Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ORANG RAMAI DIJEMPUT SOKONG MALAM AMAL 'BLUE SERENADE' PDRM DI MELAKA 28 DIS!



SEMPENA Tahun Melawat Melaka 2024, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaluui Kelab Jabatan Pengurusan merancang menganjurkan Majlis Malam Amal ‘Blue Serenade’ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Disember 2024 bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka.


Acara yang julung kalinyya dianjurkan itu bertujuan untuk menambah dana tabung kebajikan PDRM selain merapatkan lagi ukhwah bersama masyarakat. 


“Besar harapan pihak PDRM, agar program sebegini mendapat sokongan dari semua badan kerajaan (NGO), badan korporat dan swasta serta mana-mana kelab untuk sama membantu menghulurkan sumbangan melalui jualan meja.” ujar Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman, Dato' Sri Azmi Bin Abu Kassim pada sidang media yang berlangsung di Menara 2 Bangunan PDRM, Bukit Aman baru-baru ini.



Turut hadir Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan Jo Branko yang merupakan antara barisan artis terkenal yang akan memeriahkan Malam Amal  berkenaan selain Ziana Zain, Ella dan Douglas Lim.


Jamal dijangka menyampaikan kira-kira 6 buah lagu termasuk medley malah akan berkolaborasi berrsama Jo Branko untuk lagu “Gadis Melayu’ selain diiringi Orkestra PDRM yang dianggotai 75 pemuzik handalan.



Berkongsi lanjut, Azmi memberitahu, acara menarik lain yan turut didakan pada sebelah siang termasuk Karnival Community Policing’, gerai jualan, pameran dan tidak ketinggalan PDRM memberi ruang kepada pengunjung untuk menyemak saman kerana pada hari tersebut.kaunter diskaun saman trafik akan dibuka.


Jadi jangan lepaskan peluang untuk membayar saman pada hari tersebut dan pengunjung juga bakal menyaksikan petunjukan udara dan terjunan tepat oleh ahli PDRM, mahu pun ‘Meet & Greet’ bersama pucuk pimpinan PDRM.


Majlis dijangka akan dihadiri tokoh-tokoh terkemuka, termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain.


Jom ramai ramai turun ke MITC beri sokongan! - oleh CT Dimiati.



#MalamAmalBlueSerenade #MITC #Melaka #PDRM #JamalAbdillah #Ziana #Ella

Tiada ulasan:

Catat Ulasan