DURIOO+ LANCAR VERSI BARU, PERKENAL MASKOT 'DURI', ALIF SATAR KEKAL DUTA!
DURIOO+, platform penstriman khusus untuk kanak-kanak Muslim melancarkan versi terbaharunya dalam acara istimewa Durioo+ Experience di Pusat Sains Negara baru-baru ini.
Pelancaran wajah baharu iru turut diserikan dengan kehadiran duta Durioo+, selebriti dan ayah penyayang, Alif Satar.
Dengan tema “Wajah Baharu, Lebih Padu, Senangkan Ibu”, pelancaran ini memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang direka untuk memperkayakan pengalaman pengguna.
Salah satu sorotan utama adalah pengenalan maskot rasmi, Duri, yang direka untuk menjadi peneman kanak-kanak sambil menggalakkan penggunaan aplikasi secara bijak dan menyeronokkan.
Dalam usaha menjadikan aplikasi ini lebih mesra pengguna, Durioo+ memperkenalkan reka bentuk baharu dengan susun atur yang lebih teratur, memudahkan kanak-kanak mencari kandungan kegemaran mereka.
"Dengan fokus untuk menyediakan pengalaman 'Wajah Baru, Lebih Padu, Senangkan Ibu', Durioo+ berusaha untuk menjadi platform penstriman pilihan untuk generasi akan datang bagi kanak-kanak Muslim," kata Sinan Ismail, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Durioo+ ketika ditemui.
Turut hadir Ketua Pegawai Aplikasi & Teknologi Durioo+, Aditya Wirawan dan Nuown Zainal selaku Ketua Pegawai Operasi Durioo+.
DARI kiri: Aditya, Sinan dan Nuowan. |
Menurut Sinan, platform ini menawarkan lebih daripada 120 siri animasi di bawah jenama Durioo Originals dan lebih daripada 13,000 video, semuanya telah dikurasikan dengan teliti oleh panel ibu bapa Muslim untuk memastikan kesesuaian umur dan sejajar dengan nilai-nilai Islam.
Durioo+ menekankan perpaduan hiburan dan pendidikan, memupuk minat belajar sambil menanamkan prinsip-prinsip Islam dalam jiwa kanak-kanak.
"Misi utama kami adalah untuk membentuk generasi yang beriman, berakhlak, dan berilmu, Durioo+ direka bentuk untuk lebih daripada sekadar hiburan; ia adalah platform yang memupuk minda muda dengan nilai-nilai Islam," tambah Sinan sambil berharap mampu mensasarkan pencapaian 67,000 pelanggan berbayar bagi tahun ini iaaitu 50,000 tempatan dan 17,000 antarabangsa.
Selain itu, ciri interaktif baharu seperti DuDeen diperkenalkan untuk membantu kanak-kanak mempelajari doa harian, surah pendek, dan ilmu fardu ain dengan cara yang menyeronokkan.
Fungsi kawalan ibu bapa (Parental Control) turut dipertingkatkan, membolehkan ibu bapa memilih kandungan yang sesuai berdasarkan umur, minat, dan bahasa pilihan anak-anak.
Durioo+ juga memperkenalkan DuMinis, iaitu mesej pendek sebelum setiap video yang mengajar nilai murni, dan Durioo Games, permainan pendidikan interaktif yang mendidik sambil menghiburkan.
Melalui penggunaan teknologi Durioo Intelligence, aplikasi ini kini mampu mencadangkan kandungan berdasarkan minat kanak-kanak dengan lebih tepat menerusi fungsi carian, saluran khas, dan halaman “For You”.
Semua kandungan juga ditapis sepenuhnya oleh Lembaga Penapisan Durioo (LPD), memastikan setiap video yang dipaparkan selamat untuk tontonan.
Menurut pengasas bersama Durioo+, Nuown Zainal, sejak pelancarannya pada Februari 2022, aplikasi ini telah memberi manfaat besar kepada kanak-kanak di seluruh dunia.
“Kami sentiasa mendengar maklum balas daripada pengguna untuk menambah baik aplikasi ini. Wajah baharu ini adalah langkah kami untuk terus menyediakan kandungan berkualiti tinggi, selamat, serta mendukung nilai-nilai Islamik sambil memudahkan ibu bapa,” katanya.
Dalam acara yang sama, Durioo+ turut mengumumkan bahawa siri animasi popular Mina Mila dan Durioo+ SHOWTIME! akan kembali dengan musim baharu pada bulan Ramadan ini.
Musim kali ini bakal menampilkan tokoh-tokoh terkemuka seperti Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, pasangan Will & Sana Saleh, serta penyanyi terkenal, Zain Bikha.
Sementara itu, Duta Durioo+, Alif Satar, meluahkan keterujaannya terhadap kemas kini terbaru ini.
“Sebagai seorang ayah dan pengguna Durioo+, saya yakin ibu bapa akan menyukai ciri-ciri baharu ini kerana ia benar-benar menambah nilai kepada kandungan yang ditonton oleh anak-anak,” ujarnya.
Durioo+ menawarkan pilihan langganan yang fleksibel, termasuk pelan bulanan bermula dari RM19.90 dan pelan tahunan berharga RM238.92.
Sebagai alternatif, pengguna boleh melanggan melalui Kids Pack Unifi TV dengan harga RM8.90 sebulan.
Durioo+ juga memainkan peranan penting dalam menyokong industri kreatif tempatan.
Melalui inisiatif Durioo+ Creator, platform ini memberi peluang kepada individu dan studio animasi tempatan untuk berkongsi karya mereka dengan penonton yang lebih luas.
Ini bukan sahaja membantu mengembangkan industri kreatif tempatan, tetapi juga memperkaya ekosistem kandungan yang tersedia di platform.
Aplikasi Durioo+ kini boleh dikemas kini di peranti masing-masing untuk menikmati wajah dan ciri-ciri terbaharunya.
Untuk rekod, statistik sepanjang 2024, menyaksikan purata 3.2 juta jam dan 28.9 juta kali tontonan keseluruhan merangkumi lebih 59 negara.
Dengan komitmen terhadap kualiti konten, inovasi teknologi, dan sokongan terhadap industri kreatif tempatan, Durioo+ telah membuktikan dirinya sebagai platform video yang selamat dan bermanfaat, sejajar dengan misinya membina generasi yang beriman, berakhlak, dan berilmu.
Dengan lebih 13,000 video pelbagai genre, termasuk animasi, dokumentari, dan kandungan pendidikan, aplikasi ini boleh diakses di telefon pintar, tablet, televisyen terpilih, serta pelayar web.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman sosial rasmi Durioo+ di Instagram, Facebook, dan TikTok atau klik SINI.
#Durioo+ #AplikasiMuslim #WajahBaruLebihPaduSenangkanIbu #Duri #AlifSatar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan