'APARTMEN PUTRA' SEBAR MESEJ POSITIF, BERMULA 8 JAN DI TV2 RTM!
RTM, sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan yang bertanggungjawab, terus komited menyampaikan mesej positif melalui program-programnya, khususnya dalam era moden ini.
Musim baharu sitkom "Apartmen Putra" merupakan salah satu usaha RTM dalam menyampaikan maklumat dan nilai-nilai murni kepada masyarakat dalam bentuk hiburan yang santai.
Dihasilkan oleh penulis skrip berpengalaman, Ares Bahar, dan diarahkan oleh dua pengarah muda berbakat, Rohayu Abdul Wahab dan Mohd Zairool Fahmee Khairudin, "Apartmen Putra" Musim 6 dan 7 menampilkan produksi dalaman RTM, membuktikan keupayaan stesen ini untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi.
Sitkom ini mengisahkan kehidupan masyarakat kelas menengah di sebuah apartmen di Kuala Lumpur.
Setiap episod akan mengetengahkan isu-isu semasa yang relevan seperti Pemberdayaan Wanita, Ekonomi Digital, TVET, Perpaduan Kaum, dan Peralihan Tenaga.
Untuk menambah kelainan, "Apartmen Putra" turut menampilkan artis jemputan dan personaliti media sosial.
Mengetengahkan konsep kedai kopi moden, "NESQ CAFE", musim baharu ini mendapat tajaan daripada NESQ Resources (M) Sdn Bhd.
Kolaborasi dengan jenama-jenama tempatan seperti Todak Fusion, Corporate Coffee Solutions, JV Smart Vending, Rehan, Ve’Ladid, dan Cumisal turut menyumbang kepada nilai komersial produksi.
Kerjasama strategik ini merupakan salah satu usaha RTM dalam menyokong industri kreatif tempatan dan memperkasakan kandungan tempatan di peringkat global.
"Apartmen Putra" Musim 6 dan 7 akan mula bersiaran pada 8 Januari ini, setiap Rabu, jam 9.00 malam di TV2 dan RTMKlik.
Diharapkan musim baharu ini dapat menambah variasi kepada program drama RTM dan kekal relevan dengan penonton.
#RTM #ApartmenPutra #NesqCafe #EkonomiDigial #Sitkom #TodakFusion #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan