Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON TAMPILKAN KELAINAN PADA AFP 2024, MEDIA DIBERI PELUANG 'MEMILIKI APA YANG ANDA PAKAI'

 


WALAUPUN sambutan Tahun Baru Cina (CNY) masih jauh pada penghujung Januari 2025, namun AEON Malaysia seperti biasa mengalu-alukan kedatangan ‘Tahun Ular’ itu lebih awal bagi memberi peluang mereka yang menyambutnya membuat persiapan.


Sehubungan itu, melalui Fashion Preview terbaharunya, AEON menampilkan gabungan tradisi, gaya dan transformasi selaras dengan temanya “kemewahan’.


Mengetengahkan koleksi yang diilhamkan oleh 'Tahun Ular' yang melambangkan pembaharuan, cita-cita, dan kemakmuran, AEON berkolaborasi dengan jenama gaya hidup terkenal dunia,  tokidoki. 


AEON membawa revolusi dalam fesyen perayaan dengan menyatukan elemen tradisional yang abadi dengan estetik moden yang ceria. Koleksi ini mempersembahkan pakaian dan aksesori yang bukan sahaja bergaya tetapi juga penuh dengan makna.



Buat julung kalinya, kerjasama antara AEON dan tokidoki menghadirkan sentuhan unik dalam koleksi perayaan. 


Karakter yang berwarna-warni dan corak berani menghiasi baju t besar, samfu, dan aksesori yang direka khas untuk generasi muda serta keluarga. 


“Pakaian adalah nadi setiap perayaan, mencorakkan suasana dan menghidupkan tradisi. Namun, perayaan sebenar melangkaui fesyen—itulah tentang mencipta hubungan bermakna, meraikan kegembiraan, dan memastikan ia boleh dinikmati oleh semua,” ujar Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON pada ucapan aluannya di majlis AEON Fashion Preview (AFP) 2024 bertempat di AEON Mall IOI Puchong pada pagi Rabu, 4 Disember 2024 semalam.



Menurut Ngai Yuen, melalui koleksi Tahun Baru Cina tahun ini, AEON menawarkan pakaian yang direka dengan teliti, menggabungkan elemen tradisional dengan trend moden. 


“Kerjasama dengan tokidoki ini menonjolkan gaya kreatif yang memberi keyakinan kepada setiap individu untuk meraikan musim ini dengan keaslian dan rasa kekitaan,” tambahnya.


Simone Legno, Pengarah Kreatif tokidoki, turut berkongsi keterujaannya, “Kami sangat gembira dapat membawa pesona ikonik tokidoki ke dalam koleksi AEON untuk Tahun Baru Cina ini. Bersama-sama, kami mencipta gabungan tradisi dan gaya kontemporari yang menyemarakkan lagi sambutan tahun ini.”


Koleksi Fashion Preview Tahun Baru Cina 2025 AEON mencerminkan semangat kemewahan dalam gaya, kreativiti, dan perayaan. 



Dengan rekaan yang pelbagai, kolaborasi yang unik dan penekanan terhadap kualiti, AEON memastikan setiap pelanggan dapat meraikan musim perayaan ini dengan penuh gaya.


Koleksi ini juga menonjolkan komitmen AEON terhadap kelestarian dan keprihatinan terhadap bajet pelanggan. 


Harga yang ditawarkan bermula serendah RM49 hingga RM199, menjadikan fesyen perayaan mampu dibeli oleh semua golongan. 


Antara jenama yang boleh menjadi pilihan meliputi:

 

Scar


Koleksi ini  memadukan sentuhan muda dengan elegan perayaan, menawarkan brokat, sulaman organza, dan tona pastel, biru denim, merah klasik CNY, serta warna bumi gelap. Bermula dari RM49, Scar menjadikan sambutan anda lebih bergaya.


Plus Collection


Koleksi ini meraikan kecantikan dalam pelbagai bentuk dan saiz, dengan rekaan berani dan fabrik mewah seperti satin dan sulaman. Dari pakaian kasual hingga gaya malam yang menonjol, harganya bermula dari RM59 hingga RM199.


Arcadia


Dikenali dengan fabrik yang selesa dan potongan serba guna, koleksi Arcadia menawarkan linen yang ringan dan corak flora abstrak, sesuai untuk perayaan tradisional dan acara santai. Harga bermula dari RM69 hingga RM159.



Crème


Untuk mereka yang mencari gaya elegan, Crème menawarkan pakaian perayaan klasik dengan rekaan jacquard, chiffon, dan sulaman halus. Dengan tona merah ros dan monokrom klasik, harganya dari RM69 hingga RM199.


Guys’ Vision (GV) dan ti:zed


Jenama pakaian lelaki AEON ini memadukan gaya santai dengan pesona perayaan. Dengan cetakan tokidoki pada baju t besar dan samfu, koleksi ini menampilkan warna dinamik seperti merah, emas, dan biru gelap, bermula dari RM29 hingga RM139.


Raikan Tahun Baru Cina anda dengan koleksi AEON yang penuh kreativiti, keanggunan, dan sentuhan unik tokidoki!


Sama ada pakaian meriah untuk perjumpaan keluarga atau gaya santai untuk makan malam istimewa, hampir semua koleksi disebut menyediakan saiz dari XS hingga 3XL.


Selaras dengan 'Matlamat Pembangunan Mampan PBB 8 dan 15', AEON terus memperkukuh misinya untuk mempromosikan amalan perniagaan inklusif dan bertanggungjawab.


Pelanggan boleh mendapatkan koleksi ini di semua cawangan AEON atau melalui pembelian dalam talian di www.aeonretail.com.my. 


Mari raikan Tahun Ular dengan penuh kemewahan, gaya, dan sentuhan unik daripada tokidoki, sambil mengekalkan nilai tradisi dan inovasi.



Kak Fas: Puji kelainan yang diambil AEON untuk AFP kali ini di mana tidak seperti kebiasaannya di mana AEON menampilkan peragawati dan peragawan profesional untuk memperagakan koleksi AFPnya.


Tahun ini ia digantikan dengan pengalaman media dan blogger sendiri di mana mreka diberi peluang memilih gaya CNY masing-masing dengan menggunakan baucer bernilai RM150 untuk membeli-belah.

Lebih menarik disediakan ruang ‘solekan’ bagi menambahkan seri wajah agar penampilan gaya CNY masing-masing bagaikan ‘peragawati’ tersendiri gayanya waima AEON mahu memastikan pakaian anda menjadi cerminan cara anda menyambut perayaan selari dengan hashtag #OwnWhatYouWear


Seorang pemenang yang diadili menempati gaya CNY membawa pulang baucer bernilai RM200. 


Di samping itu, pihak media dan bloggers juga menerima cenderahati sebuah bag galas berisi beberapa produk.


Pendek kata, boleh dikatakan bahawa ini tahun terbaik penganjuran AFP waima media dan bloggers semua dilayani dan dihargai ibarat menerima ‘hadiah’ Tahun Baru Cina lebih awal. 



#AeonMalaysia #AeonFashionPreview #CNY #Tokidoki #OwnWhatYouWear #fyp




Tiada ulasan:

Catat Ulasan