Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PRKM, PET UNIVERSE TANDATANGANI MoU PERKUKUH KEBAJIKAN HAIWAN PELIHARAAN!


PERSATUAN Rakan Kucing Malaysia (PRKM)
dan Pet Universe memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh usaha mempromosikan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab, khususnya kucing.


Majlis menandatangani MoU tersebut yang disempurnakan oleh Setiausaha PRKM, Mohd Edi Armishah Mohamed, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pet Universe, Dr Anya Chiu berlangsung semalam, 22 November 2024, di Wisma Pet Universe, Ampang, Selangor, dan disaksikan oleh penaung PRKM, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap isteri Perdana Menteri.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Akma Ngah Hamid dan  Ketua Pegawai Eksekutif Pet Universe Nourish, Patrick Chin.



DR. Wan Azizah melawat hotel kucing yang turut disediakan di Wisma Pet Universe.


PRKM akan memainkan peranan mendidik masyarakat tentang penjagaan kucing yang bertanggungjawab, manakala Pet Universe menyediakan kemudahan dan kepakaran bertaraf tinggi. 

"MoU ini mencerminkan komitmen bersama terhadap kebajikan kucing di Malaysia," kata Mohd Edi Armishah.

Sementara itu, Dr. Anya memaklumkan di Pet Universe bersandarkan kepada moto 'Menginsafkan Haiwan Peliharaan' pihaknya percaya bahawa haiwan peliharaan adalah sebahagia penting dalam keluarga.

"Melalui kerjasama dengan PRKM, kami komited untuk memupuk budaya yang mengutamakan kesejahteraan mereka," kata Dr. Anya.

Menurutnya, langkah seterusnya, PRKM dan Pet Universe sedang bersiap sedia untuk melancarkan pelbagai initiatif yang berimpak, termasuk kempen kesedaran awam, bengkel komuniti dan program pendidikan.




Kerjasama ini turut memperkukuh inisiatif kebajikan haiwan yang diperkenalkan Dr. Wan Azizah sebelum ini, termasuk pelancaran Taman Kucing Madani tahun lalu, yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan kebajikan haiwan di Malaysia.


Dr Wan Azizah dalam ucapan ringkasnya, menekankan kepentingan hubungan baik antara manusia dan haiwan peliharaan, terutamanya kucing, yang mampu meningkatkan kualiti hidup. 



Beliau turut menggesa agar usaha menjaga kebajikan haiwan peliharaan dan kucing gelandangan dipertingkatkan, termasuk melalui program menjadikan kucing gelandangan sebagai kucing angkat.


Sehubungan itu, beliau menyarankan diwujud sebuah ‘rumah kucing’ bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan yang sering terdapat di kawasan perumahan kos rendah 'sekali gus mampu menawarkan perkhidmatan seperti vaksinasi, rawatan neuter serta menyediakan perkhidmatan adopsi kucing.


INI dia kucing yang dinamakan Dr. Wan Azizah 'Snowflake'.


“Saya perhatikan di Bandar Tun Razak ada banyak kucing gelandangan yang dibuang merata-rata, Jadi dengan adanya rumah kucing ia dapat menyumbang kepada masyarakat yang lebih penyayang dan bertanggungjawab,” tambahnya.


Dalam pada itu, sebagai simbolik lawatan ke Wisma Pet Universe, Dr Wan Azizah diberi penghormatan untuk menamakan seekor anak kucing yang baru diselamatkan oleh Pet Universe di mana beliau  memilih nama “Snowflake” untuk haiwan tersebut.


Gambar kiri atas: Kredit foto Bernama.



#PetUniverse #DrWanAzizah #PRKM #MoU #PetUniverseNourish #Kucing #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan