Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GEMA SELAWAT SERIKAN ANGKASA MALAM 1 REJAB DI DUA PUNCAK MENARA CIPTA 'SEJARAH'!


PADA
tanggal 1 Rejab 1446H malam semalam, NHMall Worldwide dengan kerjasama AM Entertainment mencipa sejarah tersendiri apabila berjaya  menganjurkan program seni berkonsepkan Islamik yang berlangsung serentak di Puncak Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar.


Acara disambut dengan penuh meriah dan keinsafan oleh kira-kira 300 hadirin yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira usia memenuhi lokasi majlis di Menara KL setinggi 421 meter manakala. lebih kurang 200 pula hadir di Menara. Alor Setar pada ketinggian 165.5 meter.



“Alhamdullilah, ini acar julung kali kami. anjurkan dan mendapat sambutan. hangat dari umat Islam semua. InsyaAllah, kami. merancang untuk menggemakan selawat di beberapa. puncak menara lain di seluruh Malaysia,” ujar Pengarah Urusan NH Mall Worldwide Empire, Puan Noor Amira Abdul Razak pada sidang media selepas menjayakan Majlis Makan Malam & Gema Selawat Di Puncak Menara KL pada malam ambang 202 yang dirasmikan oleh Rabitah Alawiyah Malaysia,  Dato Syed Hood Edrus Al Idrus semalam.



Noor Amira berharap dengan kejayaan program sulung ini, mereka dapat terus membawa mesej Islam yang indah dan universal kepada masyarakat.



Turut bersama memeriahkan malam menyambut 1 Rejab 1446H bersamaan 1 Januari 2025 itu di hadiri bersama Sheikh Firash Muhamad Zuhairl; Petugas Khas NH Mall, Ustaz Muhammaf Fitri Abdul Samad; Ustaz Nader Sheikh Abdullah (Syria); Sheikh Mukhtar Jamel (Yaman);  Dr. Habib Ebrahim Muhammad Al Ahdal (Mekah); Sheikh Muhammad Ben Omar Al-Ya’ani (Yaman); Syed Muhamad Ibrahim Al-Ahdad (Yaman); Sheikh Niyaz Ahmad Hissamudin (Yaman) dan Dr. Habib Taher Al-Ahdad berasal dari Mekah.



Dan antara selebriti yang hadir menyerikan suasana majlis terdiri dari penyanyi  Daqmie serta Dt Royce Sa’ayan yang juga Pengerusi Kopstar serta Kumpulan Siddiq.


Program bertujuan mengajak umat Islam untuk memuji kebesaran Allah SWT serta mengenang jasa Rasulullah SAW melalui lantunan selawat yang bergema indah di lokasi berprestij tersebut.



Menjelang sambutan 1 Rejab bersamaan tahun baharu 2025, majlis menayangkan tayangan dokumentari mengenai sirah perjuangan Rasulullah SAW yang menyentuh hati para hadirin. 


Paparan ini memberikan pencerahan mendalam mengenai pengorbanan dan keperibadian mulia Baginda, sekaligus menyemai rasa kasih dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.



Kemuncak acara memperlihatkan  persembahan dari Kumpulan Qasidah Pondok Jorak Ratib Wal Maumaulid Al-Yaqin, yang dijemput khas, mengalunkan lagu-lagu memuji kebesaran Allah SWT dan Rasul-Nya. 


Persembahan diiringi dengan lantunan selawat, marhaban, dan tausiah oleh Sheikh Firash dalam bahasa Arab yang menguatkan lagi elemen spiritual majlis. Tausiahnya di alih bahasa ke Melayu oleh Ustaz Muhamad Al Bashar.



Pendek kata, hadirin menikmati konsep unik majlis makan malam yang disulam dengan suasana penuh keberkatan, menjadikannya pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


Selain menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW, acara seumpama berjaya mengeratkan silaturahim di kalangan umat Islam yang hadir dan juga memberi kesedaran tentang kepentingan keimanan dalam membentuk sahsiah diri, sekaligus menggalakkan penerapan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian.


Majlis juga tidak ketinggalan menyampaikan pengharagaan tujuh anugerah tokoh berjasa terpilih di mana antara penerimanya adalah Allahyarham Dato Paduka Prof Emeritus Dr. Haji Abdul Manan Embong  yang menerima Anugerah Jasa Bakti Utama Rakyat Malaysis 2024; Ikon Seni Vokal dan Suara Berhijrah - Mejar (K) Cikgu Siti Hajar Ismail dan Ustaz Abdul Halim Mohammed Omar selaku Penulis Khat Ayat Suci Al-Quran dengan tangan berasaskan Air Zam Zam yang mana karya seninya itu membolehkan beliau menjadi pemegang ‘Malaysia Book of Records’ sebanyak tiga kali.


Terdahulu, pada sebelah siang, tetamu. dihiburkan dengan alunan Qasidah Muslimat oleh Kumpulan El Qassh di bawah pimpinan Royce Sa'ayan yang turut bertindak sebagai penyelaras pentas.



Selepas detik 12 malam. acara diakhiri dengan doa bersama mengharapkan rahmat dan keberkatan dari Allah SWT untuk umat Islam di seluruh dunia disusuli salam bersalaman tanda kemaafan dan ikatan sillaturrahim diteruskan.


Sessunguhnya, ia meninggalkan impak mendalam kepada setiap yang hadir, menjadikan penutup tirai 2024 penuh bermakna dan berkat. 


Bahkan bagi Kak Fas, ia mencipta satu kenangan bersejarah sendiri wqima ini kali pertama meraikan tahun baharu di luar rumah dan berpeluang berselawat di angkasa malam Kuala Lumpur.


Rabbighfirli, Warhamni.. Watub’allaya - 1 Rejab 1446 H


BERSAMA rakan-rakan media yang hadir..


Kak Fas: Pertama kali juga lalui cabaran menunggu lif berjam-jam untuk turun dari Menara KL waima hanya tiga lif yang beroprasi, satu entah kenapa tak berfungsi manakala satu lagi pula terus tidak berhenti di tingkat kami berada. 

Hanya tinggal dua lif yang ada malah  terpaksa berkongsi pula dengan lif yang sepatutnya untuk membawa perabot dan kelengkapan turun. 

Ramai yang rasanya sangkut hingga lewat pagi sebab queue panjang, Bila lif sampai penuh pula.  Khabarnya lebih kurang 4,000 orang yang berada di Menara KL pada malam 31 Disember 2024 itu. Andainya berlaku kecemasan tak terbayang bagaimana nak turun cepat... tiada pilihan lain ke agaknya?


Satu renungan yang perlu difikirkan pihak pengurusan Menara KL...Wallahualam!


Apa pun Selamat Tahun Baharu 2025!


Artikel berkaitan baca link INI.




#MenaraKualaLumpur #MenaraAlorSetar #GemaSelawat #NHMall #ForYouPage 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan