USAHAWAN TEMPATAN DIJEMPUT SERTAI KARNIVAL PEMERKASAAN EKONOMI MULAI 20 DIS!
KHALIFAH World Global Sdn Bhd mensasarkan jualan mencecah RM3j hingga RM5 juta berdasarkan pada kira-kira 60,000 pengunjung yang dijangka memeriahkan Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Disember 2024 ini, bertempat di UTM Hotel & Residensi, Kuala Lumpur.
“Kami yakin dengan lebih kurang 70 reruai yang akan didirikan pada pameran ini, sasaran pengunjung berjumlah 60,000 orang dapat dicapai selama tiga hari karnival berlangsung,” ujar Pengarah Eksekutif Khalifah World Global Sdn Bhd, Razali Salleh pada majlis sidang media yang berlangsung di UTM Hotel & Residensi, Kuala Lumpur pada semalam, 18 November 2024.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Redipay Berhad, Datuk Adam Dahlan; Pengerusi Koperasi Permodalan Inovasi Usahawan Berhad, Amir Dr Md Shah dan Pengarah Pengurusan Acara Khalifah World Global, Fadhilah Nawawi. Manakala dua artis yang hadir adalah Ako Mustafa dan Nazeera Sardi.
DARI kiri: Fadhilah, Razali, Adam dan Amir. |
Berkongsi lanjut, Razali memaklumkan setekat ini sebanyak 60% gerai telah ditempah dengan 5 hingga 6 gerai disediakan untuk golongan artis berniaga seperti antaranya Ako Mustafa, Noraniza Idris, Tyzo dan Nazeera Sardi.
“Permohonan untuk menyertai karnival masih terbuka di mana kali ini kami hanya menerima pembayaran daripada vendor secara dalam talian melalui platform teknologi kewangan, Redipay,” jelas Razali.
Harga pakej vendor bermula daripada serendah RM699 ke atas di mana mereka juga akan menerima sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, bersama-sama dengan minuman, disajikan secara bufet tiga kali sehari.
"Setiap vendor berhak mendapat kuota percuma untuk dua wakil, membolehkan mereka menikmati hidangan ini sepanjang acara," tambah Razali.
Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 bertujuan untuk memanfaatkan peluang perniagaan dengan memberi fokus kepada usaha pemerkasaan usahawan tempatan, pengembangan ekonomi digital, serta peluang pendidikan dan latihan yang dapat memperkasa komuniti.
“Objektif utama karnival ini adalah untuk memberdayakan usahawan tempatan, memperkasa komuniti ekonomi digital, membuka peluang pendidikan dan latihan, serta menggalakkan kerjasama dan jaringan di kalangan usahawan dan profesional,” ujar Razali.
Dalam pada itu katanya, karnival ini juga diharap menjadi platform utama untuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru dalam sektor perniagaan dan ekonomi, sambil memberikan peluang kepada usahawan dan profesional untuk memperluas rangkaian serta mempertingkatkan pengetahuan mereka.
Selain daripada fokus kepada pembangunan ekonomi, karnival ini juga bertujuan menggalakkan perpaduan sosial dan kesedaran komuniti di kalangan masyarakat.
Antara aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang karnival termasuk:
- Penjualan produk dari vendor-vendor tempatan
- Aktiviti derma darah untuk meringankan beban golongan yang memerlukan
- Pertunjukan seni dari anak-anak OKU, penari-penari Aswara serta Ms & Mrs Legend Universal
- Pertandingan sukan termasuk Bowling, Snooker dan e-Sport Mobile Legend yang menyediakan hadiah bernilai sehingga RM10,000/
- Penampilan khas vendor-artis seperti Ako Mustafa, Noraniza Idris, Tyzo, Nazeera Sardi, dan DJ Shah THR Gegar
“Bagi mereka yang berminat untuk menyertai karnival ini sebagai vendor, peserta pertandingan atau penaja, pihak penganjur masih membuka peluang penyertaan.
"Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi +6011 1099 4947 (Lyla) atau layari laman web rasmi di https://khalifahworldglobal.my," akhiri Razali sambil menghargai sokongan pihak penaja dan rakan strategik yang turut membantu antaranya Redipay Berhad, Zico Trust Berhad, Nur Aero serta kerjasama dengan SACC, Jom Havoc dan T-Hub.
Pendek kata, Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 dijangka akan menjadi acara yang bukan hanya bermanfaat untuk pembangunan ekonomi, tetapi juga penuh dengan hiburan dan kemeriahan yang dapat memberi impak positif kepada masyarakat.
Antara artis yang bakal memeriahkan Jamuan Makan Malam Gala Pemerkasaan Ekonomi pada 20 Disember 2024 terdiri daripada penyanyi lama dan baharu seperti Noraniza Idris. Haziq Rosedi dan anakanda kepada Dato Jamal Abdilllsh iaitu Zaki Yamani.
Jadi jika anda mahu bertemu artis-artis kesayangan anda yang hadir itu untuk berselfie atau membeli produk jualan mereka bolehlah ke Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 bermula pada 20 Disember depan ya.
Khabarnya, Ako Mustafa akan berniaga keropok lekor dari Terengganu serta Avocado Jus Blender manakala Nazeera akan terus memperkenalkan beberapa produk di bawah jenamanya ‘Foodlab by Nazeera’ seperti antaranya bubble waffle jern serta sambal busu yang terkenal dengan taglinenya, #dahcubatakbolehlupa.
Jom cuba!
Info lanjut berhubung Karnival boleh klik LINK INI.
#KarnivalPemerkasaanEkonomi2024 #UTM #KhalifahWorldGlobal #Artis #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan