Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

K-TECH PATCH SASAR 8 JUTA PENGGUNA GLOBAL MENJELANG 2026!


MALAYSIA
terus melangkah maju dalam bidang teknologi hijau apabila Qiang Long Sdn Bhd memperkenalkan produk inovatif terbaru, K-Tech Patch, yang berupaya mengurangkan penggunaan minyak dan pelepasan karbon kenderaan. 

Pelancaran yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari ini, 17 Disember 2024, menandakan satu lagi pencapaian besar negara dalam kejuruteraan automotif mampan dan usaha merealisasikan teknologi cekap tenaga.


K-Tech Patch, yang menggunakan teknologi Nano-Terahertz, menjanjikan penjimatan minyak sehingga 15% dan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 40%. Dengan kelebihan tersebut, teknologi ini diharap dapat menyumbang kepada pengurangan kos operasi pengguna serta membantu memelihara alam sekitar.



Menurut Presiden Qiang Long, Encik Eric Chiwe, syarikat itu bercadang menembusi pasaran antarabangsa di negara-negara seperti Bangladesh, India, China dan Asia Tenggara pada tahun 2025-2026. 


Sasaran awal ialah mencapai 1 juta pengguna tempatan dan 5 juta pengguna global pada 2025, sebelum berkembang kepada 2 juta pengguna tempatan dan 8 juta pengguna global menjelang 2026.


“Kami komited untuk mengetengahkan K-Tech Patch sebagai penyelesaian berimpak tinggi untuk kecekapan minyak dan pemuliharaan alam sekitar. Ia juga membuka peluang kerjasama serantau serta meningkatkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” ujar Eric pada majlis pelancaran tersebut yang dihadiri Kerabat DiRaja Istana Selangor, Raja Zainuddin bin Yang Mulia Raja Sulong serta Raja Mohamad Najmi bin Raja Sulong Hizahar.


Turut hadir Dr. Lawrence Poh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Qiang Long Sdn Bhd., bersama Pengasas K-Tech, Dr. William Yeong.



Menurut Eric, Teknologi K-Tech Patch ini turut menyokong saranan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) bagi mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050. 


Qiang Long yakin bahawa K-Tech Patch bukan sahaja relevan untuk pasaran Malaysia tetapi juga mampu memberikan penyelesaian kepada masalah pencemaran udara di negara-negara yang merekodkan kualiti udara yang membimbangkan.


Sebagai contoh, Malaysia kini berada di kedudukan ke-38 antara negara paling tercemar daripada 138 negara, berdasarkan laporan kualiti udara antarabangsa pada 2023. 


Antara bandar yang terjejas teruk termasuk Klang, Selangor, yang dikenal pasti sebagai kawasan dengan kualiti udara paling rendah.


Dibangunkan hasil penyelidikan selama lebih sedekad, teknologi ini telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa seperti TÃœV NORD, SIRIM, dan Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 


Pentauliahan ini menjamin keselamatan, keberkesanan, dan kualiti teknologi untuk pengguna tempatan dan antarabangsa.



Produk ini dijangka dilancarkan secara rasmi pada Mac 2025, dengan strategi pemasaran termasuk kerjasama bersama pempengaruh tempatan melalui platform e-dagang. 


Bagi pengguna yang berminat, syarikat ini telah membuka pendaftaran awal dengan tawaran percuma untuk 500 pendaftar pertama.


Maklumat lanjut mengenai K-Tech Patch boleh didapati di laman web rasmi syarikat di https://qianglongtech.com/about-k-tech-1 atau melalui talian WhatsApp di +6016-26487709.


Lebih mudah boleh klik DI SINI.



#KTechPatch #QiangLongSdnBhd #TeknologiHijau #MOSTI #AlamSekitar #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan