ALKHAIR SASAR DANA RM3 - RM4 JUTA, LANTIK USTAZ DON DUTA KEBAIKAN!
ALKHAIR Malaysia, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berdedikasi dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan, mengambil langkah signifikan dengan melantik pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai Duta Kebaikan bagi tahun 2025, berkuat kuasa mulai 1 Januari.
Bertujuan untuk memperkukuhkan usaha Alkhair Malaysia dalam mempromosikan aktiviti kemanusiaan di peringkat tempatan dan antarabangsa, satu majlis simbolik antara Ustaz Don Daniyal dan Pengerusi Alkhair Malaysia, Ustaz Azfar Abdullah menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Alkhair Malaysia, Ustaz Mohd Luqmannulhakim dan Keetua Pegawai Oprasi Kumpulan Agami, Norhana Osman Haron.
DARI kiri: Ustaz Luqmannulhakim. Ustaz Azfar, Ustaz Don dan Norhana.
“Kami amat berbesar hati kerana Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah bersetuju untuk menjadi Duta Kebaikan kami. Dedikasi beliau dalam menyebarkan kebaikan dan pengaruhnya yang luas menjadikan beliau seorang penyokong yang ideal bagi misi kami,” ujar Ustaz Azfar.
Dengan kerjasama Ustaz Don Daniyal, Alkhair Malaysia yakin dapat memperluas jangkauan dan impaknya, serta menginspirasikan lebih ramai individu untuk menyertai usaha-usaha kebajikan mereka.
“Kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada beberapa inisiatif utama, termasuk memperluaskan program bantuan kecemasan di kawasan pedalaman, meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pendidikan berkualiti, serta menyokong usaha-usaha pemulihan pasca bencana. Diharapkan kerjasama ini akan memberi impak positif kepada beribu-ribu individu di seluruh negara,” sambung Ustaz Mohd Luqmanulhakim.
Menurut beliau, sepanjang tempoh bulan Ramadan, Alkhair mensasarkan kutipan dana sebanyak RM3 hingga RM4 juta mampu diraih untuk bantuan pelbagai program insitiatif antaranya meliputi:
* Program Makanan Alkhair: Menyediakan bantuan makanan kepada komuniti yang terjejas akibat konflik atau bencana.
* Bantuan Bencana Alkhair: Memberikan bantuan segera kepada komuniti yang terkesan akibat bencana alam atau krisis kemanusiaan.
* Program Kanak-Kanak Alkhair: Menyokong kebajikan kanak-kanak melalui pendidikan, kesihatan, dan kesejahteraan emosi.
* Program Pendidikan Alkhair: Memastikan akses kepada pendidikan berkualiti untuk komuniti kurang berkemampuan. Program Kesihatan Alkhair: Menyediakan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti bagi mereka yang memerlukan.
Sementara itu ditanya mengenai pengajaran yang diperoleh gara-gara terbabit dengan kontroversi yang melanda dirinya sehingga di gam dari sebuah rancangan tv tahun lalu, ini jawapan ringkas Ustaz Don Daniyal…...
Dalam pada itu, beliau bersyukur dapat bangkit dan aktif seperti sediakala setelah dilantik sebagai Duta Kebaikan Alkhair sekali gus memberikan sokongan sepenuhnya terhadap usaha Alkhair dalam memperjuangkan usaha murni mereka.
"Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Alkhair Malaysia, Bersama-sama, kita dapat mewujudkan perubahan yang positif dalam kehidupan orang lain,” " akhiri Ustaz Don.
Untuk maklumat lanjut berhubung Alkhair Malaysia boleh klik link INI.
#AlkhairMalaysia #DutaKebaikan #UstazDonDaniyal #Bantuan #ForYouPage
Tiada ulasan:
Catat Ulasan