Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HATIMURNI SASAR BUKA SISTEM FRANCAIS, TAMBAH CAWANGAN BAHARU!


MELENTUR buluh biar dari rebungnya’, sebuah peribahasa Melayu yang dipegang bagi mengingatkan tanggungjawab ibu bapa agar mendidik anak-anak biarlah ketika usianya masih kecil.

Sehubungan itu, membaca Al-Quran merupakan suatu amalan yang sangat dituntut dan digalakkan dalam Islam waima kalam Allah SWT yang suci dan mulia itu hendaklah disertai dengan usaha untuk memahami dan menghayati setiap ayat yang dibaca.


“Di Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni inilah kami terapkan konsep membaca, melihat, dan mendengar Al-Quran diamalkan setiap hari di dalam kelas untuk kanak-kanak dalam usia 7 hingga 12 tahun,” ujar Pengasas Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni ketika ditemui usai Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Peningkatan Al-Quran Pelajar Tahun 2024 anjurannya baru-baru ini.



Bertempat di Pusat Konvensyen Melawati, majlis yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Tuan Kamaldin Mohd Amin itu menyaksikan acara meraikan kejayaan 45 pelajar yang khatam Al-Quran, 177 pelajar menghafal surah, dan 295 pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam bacaan Al-Quran.


Membawa satu makna besar dalam usaha memperkukuhkan pendidikan agama dan Al-Quran di kalangan generasi muda, majlis anjuran Hatimurni antara lainnya juga bertujuan menghidupkan semula suasana tradisi khatam Quran, lengkap dengan majlis kesyukuran sebagai satu warisan yang bernilai buat generasi akan datang.


“Tiada warisan yang lebih berharga buat anak-anak selain Al-Quran kerana di dalamnya tersimpan petunjuk dan hikmah yang akan membimbing mereka sepanjang hayat,” sambung Ustazah Khadijah.


Menurut beliau, majlis yang julung kali diadakan secara besar-besaran itu akan dijadikan acara tahunan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan Al-Quran, serta mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak melalui penghargaan pencapaian mereka.


“Hari ini kami ketengahkan tradisi itu dan ia memberi impak yang besar kerana ibu bapa turut terlibat untuk menghargai anak-anak. Ia merapatkan ‘bonding’ anak dan ibu bapa itu sendiri. 


“Program ini juga bersempena ulangtahun ke-17 penubuhan Hatimurni dan ini cara kami menyampaikan kesyukuran dengan meraikan anak-anak.


“Ini satu pencapaian yang luar biasa untuk Hatimurni kerana kami ingin memperkasakan bahagian hafazan Al-Quran. Untuk tahun hadapan, ada modul yang akan dipakai di mana sasaran saya ialah pelajar yang masuk dari darjah satu hingga enam di mana sebaik sahaja tamat darjah enam, mereka boleh menghafal juzuk ke-30,” tambah Ustazah Khadijah.



Untuk rekod, Hatimurni, ditubuhkan pada tahun 2007, bermula sebagai kelas mengaji Al-Quran sebelum berkembang menjadi pusat KAFA swasta yang kini turut menawarkan pembelajaran secara dalam talian. 


Dengan lebih 1,000 pelajar, termasuk pelajar dalam talian, Hatimurni bercadang memperluaskan operasinya ke bandar-bandar utama melalui sistem francais menjelang tahun 2025. 


“Dalam perancangan tiga tahun akan datang, Hatimurni  menyasarkan untuk membuka 13 cawangan baharu,” jelas Ustazah penuh yakin terhadap perkembangan Hatimurni yang semaki diterima ramai.


Kata Ustazah, antara keunikan pendekatan Hatimurni ialah dasar tiada kerja rumah bagi pelajar. 


Semua latihan diselesaikan di dalam kelas bagi memastikan masa di rumah dimanfaatkan untuk mengeratkan hubungan keluarga. 


“Saya mahu pelajar memahami pelajaran dengan baik di dalam kelas, jadi guru-guru tidak perlu memberikan kerja rumah. Latihan yang sedikit tetapi berkesan adalah lebih baik,” tambahnya.



Bercerita lanjut, Ustazah memaklumkan pada asalnya, Hatimurni memang memberi  fokus kepada kelas mengaji Al-Quran namun setelah mendapati ramai ibu bapa yang bertanyakan mengenai kelas Kafa dan transit baharulah Hatimurni sesuaikan strategi dengan mewujudkan Kafa dan transit. 


“Pada tahun 2020, Hatimurni wujudkan kelas Kafa secara online di mana sehingga hari ini ramai juga pelajar online yang naik ke pentas. Walaupun tidak masuk ke kelas secara fizikal, namun saya bangga kerana mereka berjaya menunjukkan peningkatan dalam pengajian Al-Quran,” ujar Ustazah sambil mensasarkan untuk membant lebih ramai pelajar secara dalam talian.


Dengan modul pengajian baharu yang dirancang untuk tahun 2027, Hatimurni bersedia melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga mantap dalam sahsiah dan ilmu agama. 



Sementara itu, memberikan pandangannya terhadap usaha Hatimurni, Tuan Kamaldin (kanan) percaya program yang dianjurkan cukup baik dan mampu memberi kesan positif kepada pelajar dalam usaha menjadian mereka mampu berdikari, terbaik dalam mencorakan diri masing-masing apabila dewasa.


“Jika hanya fokus kepada peperiksaan sahaja untuk melihat nilai, ia seolah-olah satu kerugian kepada kita. Mungkin mereka akan menjadi orang pandai, namun masa mereka hanya padat memikirkan peperiksaan. Jadi matlamat untuk lahirkan pelajar terbaik dan seimbang akan gagal,” tuturnya. 



Tuan Kamaldin turut berkongsi laporan Bank Dunia di mana Malaysia ketinggalan daripada Vietnam daripada segi pelajaran apabila pelajar Malaysia juga semakin ramai yang buta huruf. 


Menurut laporan Bank Dunia, pelajar Malaysia masih ketinggalan sedikit daripada Vietnam kerana tempoh belajar yang berbeza. 



“Pelajar Vietnam mempunyai masa belajar yang lebih panjang berbanding pelajar Malaysia di mana lebih ramai pelajar Malaysia buta huruf. Disebabkan itu, kami membuat kajian akan mengubah silibus dan modul pengajian pada 2027,” kata Tuan Kamaldin.


Beliau berpendapat dengan perkembangan era digital para pelajar juga perlu didedahkan dengan pembaharuan khususnya mengenai teknologi AI.


“Kami difahamkan jika hanya fokus kepada isu peperiksaan, kita akan ketinggalan untuk membina pelajar,” akhirinya. 


Pendek kata, siapa yang berkehendakkan anak-anak berhati murni, eloklah mendaftar dengan sekolah HATIMURNI tak gitu?


Untuk maklumat lanjut boleh klik laman web INI.



#HatiMurni #PembelajaranAgama #BacaAlQuran #Francais #Kafa #Online #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan