LEDAKAN GASTRONOMI DI BUFET RAMADAN 'FROM KAMPUNG STREET TO JALAN AMPANG 2.0'
KERJASAMA strategik antara Suri Catering & Event Services dan Merindu Savior Events & Management kembali mempersembahkan Buffet Ramadan 2025 – From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0.
Acara gastronomi ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang luar biasa dengan hidangan tradisional Melayu di Cornerstone IPC, Jalan Ampang.
Bertemakan nostalgia kampung halaman, buffet ini menawarkan lebih daripada 150 jenis sajian tradisional Melayu dari seluruh negara.
Antara hidangan istimewa yang bakal memukau selera pengunjung termasuk Gulai Kawah, Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Pekasam, Tempoyak Daun Kayu, serta juadah warisan seperti Lempeng dan Ubi Kayu Rebus.
Menurut Zaza Sabran, Pengasas Merindu Savior Events & Management, tema tahun ini mengekalkan elemen tradisional sambil menyelitkan sentuhan moden dalam dekorasi dan konsep.
"Kami sediakan pengalaman menjamu selera hidangan kampung ke kota Kuala Lumpur agar kerinduan di kampung terubat pada Ramadan ini,' jelas Zaza yang berasal dari Sitiawan, Perak.
DARI kiri: Zaza, Bisron dan Ahmad Anas.
Ahmad Anas B. Mustafa Kameel, Ketua Pegawai Eksekutif Suri Catering & Event Services, pula menekankan bahawa setiap hidangan disediakan oleh chef berpengalaman untuk memastikan kualiti rasa yang asli.
Selain sajian, ruang acara yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur turut diberi sentuhan elegan oleh Lilit Pipit, yang diterajui Bisron Akhmal, Ketua Pegawai Eksekutifnya.
Dekorasi klasik dan moden menjadikan Cornerstone IPC lokasi ideal untuk berbuka puasa sambil menikmati pemandangan bandar raya.
Harga Berpatutan untuk Semua:
Buffet Ramadan ini menawarkan harga promosi menarik bagi tempahan awal sehingga 28 Februari 2025, iaitu RM103.90 seorang.
Selepas 3 Mac 2025, harga biasa dikenakan pada RM129.90 seorang. Kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pula dikenakan RM49.00, manakala warga emas hanya RM69.00.
Dengan pelbagai pilihan menu dan harga yang kompetitif, Buffet Ramadan 2025 – From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 dijangka menjadi pilihan utama warga kota untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keunikan tradisi dan cita rasa Melayu di tengah-tengah bandar raya. Tempahan boleh dibuat segera untuk mengelakkan kekecewaan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Suri Catering & Event Services atau Merindu Savior Events & Management di talian
+6018 2255 465 (Abdul Mutalib) mahu pun emel kepada hellomerindu@gmail.com
Artikel berkaitan boleh layari link INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan