ERA, LEEYANARAHMAN CIPTA SEJARAH DI STADIUM MERDEKA!
Berlangsung di lokasi ikonik bersejarah iaitu di Stadium Merdeka, acara ini menampilkan koleksi Aidilfitri 2025 yang merangkumi pakaian lelaki, wanita, dan tudung eksklusif dengan sentuhan elegan menerusi palet warna lembut dan pastel, mencerminkan gaya yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, kerjasama ini merupakan pencapaian istimewa bagi kedua-dua pihak.
“Kami amat berbesar hati kerana Leeyana Rahman memilih ERA untuk melancarkan koleksi terbaharunya. Ini adalah satu kolaborasi luar biasa kerana jenama ini mempunyai pengikut setia yang sentiasa menyokong produk tempatan. Lebih bermakna, barisan penyampai ERA seperti Azad Jasmin, Fazziq, Syazwan, dan Safee Sali turut memperagakan koleksi ini di pentas runway, menunjukkan sokongan penuh ERA terhadap industri fesyen tempatan,” katanya.
Leeyana Rahman, yang mula dikenali pada tahun 2012, terus menawan hati peminat fesyen dengan koleksi pakaian berkualiti tinggi pada harga mampu milik.
Jenama ini menawarkan ratusan rekaan yang boleh didapati di laman sesawang rasmi serta butik utama mereka di Bangi, Selangor.
“Koleksi kami sentiasa memenuhi cita rasa semua golongan. ERA juga amat bersemangat untuk meluaskan kerjasama ini di masa hadapan bagi memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak,” tambah Azah lagi.
Acara berprestij ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis popular seperti DOLLA, Ismail Izzani, dan DJ Mia, selain menerima sokongan daripada Kedai Emas Sri Tanah Merah.
Lebih menarik, acara ini turut menjadi pentas perkenalan buat Syazwan Razak, adik kepada pelakon terkenal Syafiq Kyle, yang kini memulakan kerjaya baharunya sebagai penyampai hujung minggu ERA.
Pertunjukan fesyen ini bukan sahaja menyerlahkan keindahan koleksi Aidilfitri, malah menjadi platform penting untuk meraikan kreativiti tempatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan program ERA, orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi ERA.
10 Pemenang hadiah cabutan bertuah yang memenangi 'gold bar' bergambar bersama pengasas Kedai Emas Sri Tanah Merah (tengah). |
#ERA #LeeyanaRahman #KedaiEmasSriTanahMerah #Dolla #IsmailIzzani #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan