Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYDIN LANCAR INISIATIF ‘BANGGA BUATAN LOKAL’, PERKASA USAHAWAN TEMPATAN



MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)
terus mengorak langkah dalam memperkasakan usahawan kecil dan sederhana (IKS) tempatan dengan melancarkan inisiatif ‘Bangga Buatan Lokal’ bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia 2024.


Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyaksikan pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,  Senator Dr. Hajah Fuziah binti Salleh di MYDIN USJ baru-baru ini.


Turut bersama Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali MydinPengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan KPDN, Encik Adiratno Bin Che Ani; Pengarah KPDN Negeri Selangor, Encik Mohd Zuhairi Bin Mat Radey dan Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Encik Ahimmat Bin Mydin.



Kempen bertujuan mempromosikan produk keluaran tempatan dan menawarkan pelbagai promosi menarik untuk menarik minat pengguna.


“Kami amat mengutamakan produk tempatan untuk inisiatif bantuan kotak makanan yang diagihkan melalui program tanggungjawab sosial korporat. Selain itu, melalui inisiatif MYDIN Prihatin, kami turut menyumbang baucar tunai bernilai RM500 kepada 40 peniaga kecil sebagai sokongan kewangan kepada perniagaan mereka," ujar Dr Hj Ameer Ali Mydin.



Tambahya MYDIN sentiasa memberi keutamaan kepada produk tempatan dalam pelbagai program sosial korporat mereka.


Karnival Jualan ‘Bangga Buatan Lokal’ yang berlangsung dari 19 Disember 2024 

hingga 22 Disember 2024 di MYDIN USJ memberi peluang kepada 12 usahawan tempatan dalam kategori makanan dan aksesori untuk membuka reruai jualan bagi memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. 


Inisiatif ini bukan sahaja membantu meningkatkan jualan, tetapi juga membuka peluang kepada usahawan untuk mengembangkan rangkaian perniagaan mereka.


Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Seminar KeusahawananBangga Buatan Lokal’ turut diadakan pada 20 Disember 2024, membariskan tokoh usahawan terkenal yang berkongsi ilmu dan pengalaman mereka bagi membantu usahawan baharu kekal berdaya saing  dan kemahiran keusahawanan dalam industri.


Dalam majlis yang sama, MYDIN turut melancarkan lagu korporat baharu berjudul ‘Di Mata Dunia’ yang dihasilkan oleh komposer Amirah Ali dengan lirik oleh Shah Shamshiri



Dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Ayu Damit, ia bertujuan menyuntik semangat kepada semua pihak untuk terus menyokong produk tempatan.


Kempen ‘Bangga Buatan Lokal’ ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2024, dan orang ramai digalakkan untuk melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut. 


Inisiatif ini menjadi bukti komitmen MYDIN dalam menyokong produk tempatan serta memperkasa usahawan kecil dan sederhana untuk terus maju dan berkembang.



Antara aktiviti utama kempen adalah sesi penyerahan sijil kemasukan produk kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta sumbangan baucar pembelian bernilai RM500 kepada peniaga Menu RAHMAH melalui inisiatif MYDIN Prihatin “Hulurkan Tangan”. 


Pelbagai promosi dan aktiviti jualan juga akan berlangsung dari 19 hingga 22 Disember 2024, melibatkan 12 usahawan tempatan dalam kategori makanan dan aksesori di MYDIN USJ.


Kempen ini turut menampilkan Seminar Keusahawanan “Bangga Buatan Lokal” yang akan berlangsung pada 20 Disember 2024. Seminar ini membariskan tokoh usahawan yang berkongsi ilmu dan pengalaman untuk membantu usahawan baharu meningkatkan daya saing dan kemahiran keusahawanan.



Sementara itu, Dr. Fuziah dalam ucapannya memaklumkan prestasi KBBM pada tahun 2023 mencatatkan nilai jualan sebanyak RM5.51 bilion, meningkat 103.2% berbanding tahun sebelumnya. 


Beliau menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti kepentingan kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta dalam memperkasa produk tempatan.


“Pencapaian ini membuktikan bahawa usahawan tempatan mampu bersaing di pasaran global. Oleh itu, kerajaan akan terus menyokong inisiatif seperti ini agar dapat membantu IKS berkembang pesat dan mencapai kejayaan lebih besar,” ujarnya.


Beliau berharap kempen ini dapat meningkatkan minat masyarakat terhadap produk tempatan sekaligus menyokong perkembangan ekonomi domestik. 


"Orang ramai diseru untuk terus menyokong produk Malaysia dengan semangat “Jom Sokong dan Beli Produk Malaysia”, akhiri Dr. Fuziah.




#MYDINMohamed #BanggaBuatanLokal #KempenBeliBaranganMalaysia #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan