Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

IFA RAZIAH, ROSLAN SHAH BERDAMAI, AKHIRI SENGKETA 7 TAHUN!


PERBUATAN
saling bermaafan antara satu sama lain merupakan amalan yang amat dituntut dalam Islam waima Islam adalah agama perdamaian dan kemaafan.


Benar, memaafkan kesalahan orang lain merupakan sifat orang mulia. Dalam al-Quran pun disebut banyak kali supaya kita memaafkan orang lain dan sebaiknya ia dilakukan dalam kerangka yang harmoni dan damai tanpa perlu lagi menyakiti hati dan menghina mana-mana pihak.


ALLAH SWT akan mengampunkan kesalahan orang yang memaafkan orang lain sebagaimana sabda Rasulullah SAW:


Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain), melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat Muslim).


Gambaran inilah yang dapat disaksikan tetamu dan media yang hadir pada sidang media ‘Kemaafan Dendam Yang Terindah’  di St. Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur di antara penyanyi dan usahawan  Ifa Raziah dan pengacara berasal Singapura. Roslan Shah pada petang 23 Disember 2024 tadi.


Persengketaan yang dahsyat hampir 7 tahun tidak bertegur sapa antara Ifa dan Roslan kembali bertaut apabila keduanya berdamai dan lupakan sengketa lama. 


Majlis perdamaian menyaksikan Ifa dan Roslan Shah saling suap menyuap kek yang dipotong bersama dalam perasaan terharu dan hiba sehingga mengalirnya air mata Ifa tanda bersyukur.


“Perselisihan faham saya dan Roslan bermula di Malaysia pada awal Januari 2018, hampir tujuh tahun isu kami ini berlarutan.


“Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah meleraikan ego Roslan dan saya dan hasilnya silaturahim kembali utuh InsyaAllah,” ujar Ifa Raziah meskipun sudah berbaik pada sebuah festival di Singapura baru-baru ini.


Menurut Ifa, dia dan Roslan memilih untuk membuat sidang media di Malaysia bagi menjelaskan situasi salah faham mereka buat peminat-peminat di sini yang masih tertanya-tanya.


“Sebelum ini, di Singapura kebanyakan peminat di sana sudah jelas dengan situasi kami, jadi untuk peminat di Malaysia, saya dan Roslan sepakat untuk lakukan sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar di antara kami berdua,” cerita Ifa sambil berharap penjelasan ini dapat membuatkan kedua-dua  peminat mereka di  mampu tersenyum kembali melihat gelagat mereka yang sentiasa tidak putus-putus usik mengusik bagi menghiburkan peminat masing-masing.


Meluahkan ucapan penghargaannya kepada peminat yang sentiasa tidak putus-putus mendoakan mereka kembali berbaik, Ifa percaya Roslan pun begitu juga memandangkan mereka sudah lalui pelbagai kisah pahit manis bersama dalam cabaran bergelar anak seni dan usahawan yang berjaya.



Malah hubungan persahabatan yang sudah lama dibina mereka juga sudah dianggap seperti sebuah keluarga.


“Saya rasa bersyukur sangat dapat kembali berbaik dengan Roslan selepas sekian lama. Banyak kisah susah senang kami lalui bersama untuk kecapi kejayaan pada hari ini.


"Saya dan Roslan pun sudah lama bersahabat sehinggakan saya sudah anggap dia seperti ahli keluarga sendiri,” ujarnya.


Dalam pada itu, Ifa berharap isu persengketaan dia dan Roslan dijadikan iktibar serta teladan buat mereka di luar sana yang mengalami perkara sama.


“Saya harap kisah perselisihan faham kami ini dapat dijadikan contoh atau inspirasi. Jika ada masalah dengan sahabat, cubalah cari jalan untuk berdamai. 


"Sesungguhnya ia perkara lebih baik dan positif berbanding menyimpan perasaan dendam yang akan merugikan diri sendiri,” akhirinya.



Sementara itu, dalam perasaan yang sama Roslan yang turut memohon maaf berpendapat memaafkan seseorang tidak menjadi kudis.


“Mengalah bukan bererti kita kalah, insyaAllah rezeki datang dari Allah SWT kalau kita ikhlas dengan sesiapa sahaja atau menolong sebagai Islam, Amin!,” kata Roslan.


Dalam perkembangan lain, Ifa meluahkan rasa teruja apabila festival anjurannya iaitu Star Vendors KL Mega Raya Fest 2025 bakal mencatatkan sejarah baharu.


Festival yang bertemakan Nostalgia Raya itu akan berlangsung di KLBEC KL BASE Exhibiton Centre, Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Mac 2025.


Malah acara itu akan dicatatkan dalam Asia Book Of Records sebagai festival raya terbesar dan terpanjang pernah diadakan.


“Kini, sedang berlakunya hari terbuka untuk melawat kawasan tapak perniagaan bagi mereka yang mahu mendaftar menjadi vendor festival berkenaan,” ujar Ifa Raziah.


Mereka yang berminat boleh dapatkan harga promo Early Bird bagi booth indoor bermula RM3,999 (Intermediate), Corner RM4,499 (Corner) dan RM 9,999 (VIP).


Manakala harga promo Early Bird booth outdoor pula berharga RM2,699 (Corner) dan RM2,399 (Intermediate).


Harga Early Bird ini hanya ditawarkan sehingga 31 Januari 2025


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor 018-3722977. 



#IfaRaziah #RoslanShah #KemaafanDendamYangTerindah #Malaysia #Singapura

Tiada ulasan:

Catat Ulasan