ART TOYS CAFE: GABUNGAN SENI & HIDANGAN UBAH KONSEP KAFE TRADISIONAL
KAFE bukan lagi sekadar tempat untuk menikmati kopi dan pastri.
Art Toys Café, konsep kafe pertama oleh Milolo bertempat di sayap Oasis (Zon Biru), Sunway Pyramid Mall, membawa pengalaman baharu kepada pengunjung dengan menggabungkan elemen seni, kreativiti dan makanan dalam satu ruang.
Kafe unik ini bukan sahaja menawarkan hidangan yang lazat tetapi juga menjadi platform untuk pencinta seni dan pengumpul mainan berinteraksi dengan koleksi mainan pereka edisi terhad yang jarang ditemui.
Diasaskan oleh Datuk Millen Lee dan Datin Michelle Lee, Art Toys Café menjadi lanjutan kepada jenama Milolo yang terkenal dengan koleksi mainan seninya.
Dengan suasana yang berwarna-warni dan dihiasi pelbagai mainan dari jenama terkenal seperti Labubu, Zimomo, Pokémon dan Disney, kafe ini menjadi daya tarikan baharu untuk semua golongan, dari kanak-kanak hingga dewasa.
Majlis pembukaan rasmi kafe ini berlangsung dengan meriah, dihadiri pelbagai pihak termasuk media, pempengaruh, blogger terkenal dan artis seni mainan dari dalam dan luar negara.
“Kafe ini direka untuk menjadi ruang di mana seni bertemu dengan relaksasi, mencipta pengalaman unik yang sukar dilupakan,” ujar Millen Lee pada ucapannya di majlis pelancaran Art Toys Cafe berkenaan baru-baru ini.
Turut hadir perunding kopi Dennis Lee dan pasukan pengurusan Art Toys Café, termasuk Cik May, YC Tong, Grace Tan dan Olivia Chen.
Mereka bersama-sama memeriahkan acara pemotongan riben yang menjadi simbol permulaan kafe unik ini yang turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot 'Nailong The Dragon'.
Dari menu makanan hingga dekorasi, setiap aspek Art Toys Café dirancang dengan teliti di mana pengunjung dapat menikmati kopi premium yang disediakan daripada biji kopi berkualiti tinggi seperti latte ais atau panas serta pastri croissant yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan terbaik seperti mentega dari Perancis.
Tambahan pula, kafe ini juga akan menjadi tuan rumah untuk acara bertemu artis seni mainan, memberikan peluang kepada pengunjung untuk lebih mendekati dunia seni kreatif.
Berkongsi lanjut, Millen (kiri) menjelaskan, Art Toys Café adalah kesinambungan daripada perniagaan Milolo, yang bermula semasa tempoh PKP.
Outlet Milolo pertama telah dibuka di Pavilion Bukit Jalil, dan kini terdapat lima outlet Milolo termasuk di Sunway Pyramid.
“Art Toys Café direka untuk memberikan pengalaman interaktif kepada pelanggan dengan mainan seni kegemaran mereka dalam suasana yang selesa sambil menikmati pastri dan minuman,” tambah Millen.
Mainan seni atau “art toys” adalah mainan koleksi yang dihasilkan oleh artis dan pereka, sering kali dikeluarkan dalam edisi yang sangat terhad, menjadikannya sangat eksklusif di mana pengunjung juga berpeluang membeli mainan seni eksklusif yang dipamerkan, menjadikan kafe ini destinasi istimewa untuk makan dan meneroka.
Untuk perancangan masa depan, Millen memaklumkam, Art Toys Café merancang untuk membuka enam lagi cawangan di Lembah Klang tahun depan, dengan potensi untuk berkembang ke negeri-negeri lain.
Beliau juga mendedahkan rancangan untuk membuka outlet flagship yang menggabungkan Milolo dan Art Toys Café dalam satu ruang pada masa hadapan.
Sebagai tarikan tambahan, kafe ini akan menganjurkan sesi bertemu artis mainan dari seluruh dunia.
Bulan depan, seorang artis terkenal dari Taiwan dijangka hadir, diikuti oleh artis Zombie Party dari China.
Artis tempatan juga akan diberikan platform untuk mempromosikan karya mereka, termasuk Michael Chua, yang mewakili komuniti Malaysian Art Toys Showcase.
Sempena pembukaannya, Art Toys Café menawarkan promosi menarik sehingga 31 Disember 2024, termasuk croissant percuma dengan setiap pembelian minuman buatan tangan, serta set kombo pada harga RM20 sekali gus memberi peluang memenangi mainan Labubu (promosi sah sehingga 22 Disember 2024).
Terletak di Lot F1.89A, Art Toys Café menjadi destinasi baharu yang menggabungkan seni dan makanan dalam suasana santai, kreatif, dan Instagrammable untuk semua lapisan masyarakat.
Pendek kata, Art Toys Café bukan sekadar tempat makan. Ia adalah destinasi di mana seni, budaya dan makanan bersatu, menjadikannya lokasi yang wajib dikunjungi untuk mereka yang mencari pengalaman baharu dan penuh inspirasi.
#ArtToysCafe #CroissantMentega #Permainan #Milolo #SunwayPyramidMall #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan