Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PAMERAN KOMODITI IMPORT EKSPORT BERI PELUANG USAHAWAN TEROKAI PASARAN GLOBAL!


KIRA-kira
550 reruai daripada lebih 10 negara telah mengesahkan penyertaan dalam Pameran Komoditi Import dan Eksport Malaysia 2024 yang bakal diadakan bertempat di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur bermula 28 November sehingga 30 November 2024 ini.


Pameran komoditi yang pertama kali diketegahkan itu merupakan antara pengisian baharu sempena Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia (MIBS) ke-19 anjuran Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (PROMAS) dengan kerjasama ES International Event Management Sdn Bhd serta disokong oleh Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) dan Persatuan WAWASANITA.


Turut menyokong Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, agensi kerajaan, serta lebih 50 persatuan perdagangan domestik dan antarabangsa lain yang telah memberikan sokongan berterusan dan perhatian yang penuh semangat terhadap acara tersebut.


“Pameran kali ini turut dijangka menjadi pameran antarabangsa Malaysia yang inovatif dan luar biasa, yang mana kami menyediakan platform yang menonjol untuk usahawan import dan eksport tempatan mempamerkan produk mereka di peringkat global,” kata Pengarah Urusan ES Management, Datuk Chong Chong Tik kala ditemui pada sidang media ‘Pameran Komoditi Import Eksport Malaysia dan Pameran MIBS ke-19 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada Rabu, 13 November 2024.



Turut hadir antaranya Presiden Kehormat Sepanjang Hayat Malaysia Promas International Business Society (PROMAS), Lady Puan Sri Dr. Susan Cheah; Presiden DPUM, Dato Seri Abu Hassan Mohd Nor serta Presiden Wawasanita, Datin Dr. Norlia @Norlaili Alias.


Menurut Chong Tik penglibatan syarikat tempatan dalam pameran tersebut telah bertambah kepada 40 peratus berbanding hanya 10 peratus sahaja syarikat tempatan yang menyertai acara ini tahun lepas. 


“MIBS 2024 akan memberi fokus kepada empat kategori utama 

iaitu pakaian dan fabrik, komoditi pintar, produk kesihatan tradisional serta makanan dan minuman,’ tambah Chong Tik.


Katanya, bertempat di 5 dewan sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, tiga dewan akan menempatkan pemamer dari luar negara antaranya seperti dari Taiwan, Pakistan, Iran, Korea Selatan, Jepun di mana sebahagian bersarnya dari tanah China seperti dari wilayah Zhejiang, Shandong, Guangdong, Jilin, Guizhou, Fujian, Yunnan dan banyak lagi.


Manakala di dewan 1 dan 2 akan menyaksikan usahawan tempatan memenuhi ruang reruai dengan penglibatan dari ahli-ahli  Persatuan Wawasanita mahu pun Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia khususnya, melibatkan usahawan kecil yang sudah memiliki produk sedia untuk dieksport.



Sehubungan itu, Chong Tik memberitahu, sebagai usaha menarik lebih ramai pembeli antarabangsa penganjur menawarkan penginapan percuma selama tiga hari dua malam di hotel bertaraf empat bintang kepada pembeli antarabangsa yang mendaftar. 


Dengan lebih 300 pembeli telah mendaftar, acara ini memberi peluang untuk memperkenalkan keunikan produk Malaysia serta menyokong pertumbuhan perniagaan yang saling menguntungkan melalui sesi pertemuan, forum industri, dan aktiviti jaringan.


Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia (MIBS) 2024 dan Pameran Import dan Eksport Komoditi Malaysia (PROMAS Fair 2024) dijangka menjadi platform penting bagi perkembangan jenama tempatan, di samping menghubungkan mereka dengan pasaran antarabangsa dan membuka peluang kerjasama serta pembangunan.


“MIBS 2024 bertujuan menyediakan platform utama bagi usahawan import dan eksport Malaysia untuk mempamerkan produk mereka ke peringkat global khususnya kepada usahawan PKS,” kata Abu Hassan Mohd Nor ketika ditemui sambil memperkenalkan produk kopi premium di bawah jenama ATACAFE yang diusahakan oleh Tuan Zaharol Azman Zakariah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Atha Premium Resources.



Menurut beliau, ATHACAFE antara ahli DPUM yang akan turut menyertai pameran waima mereka telah memperlihatkan perkembangan positf dalam usaha mengembangkan produk ke pasaran global.


Sementara itu, Dr. Nor Laili yakin dengan penyertaan usahawan-usahawan wanita melalui Wawasanita yang turut akan disertai oleh usahawan dari Sabah dan Sarawak, ia akan membuka peluang bagi kedua-dua negara Malaysia dan China untuk bekerjasama dalam membina jambatan pemasaran yang lebih luas.


“Saya yakin pameran ini dapat memberi manfaat besar kepada semua pihak yang terlibat dalam industri perdagangan dan pembangunan jenama tempatan,” ujar Dr. Nor Laili.


Orang ramai khususnya usahawan yang ingin mengembangkan produk mahu pun mendekati pengusaha-pengusaha luar negara disarankan berkunjung ke Pameran Komoditi Import dan Eksport Malaysia 2024 dan MIBS 2024 pada 28 November kelak.


Jika peribahasa kita berkata, ‘tuntutlah ilmu sampai ke negeri China’, inilah peluang untuk menuntut ilmu dari negeri China tanpa perlu berbelanja banyak untuk kesana kerana China akan berada di Malaysia selama tiga hari.


“Ambillah peluang itu,” kata Abu Hasan mengakhiri perbualan.



#DPUM #MIBS2024 #KLCC #PameranKomoditiImportEksport #MalaysiaChina #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan