Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'TAUBAT' KARYA ERMA TEPATI KLUSTER PELANCONGAN ISLAMIK MDCC!


TAUBAT tidak menunggu mati, Ajal tidak menunggu taubat’  - begitu catatan pelakon, pengarah dan penerbit yang tidak asing lagi dalam dunia teater, Erma Fatima atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali.


Atas hakikat itu, karya terbaharunya berjudulkan ‘TAUBAT’, sebuah mono teater menjadi pilihan Datumcorp International Sdn Bhd, syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk dipersembahkan sebagai menepati kluster pelancongan Islamik yang diketengahkan melalui Pusat Kebudayaan Datum atau Datum Cultural Centre (MDCC).



Dengan jalinan kerjasama MDCC yang bersandarkan kepada Islamic Tourism bersama Ribbath Fatima Az Zahra yang diasaskan oleh Erma Fatima, ‘TAUBAT’ menjadi mono teater sebuah mesej ‘Kesedaran’ bahawa tidak ada seeorang pun dari kita yang terlepas dari melakukan kesilapan dan berbuat dosa samada secara sedar mahu pun tidak.


Kesibukan urusan dunia membuatkan manusia lalai dan leka sehingga kita menangguhkan urusan TAUBAT.



Dipersembahkan di SACC Convention, Shah Alam pada 7 November 2024 lalu, ia dibintangi pelakon hebat menggandingkan Vanida Imran, 51, dan Nadiah Agilah, 39, dua nama yang cukup kuat dalam pementasan teater.


Iyalah siapa tidak kenal Vanida Imran, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia melalui lakonan mantapnya dalam ‘The Red Kebaya’ malah pernah juga berlakon dalam judul filem sinonim  Akhirat’.



“Merupakan sebahagian daripada platform mempromosi MDCC melalui industri hiburan Ianya merupakan satu tanggungjawab sosial dalam membina sahsiah ummah dan kutipan hasil jualan kerusi akan disalurkan ke tabung Ribath Fatimah Az-Zahraa bagi menjalankan lebih banyak aktiviti keagamaan,” ujar Ketua Pengurusan Perkhidmatan Korporat DatumCorp International Sdn Bhd., merangkap Pengarah Projek MDCC, Hajah Suzana Zakaria ketika dihubungi.


Menurutnya, teater arahan Naque Ariffin yang berkonsepkan keagamaan ini diklasifikasikan sebagai satu ‘Kesedaran’ bagi Ribbath Fatima Az Zahra betapa pentingnya manusia kembali kepada ugama dalam kehidupan.



“Manakala untuk MDCC-Islamic Tourism pula,”kesedaran” itu adalah promosi kepada masyarakat tentang produk pelancongan MDCC,” tambah Suzanna (gambar atas, duduk) sambil berpuas hati dengan sambutan yang diberikan.


Selepas persembahan teater mono, program disusuli dengan sesi sesi perkongsian  rohani, menampilkan  pendakwah dan pakar motivasi, Ustazah Aisyah Farid BSA.


Selain Erma Fatima, turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pegawai Pemantau Operasi DatumCorp International Sdn Bhd., merangkap Penasihat Projek MDCC, Tengku Khairil Azwan; Ketua Pengurusan Kewangan DatumCorp, Salina Said; Pengurus Besar Kanan Komunikasi Korporat PKNS, Sapna Turmidi; Ketua Pegawai Eksekutif Selaman Sdn Bhd, Hajah Kamarulazian Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convect Sdn Bhd, Hajah Nor Azlina Amran dan Penasihat Pembangunan Pelancongan MDCC, Datuk Azlie Halim.



Selain dari itu pameran jualan brangan muslimah, produk perhiasan serta reruai MDCC menjadi tarikan penonton yang rata-ratanya terdiri daripada kaum muslimah sahaja.


Melalui reaksi dan komen netizen pada platfform sosial media, mereka berpuas hati dengan teater mono ‘Taubat’ apatah lagi ia karya Erma Fatima yang terkenal dengan kisah kemasyarakatan berlandaskan keagamaan dan realiti sebenar.


Malah sebagai pengarah terbaik beberapa buah drama dan filem antaranya Pengarah Terbaik Anugerah Profima untuk drama ‘Tahajud Cinta’ mahu pun Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 untuk filem ‘Perempuan Melayu Terakhir’, tidak hairanlah setiap kali karyana diketengahkan ia mendapat sambutan memberangsangkan, tidak terkecuali ‘Taubat’.



Lebih-lebih lagi dilakonkan Vanida Imran mahu pun Nadiah Aqilah yang sememangnya pasangan pelakon teater berwibawa waima watak yang dibawa masing-masing boleh membuat penonton meruntun jiwa dek lakonan mantap mereka.


Selepas menontonnya pasti ramai tidak rasa ‘taubat’ nak menonton lagi karya seumpama yang penuh tersurat lagi tersirat dengan mesej berguna sebagai pedoman hidup menuju alam barzakh menepati objekjtif ‘kesedaran’ yang ingin disampaikan secara tidak langsung oleh pihak penganjur.


Dari kanan: Tengku Khairil, Salina Said,Sapna Turmidi, Nor Azlina dan Kamarulazian.


Kak Fas: Jangan tau buat sahaja tetapi bertaubatlah sebelum terlambat.. tak gitu?



#Taubat #ErmaFatima #VanidaImran #NadiaAqilah #DatumCorp #TeaterMono #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan