Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NANTIKAN JELAJAH KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL BERDEKATAN ANDA!


BUKANNYA
mudah untuk sebuah filem tempatan yang dibarisi pelakon muda dan baharu meraih sambutan hangat pada tayangan hari pertama tetapi Kahar: Kapla High Council berjaya membuktikannya apabila meraih RM1 juta ditayangan awal dan hari pertama tayangannya baru-baru ini.


Malah lebih membanggakan ia berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC, sekali gus mengetepikan filem-filem antarabangsa dan terkini dalam tempoh 3 hari dah kutip RM3 juta.


Kak Fas percaya kejayaan itu ekoran daripada siri High Council yang terlebih dahulu mendapat sambutan ketika ia ditayangankan di slot Astro Orginals di layar televisyen.


Beralih dari situ penonton sudah tentu mahu tahu apakah prekuel filem ini sehingga menyebabkan Kahar berjaya menjadi ‘Kapla’ High Council dan itu juga antara faktor yang menarik Kak Fas untuk menontonnya ketika diadakan malam gala tayangannya baru-baru ini.


Ini memang sebuah filem yang pastinya menjadi ‘makanan’ anak-anak muda sekarang waima sepanjang pintu masuk ke pawagam GSC Midvalley pada malam tayangan gala, begitu ramainya penonton yang membarisi kiri kanan laluan masuk bintang-bintang High Council apatah lagi bila ada pentas untuk persembahan disediakan. 



Memang havoc suasana….tidak syak lagi ia sebuuah filem yang dinanti-nantikan menutup tirai tahun 2024 ini.


Watak Kahar lakonan Amir Ahnaf dengan gandingan pelakon Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson, Husyairi Hussain dan Hasnul Rahmat telah mendapat pujian daripada penonton kerana keberkesanan ‘menghidupkan’ karakter di layar perak. 


Rata-rata di media sosial menyatakan perjalanan emosi dan konflik yang dipersembahkan berjaya meninggalkan kesan kepada penonton. 



Antara komen, “Just watched Kahar: Kapla High Council and I have to say, the story was actually great! I went in with low expectations, but surprisingly, the movie was 💯🤞🏻✨ Applause to Amir Ahnaf and the entire cast!” - @cheeseretard; “What a prequel/sequel for High Council series. Lain mcm filem ni, camera work dgn cinematography lawa gila. Walau 1h42min je tapi padat dgn story yg menarik. Lakonan pun mmg top. Dapat closure utk character kahar” - @hzlmy14; “KAHAR: Kapla High Council terbaik. Congrats Razaisyam on your neverending achievement. 10/10” - @ViolaAstorre.


Diarahkan oleh Razaisyam Rashid, manakala skrip ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain, filem Kahar : Kapla High Council diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capit



“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton filem Kahar : Kapla High Council di pawagam. Kami amat terharu dengan sokongan penonton dan menjadikan filem ini meraih kutipan RM1 juta di hari tayangan awal dan hari pertama. 


“Watak Kahar sekali lagi berjaya mencuri perhatian penonton dan bagi kami Kahar bukan sekadar watak, tetapi simbol kepada mesej anti keganasan. Kami mengharapkan permulaan baik ini dapat membawa momentum positif yang berterusan sekali gus mencipta kejayaan luar biasa,” ujar Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.


Bukan sekadar mempertaruhkan jalan cerita dengan babak-babak yang mengundang keterujaan, filem berdurasi 102 minit ini mengangkat isu buli yang berlaku di kalangan remaja. 


Ia turut membicarakan isu kritikal seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang dan menekankan mesej kekerasan bukanlah jalan penyelesaian.



Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya. Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu. 


Beberapa  siri ‘jelajah telah pun diatur bagi membolehkan peminat dan penonton mendekati barisan pelakon dengan permulaannya sudah pun berlangsung  pada 29,

30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak.



Bagi mereka di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka  nantikan tarikh pada 6, 7, 8 Disember manakala pada 13, 14, 15 Disember ini jelajah ‘Kahar’ akan berada di Terengganu dan  Pahang.


Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. 


Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. 



#KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully #AstroShaw #Filem #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan