DORI GOLDEN KIWI: BUAH KEGEMILANGAN ITALI KINI DI MALAYSIA
BUAH KIWI emas Dori, yang terkenal dengan warna keemasan terang, rasa manis yang menyegarkan, dan khasiat kesihatannya, kini rasmi memasuki pasaran Malaysia.
Dilancarkan secara eksklusif di AEON Bandar Utama baru-baru ini, acara ini menarik perhatian pencinta makanan, penggemar gaya hidup sihat, dan pengguna tempatan yang ingin merasai kemewahan buah ini.
Berasal dari kebun-kebun Itali yang subur dan diusahakan dengan kaedah pertanian lestari, buah kiwi emas Dori bukan sekadar buah biasa.
Di sebalik kulit keemasannya yang halus, tersembunyi pelbagai manfaat kesihatan waima ia kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan imuniti, tinggi serat untuk menyokong sistem penghadaman, dan diperkaya dengan antioksidan yang melindungi sel tubuh daripada kerosakan.
Selain itu, gula semula jadi yang terkandung di dalamnya memberikan tenaga berkekalan, menjadikannya snek sempurna untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif.
“Apabila anda menikmati buah kiwi Dori, anda bukan sekadar memakan buah – anda sedang menikmati hasil terbaik yang ditawarkan oleh kualiti, rasa, dan keprihatinan. Buah ini bukan sahaja menyihatkan, tetapi juga sangat serbaguna, sesuai untuk sarapan ringkas mahupun pencuci mulut mewah,” ujar Pengurus Jualan Origine Group, Cik Reen Nordin pada majlis pelancaran buah kiwi emas Dori berkenaan.
Turut hadir Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Itali di Malaysia, Puan Erika Angelozzi; Pengarah Urusan Khaishen Trading, Datuk Seri Jeffrey Tan Teong Keng dan Encik Thomas Tan selaku 'Head of Perishable And Daily & Dairy, AEON CO (M) Bhd serta Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob.
Menyambung kata aluannya, Reen memberitahu, setiap gigitan buah kiwi ini menawarkan rasa yang sempurna dan nilai pemakanan yang tinggi.
Dori Golden Kiwi adalah permata dalam industri buah premium yang diusahakan oleh The Origine Group, peneraju dalam bidang ini.
Dengan warna emas yang memikat, rasa manis luar biasa, dan manfaat kesihatan yang unggul, buah ini menjadi lambang inovasi dan keunggulan Itali dalam pasaran hasil tani global.
Perjalanan buah kiwi Dori bermula di ladang-ladang subur Itali, di mana tanah yang kaya dengan nutrien dan iklim yang ideal menyumbang kepada kualitinya yang tiada tandingan.
Para petani Itali, dengan kemahiran dan dedikasi mereka, mengangkat pertanian kepada satu tahap seni. Pendekatan ini memastikan rasa, penampilan dan integriti nutrisi yang dihargai oleh pengguna moden.
Itali juga dikenali sebagai peneraju global dalam amalan pertanian lestari, dan buah kiwi Dori mencerminkan komitmen ini.
Dari sistem pengairan yang tepat hingga pengurangan penggunaan bahan kimia, petani Itali mengutamakan penjagaan alam sekitar sambil menghasilkan buah-buahan bertaraf dunia.
Dengan memilih buah kiwi Dori, pengguna di Malaysia bukan sahaja menikmati buah yang berkualiti tinggi tetapi juga menyokong amalan lestari untuk masa depan yang lebih sihat.
Sementara itu,Erika Angelozzi dalam ucapan ringkasnyajuga memaklumkan buah kiwi Dori adalah gabungan sempurna antara tradisi dan inovasi.
“Ini adalah produk Itali yang berkualiti tinggi, ditanam dengan penuh perhatian di tanah yang subur dan di bawah keadaan iklim yang ideal. Dengan memilih buah kiwi Dori, pengguna di Malaysia menyokong kualiti dan masa depan yang lestari,” katanya.
Kemasukan buah kiwi Dori ke Malaysia adalah hasil kerjasama antara The Origine Group dan Khaishen Trading, salah satu pengimport hasil segar terkemuka di negara ini.
Buah kiwi emas Dori kini boleh didapati secara eksklusif di 62 cawangan AEON di seluruh Malaysia.
Sama ada untuk meningkatkan sistem imun, memperbaiki penghadaman, atau sekadar menikmati snek yang lazat dan semula jadi, buah ini menawarkan keseimbangan sempurna antara rasa, kesihatan, dan warisan Itali.
Untuk maklumat lanjut, layari www.dorikiwi.com. atau nak lebih cepat klik DI SINI.
#DORI #KiwiItaly #Italy #AEON #TheOrigineGroup #KhaishenTrading #Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan