Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GLAM BEAUTIQUE: AEON PERKENAL 11 JENAMA KECANTIKAN ANTARABANGSA


AEON Malaysia sekali lagi mencetuskan inovasi dalam dunia kecantikan dengan pelancaran 11 jenama antarabangsa baharu dan eksklusif di Glam Beautique, AEON Mid Valley Megamall


Dengan lebih 3,000 SKU yang merangkumi 18 negara, Glam Beautique kini menjadi destinasi kecantikan yang menawarkan pelbagai produk inovatif dalam penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan penjagaan diri.


“AEON telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan koleksi jenama eksklusif ini yang bukan sahaja menggalakkan penemuan baharu tetapi juga memenuhi permintaan pengguna moden. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang menyerlahkan keunikan, kelestarian, dan inovasi,” ujar Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON CO. (M) BHD., Low Ngai Yuen pada majlis pelancaran yang berlangsung di AEON Mid Valley Megamall pada semalam. 13 Disember 2024.


NGAI Yuen (dua dari kiri) di majlis memperkenalkan Glam Boutique di AEON Midvalley Megamall baru-baru ini.


Turut hadir pada majlis penuh meriah itu terdiri daripada beberapa tokoh utama, antaranya Lee Beng Beng, Ketua Pegawai Hartanah AEON CO. (M) BHD., Rennie Lee Chai Tin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama – Runcit IGB Reit Management Sdn Bhd, serta Suzuki Kenji, Ketua Bahagian Non-Food dan Health, Beauty, Care AEON CO. (M) BHD.


Menyambung kata-katanya, Ngai Yuen percaya bahawa pengguna masa kini semakin bijak dan berani mencuba produk baharu yang berkualiti serta selari dengan nilai dan keperluan peribadi mereka.



Glam Beautique menampilkan jenama-jenama antarabangsa yang membawa kepakaran, inovasi, dan warisan budaya dari pelbagai negara. 


Antaranya termasuk Eyup Sabri dari Turki yang terkenal dengan produk penjagaan diri berasaskan warisan budaya dan wangian yang menawan serta Thalgo dari Perancis yang menawarkan produk penjagaan kulit berasaskan bahan laut yang menyegarkan dan menyihatkan.



Jenama lain seperti Jacques Battini dari Poland dan Roccobarocco dari Itali turut membawa rangkaian minyak wangi mewah yang melambangkan elegan dan gaya.

Dari Amerika Syarikat, Bentley menawarkan produk penjagaan kulit premium yang memberikan hasil yang transformasi, manakala Krramel memperkenalkan produk penjagaan diri yang inovatif untuk kegunaan harian.


Tidak ketinggalan, Jepun menjadi salah satu penyumbang utama dengan jenama seperti La Casta, yang menggunakan ekstrak botani untuk penjagaan rambut yang semula jadi dan Copernica, yang menggabungkan sains dan alam semula jadi dalam produk penjagaan kulit mereka. 


Jenama lain seperti It’s dan 3650 pula menawarkan penyelesaian mudah untuk penjagaan rambut dan solekan minimalis yang sesuai untuk penampilan harian. 



Dari Korea, Tenzero membawa produk penjagaan kulit yang memberi fokus pada hasil yang ketara dan ketepatan.


Sebagai destinasi kecantikan terkini, Glam Beautique bukan sahaja memberikan akses eksklusif kepada jenama antarabangsa tetapi juga menawarkan rangkaian produk yang pelbagai, sesuai untuk semua gaya hidup dan bajet. 


Pelanggan setia AEON juga bakal menikmati pelbagai ganjaran seperti promosi istimewa, diskaun, dan pengumpulan mata ganjaran.


Pelancaran ini membuktikan komitmen AEON untuk terus mengangkat pengalaman membeli-belah kecantikan di Malaysia, sambil menggalakkan pelanggan meneroka dan menikmati inovasi dari seluruh dunia. 


Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Glam Beautique di https://aeonretail.com.my/glam-beautique/ atau klik sahaja DI SINI.



#GlamBoutique  #MidValleyMegamall #Kecantikan #AEONMalaysia #Produk #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan