, Putrajaya, ia dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam dan tidak syak lagi apabila berada di dalamnya pengunjun dapat merasai dunia pengetahuan, inspirasi dan imaginasi tanpa batas.
FOTO kredit: Utusan Malaysia - Faisol Mustafa.
Gedung ini nenawarkan pelbagai pilihan buku merangkumi kategori seperti:
- Novel dan bukan fiksyen dalam Bahasa Melayu yang merangkumi Perniagaan & Pengurusan, Biografi & Memoir, Kewangan & Pelaburan, Sejarah & Politik, Bahasa & Pendidikan, Kesihatan & Kekeluargaan, Komik & Novel Grafik, Masakan, Membina Diri, Pelancongan, dan Rujukan Islam
- Buku kanak-kanak Bahasa Melayu
- Buku kanak-kanak Bahasa Inggeris, termasuk Bestsellers, Buku Aktiviti Tahun Awal, Pembaca Junior, Rujukan Junior, Klasik Kanak-Kanak, Buku Bergambar dan Manga & Novel Grafik
- Fiksyen dan bukan fiksyen dalam Bahasa Inggeris, termasuk Bantuan Diri, Minat Asia, Perniagaan & Pengurusan, Undang-Undang & Statut, Biografi & Memoir, Sejarah dan Pelancongan
MPH Bookstores turut menawarkan pelbagai produk seperti:
- Alat tulis dan bekalan pejabat
- Hadiah & produk gaya hidup, termasuk koleksi dari Islamic Arts Museum Malaysia
- Mainan pendidikan & permainan
Pengunjung juga boleh menyertai program keahlian MPH MRewards dengan mendaftar di kaunter kedai, yang memberikan pelbagai manfaat termasuk promosi bulanan, tawaran eksklusif untuk hari jadi, dan diskaun 10% untuk barangan MPH.
Apa pun, uuntuk maklumat lebih lanjut mengenai koleksi MPH, lawati laman web rasmi mereka di https://mphonline.com/ atau lebih mudah klik DI SINI.
Mengenai MPH Bookstores
Dengan sejarah yang bermula pada tahun 1906, MPH Bookstores telah berkembang menjadi salah satu rangkaian kedai buku terkemuka di Malaysia. Sebagai perintis dalam industri runcit buku, jenama MPH telah menjadi nama yang dihargai dan dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, MPH adalah peruncit buku pertama yang memperkenalkan konsep megastore di Malaysia dengan pembukaan MPH Mid Valley pada tahun 2000.
Pada awal 2000-an, MPH merupakan peruncit buku pertqama di Malaysia yang melangkah ke dalam perniagaan e-dagang dengan pelancaran mphonline.com sekali gus berjaya membawa pengalaman membeli-belah terus ke pintu rumah pelanggan, memenuhi keperluan kemudahan, kelajuan, kecekapan dan kebolehpercayaan perkhidmatan.
Hari ini, MPH terus membawa inovasi dalam runcit buku di era digital, sama ada melalui platform dalam talian dan juga pembaharuan kedai fizikal yang kreatif dan strategik.
Tahniah MPH!
#MPHBookstores #AlamandaPutrajaya #KedaiBuku #EDagang #GayaHidup #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan