JOM! BAWA ANAK-ANAK BERHIBUR DI 'HOME OF KIDS' ANJURAN ASTRO!
SEMPENA cuti sekolah yang singkat minggu ini, Astro membawa kegembiraan buat kanak-kanak dan keluarga melalui program istimewa “Home of Kids”, yang berlangsung selama empat hari di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall bermula 26 hingga 29 Disember 2024.
Acara ini dibuka kepada orang ramai secara percuma dari pukul 10.30 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.
Program ini menjanjikan pengalaman penuh imaginasi dan kreativiti untuk si cilik dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan di mana pengunjung berpeluang bertemu karakter terkenal dari dunia hiburan kanak-kanak seperti Didi & Friends, Pinkfong, Cocomelon, SpongeBob & Patrick Star, Bluey & Bingo, Upin & Ipin, Ultraman Arc, Mechamato, Kung Fu Panda, dan banyak lagi.
Tidak hanya itu, kanak-kanak juga boleh menikmati aktiviti interaktif seperti permainan kreatif, sesi kraf, dan persembahan menghiburkan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Selain itu, terdapat zon bertema khas yang memberikan pengalaman unik seperti kawasan bertema Pinkfong dan Didi & Friends, di mana kanak-kanak dapat meneroka dunia penuh warna dan kejutan. Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai cenderamata eksklusif yang memaparkan watak-watak kegemaran sebagai kenangan istimewa.
Untuk pelanggan Astro, terdapat kelebihan tambahan melalui aplikasi My Astro, di mana mereka boleh menebus pas bergambar eksklusif untuk merakam momen bersama karakter pilihan. Malah, pengunjung yang mendaftar atau menaik taraf pakej Astro mereka semasa acara berlangsung juga akan menerima barangan eksklusif yang menarik.
"Program ini adalah bukti komitmen Astro dalam menyokong perkembangan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak," ujar Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario yang mewakilkan Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Astro, Tai Kam Leong pada majlis pelancaran 'Home of Kids' yang berlangsung di IOI City Mall pada Khamis, 26 Disember 2024.
Turut hadir Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin dan Ketua ESG Astro, Foo Soo Lin.
Menurut Agnes, acara yang dianjurkan bukan sekadar hiburan tetapi merupakan platform bagi si cilik untuk belajar, meneroka, dan mengembangkan cita-cita mereka.
"Astro juga memastikan kandungan yang ditawarkan mematuhi piawaian keselamatan yang tinggi, bersesuaian dengan umur, dan bebas dari unsur tidak sesuai, selaras dengan komitmen kepada Alam Sekitar, Masyarakat, dan Urus Tadbir (ESG)," tambah Agnes.
Beliau percaya dengan kuasa imaginasi, 'kita mampu membentuk masa depan, dan kami komited untuk mengalakkan generasi seterusnya untuk menjadi pemikir kreatif', jelasnya.
Jangan lepaskan peluang untuk mencipta pengalaman bermakna bersama anak-anak anda di Astro Home of Kids, dan nikmati dunia penuh keajaiban yang menanti di IOI City Mall pada hujung minggu ini!
#HomeOfKids #IOIMall #Pinkfong #Didi&Friends #Upin&Ipin #Cocomelon #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan