Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TINDAKAN TEGAS DIPERLU HENTIKAN KES KEJAM BUNUH KUCING - WAN AZIZAH


AHLI Parlimen
Bandar Tun Razak, Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, menyeru tindakan serta-merta diambil untuk menyiasat dan menangani insiden tragis kematian kucing yang dilaporkan berlaku di kawasan Universiti Malaya baru-baru ini. 


Insiden ini menimbulkan kebimbangan dan kesedihan dalam kalangan masyarakat, terutamanya apabila melibatkan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan dan dibaca oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri merangkap Penaung Persatuan Rakan Kucing Malaysia, Datuk Azman Haji Abidin pada satu sidang akhbar di pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hari ini,  Dr. Wan Azizah menekankan bahawa tindakan kejam terhadap haiwan seperti ini bukan sahaja bertentangan dengan nilai kemanusiaan, tetapi juga melanggar undang-undang sedia ada.


Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan adalah Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Dr. Arie Dwi Andika dan Setiausaha Persatuan Rakan Kucing Malaysia, Mohd Edi Armishah Bin Mohamed serta ahli-ahli jawatankuasanya.


DARI kiri: Dr. Arie, Azman dan Mohd Edi pada sidang media yang berlangsung hari ini.


Dr. Wan Azizah turut menegaskan bahawa siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian serta memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi membawa individu yang bertanggungjawab memotong kucing dengan kejam itu ke muka pengadilan.


Menurut beliau, tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan seperti ini bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan jelas melanggar undang-undang sedia ada. 


“Insiden seperti ini tidak boleh dibiarkan, kerana ia bukan sahaja melibatkan penganiayaan terhadap makhluk hidup tetapi juga menggugat keharmonian masyarakat, katanya.


Selain itu, Dr. Wan Azizah turut menggesa pihak Universiti Malaya untuk meningkatkan peranan entiti seperti Universiti Malaya Animal Guardians (UMAG) yang telah ditubuhkan untuk melindungi haiwan dalam kampus.


Beliau percaya, dengan kerjasama pihak yang berpengalaman, seperti persatuan pencinta haiwan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), langkah pencegahan dan pendidikan awam mengenai kebajikan haiwan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan untuk memastikan kejadian serupa tidak berulang.


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu juga menyeru masyarakat untuk lebih prihatin terhadap kebajikan haiwan, kerana haiwan adalah sebahagian daripada ekosistem yang menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar. 


“Tindakan melindungi mereka adalah tanggungjawab bersama demi mewujudkan persekitaran yang harmoni,” tambahnya.


Menutup kenyataannya, Dr Wan Azizah menggesa lebih banyak pihak mengambil cakna terhadap isu kebajikan haiwan. 


Menurut beliau, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melindungi haiwan adalah langkah penting untuk memastikan kejadian kejam seperti ini tidak berlaku lagi.


Dalam pada itu, insiden ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada usaha berterusan untuk melindungi haiwan serta memastikan undang-undang berkaitan dikuatkuasakan secara lebih tegas.


Kenyataan ini sekaligus mencerminkan komitmen Dr. Wan Azizah dalam memastikan bahawa nilai-nilai kemanusiaan dan undang-undang sentiasa ditegakkan demi melindungi haiwan daripada sebarang bentuk penganiayaan. 


Insiden ini, jelas beliau, perlu dijadikan pengajaran dan titik mula bagi usaha berterusan untuk menjaga kebajikan haiwan secara menyeluruh.


Beliau menekankan pentingnya tindakan kolektif dan komitmen untuk menghentikan kekejaman terhadap haiwan, sejajar dengan nilai kemanusiaan dan keadilan.



Sementara itu, Dr. Arie turut melahirkan rasa kesal dan kekecewaannya terhadap laporan insiden kes dua ekor kucing yang ditemui mati dalam keadaan mengerikan di perkarangan Universiti Malaya baru-baru ini.


“Dilihat pada keadaan kucing itu yang di potong ke empat-empat kakinya dengan begitu jelas ia tidak mungkin mati disebabkan serangan gigitan anjing tetapi dilakukan oleh seseorang. Kami bimbang jika pelakunya tidak dikenal pasti dengan cepat, mungkin kejadian seumpamanya boleh terjadi pula kepada manusia apa tah lagi jika individu terbabit mempunyai masalah psikopat atau sakit jiwa,” ujar Dr. Arie.


Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan segera bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat kepada pelajar-pelajar Universiti berkenaan dan khususnya terhadap haiwan yang berkeliaran di situ sekali gus dapat membersihkan nama Universiti Malaya



#KucingMatiKejam #UniversitiMalaya #WanAzizah #PersatuanPencintaKucing #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan