SUMBANGAN PEKEMA AMAT BERMAKNA BAGI PENGGIAT SENI - KARYAWAN
PERSATUAN Karyawan Malaysia (KARYAWAN) merakamkan jutaan terima kasih kepada Yayasan PEKEMA (Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) atas kemurahan dan kemuliaan hati mereka dalam memberikan sumbangan kewangan
bernilai RM150.000.
Seramai 30 orang penerima yang terdiri daripada penyanyi, pelakon veteran, dan individu yang kini sedang mengalami keuzuran menerima sebanyak RM5.000 setiap seorang pada Majlis Sumbangsih PEKEMA Prihatin anjuran Yayasan PEKEMA dengan kerjasama KARYAWAN, bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Yayasan PEKEMA yang telah melaksanakan inisiatif yang sangat penting ini. Tanpa usaha dan kerjasama dari mereka, mungkin majlis ini tidak dapat direalisasikan,” ujar Presiden KARYAWAN, Dato Freddie Fernandez pada majlis tersebut.
Sumbanhan kepada setiap karyaean disampaikan olrh Pengerusi PEKEMA, Datuk Mohamd Nazari Noordin dan turut ditemani Penasihat PEKEMA. Dato Hj Zainuddin Abd Rahman dan Timbalan Presiden PEKEMA, Dato Hj Wan Sazrudeen Wan Zaid serta Pengerusi KARYAWAN, Datuk Khadijah Ibrahim.
“Ini adalah satu tanda bahawa masyarakat kita tidak pernah melupakan para seniman yang telah banyak memberi kepada negara dan masyarakat melalui seni. Semoga sumbangan yang kecil ini dapat membantu para penerima menjalani kehidupan yang lebih selesa dan memberi sedikit ketenangan kepada mereka,” tambah Freddie.
Majlis penyerahan sumbangan ini merupakan satu penghargaan yang amat bermakna bagi para penggiat seni yang uzur dan artis veteran yang telah banyak memberi sumbangan dalam dunia seni tanah air.
Mereka adalah individu yang telah mencurahkan bakti dan tenaga sepanjang hayat, menghiburkan rakyat Malaysia dengan lakonan, nyanyian, dan karya seni yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat.
Namun, dengan faktor usia dan kesihatan yang semakin merosot, mereka kini berdepan dengan cabaran yang memerlukan sokongan masyarakat yang prihatin.
Sebagai organisasi yang sentiasa mementingkan kebajikan dan kesejahteraan penggiat seni, Persatuan Karyawan Malaysia amat menghargai sumbangan besar yang diberikan oleh Yayasan PEKEMA.
Sumbangan RM5,000 seorang kepada setiap penerima bukan sekadar wang ringgit, tetapi lebih daripada itu – ia adalah simbol kasih sayang, penghargaan, dan penghormatan kepada segala pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam memajukan seni tanah air.
"Kami berharap dengan sumbangan ini, para seniman yang telah berkhidmat untuk negara dapat merasai penghargaan yang sewajarnya. Sumbangan ini bukan hanya meringankan beban kewangan, tetapi juga memberi semangat untuk mereka terus dihargai sepanjang hayat mereka," tambah Freddie sambil menutup ucapannya dengan sebuah pantun empat rangkap yang berbunyi:
“Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu;
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu”
Barisan artis yang menerima sumbangan terdiri daripada Datuk Sarimah Ahmad, Dato Jeffrdin, Dato Andre Goh, M. Jamil. Sheqal, Zaiton Sameon, Norlia Ghani, Ali XPDC, Isma Aliff,
Ebby Yus, Sathiya, Mak Wan, Murali Abdullah, Datuk S. Atan. Shuib Freedom, Mariam Ahmad, Shima, Sazali P. Ramlee, Shasha Rohaizad, Alfred Ho, Roy, Zul Mahat, Yus Barat, Sofia Ibrahim, Kieran, Harun Hashim, Ruslan Salleh dan Zaleha Hamid, Dr. Sam Raspuutin dan wartawan Nas Ahmad.
#PEKEMA #KARYAWAN #FreddieFernandez #SumbangsihPekemaPrihatin #Artis #Sakit #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan