Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUARDIAN MEDAN SETIA BUKIT DAMANSARA PERKENAL KONSEP INOVATIF TARIK KOMUNITI!


GUARDIAN Malaysia melangkah ke era baharu dengan memperkenalkan konsep stor yang segar dan inovatif menerusi pembukaan semula stor Medan Setia Bukit Damansara (MSBD) baru-baru ini.


Stor yang diperbaharui ini bukan sahaja mempertingkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan, tetapi juga menampilkan pendekatan unik yang memberi tumpuan kepada komuniti setempat, selaras dengan komitmen jenama tersebut untuk memperkasakan kesihatan, kecantikan, dan kesejahteraan pelanggan.


Pengarah Urusan Guardian Malaysia, Priscilla Wu, menyifatkan pembukaan stor ini sebagai langkah penting dalam menyampaikan visi baharu jenama Guardian iaitu ‘Serlahkan Personamu’. 



“Stor Bukit Damansara yang diperbaharui ini melambangkan komitmen teguh kami untuk memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan dan komuniti di mana kami beroperasi, khususnya di kawasan kejiranan yang dinamik ini. Stor ini merupakan stor pertama guardian yang menampilkan ruang berfokuskan komuniti di tingkat atas—sebuah konsep yang mencerminkan visi kami untuk pengalaman pelanggan yang lebih mantap dan terhubung,” kata Priscilla pada majlis pelancaran semula stor berkenaan.



Menurutnya, ruang komuniti ini direka khas untuk menjadi platform pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah kesejahteraan, sesi mencuba dan pensampelan produk, serta pelancaran produk baharu.


“Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan pelanggan dengan menyediakan alat dan sumber yang membantu mereka mencapai gaya hidup lebih sihat dan penuh keyakinan,” tambahnya.



Lebih menarik, ruang ini juga akan menjadi lokasi bagi House of Creators Guardian, sebuah program untuk mendidik dan memperkasakan pencipta kandungan Malaysia mengenai trend terkini dalam bidang kesihatan dan kecantikan. 


Melalui inisiatif ini, Guardian berharap dapat mencipta ekosistem media sosial yang dinamik, sekaligus memupuk bakat baharu dalam dunia pencipta kandungan.


Selain ruang komuniti, stor MSBD turut menampilkan susun atur baharu yang inovatif dengan rangkaian produk yang diperluaskan. 



Antara tarikan utamanya ialah ‘Salon at Home’, yang menawarkan penyelesaian penjagaan rambut profesional untuk hasil setaraf salon di rumah; zon penjagaan lelaki eksklusif yang memenuhi keperluan khusus golongan lelaki; serta bahagian ‘Clean Beauty’, yang menampilkan produk mesra alam dan berasaskan bahan semula jadi, pertama kali diperkenalkan di stor jenis High Street Guardian.


Bagi mereka yang gemar mengikuti trend kecantikan, stor ini juga memperkenalkan jenama premium baharu seperti LUMI, Zenyum, Uriage, dan Uruhime di bawah kategori #IYKYK Beauty.


Pendek kata, Guardian Malaysia terus komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.


Ahli farmasi yang berpengetahuan dan pasukan Guardian yang terlatih sentiasa bersedia memberikan panduan kepada pelanggan dalam memilih produk yang sesuai dengan keperluan mereka, merangkumi setiap peringkat usia.



Priscilla Wu menegaskan bahawa Guardian bukan sekadar peruncit farmasi, tetapi juga rakan setia kepada rakyat Malaysia dalam perjalanan mereka mencapai kesejahteraan diri. 


“Kami percaya setiap individu berhak mengawal kesihatan, kecantikan, dan kesejahteraan mereka dengan cara tersendiri. Peranan kami adalah untuk memberi impak yang bermakna dalam kehidupan pelanggan kami, membantu mereka menjadi versi terbaik diri mereka,” jelasnya.


Setelah berkhidmat selama lebih 57 tahun, Guardian terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama kesihatan dan kecantikan yang dipercayai. 



Dengan pembukaan semula stor Bukit Damansara yang berwajah baharu ini, Guardian Malaysia menegaskan komitmen mereka untuk terus menjadi teman setia kepada pelanggan dalam memenuhi keperluan kesejahteraan mereka—bukan hanya hari ini, tetapi untuk tahun-tahun mendatang.


Maklumat lanjut boleh layari:


Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram:  @guardianMY

www.guardianmy.com




#MYguardian #JomGuardian  #GuardianMYAPP #MYWellbeingMatters. #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan