Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALABAR GOLD & DIAMONDS LANCAR BILIK PAMERAN BAHARU DI MYDIN SEREMBAN 2



JENAMA
barang kemas global terkemuka, Malabar Gold & Diamonds, terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan pembukaan showroom baharu di Mydin Mall, Seremban-2 baru-baru ini.


Perasmian bilik pameran tersebut disempurnakan oleh Dato’ Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, bersama Encik Nijeesh P, Ketua Cawangan Malabar Gold & Diamonds dan Encik Aljas CV, Timbalan Ketua Cawangan.


Cawangan ini, yang merupakan showroom kelapan Malabar Gold & Diamonds di Malaysia, direka khas untuk memenuhi citarasa komuniti Melayu. 


Koleksi barang kemas yang ditawarkan termasuk emas, berlian, dan batu permata dengan rekaan yang memikat hati pelanggan. Semua barang kemas emas di showroom ini dihasilkan menggunakan emas 22K (916), memastikan kualiti dan keaslian yang tiada tandingan.



Malabar Gold & Diamonds, yang terkenal di peringkat global dengan pendekatan mesra pelanggan dan polisi telus, menawarkan jaminan kualiti melalui inisiatif “Malabar Promise”. 


Jaminan ini merangkumi nilai penuh untuk pertukaran emas dan berlian yang diperakui secara antarabangsa dan diperoleh secara bertanggungjawab, serta tanda harga yang jelas untuk setiap pembelian. 


Langkah ini memberikan ketenangan kepada pelanggan bahawa mereka menerima nilai terbaik dan perkhidmatan berkualiti tinggi.



Menurut Shamlal Ahamed, Pengarah Urusan Operasi Antarabangsa Malabar Gold & Diamonds, jenama ini terus berkembang pesat sejak memulakan operasi pertama di Malaysia pada tahun 2015. 


Beliau memaklumkan. bahawa showroom di Mydin Mall Seremban-2 ini adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk memenuhi keperluan komuniti Melayu dengan pendekatan “Melayu-utama" di mana  pendekatan ini telah terbukti berjaya melalui sambutan hangat terhadap showroom mereka di Ampang Point.


“Pembukaan showroom baharu ini adalah satu lagi langkah besar dalam perjalanan kami di Malaysia. Kami komited untuk menawarkan koleksi barang kemas yang eksklusif dan perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan tempatan. Penambahan ini turut memperkukuhkan kedudukan kami sebagai peruncit barang kemas pilihan di Malaysia,” tambah beliau.



Malabar Gold & Diamonds kini mempunyai rangkaian lapan cawangan di Malaysia, termasuk di lokasi utama seperti Jalan Masjid India, Pulau Pinang, Klang, Bandar Seremban, Ipoh, Mydin Mall Seremban-2, dan Ampang Point


Dalam masa terdekat, jenama ini merancang untuk membuka showroom baharu di Bangsar, Johor Bahru, serta beberapa kawasan lain di Selangor, sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan mereka.


Ditubuhkan pada tahun 1993, Malabar Gold & Diamonds adalah sebahagian daripada Malabar Group, sebuah konglomerat perniagaan dari India. 


Dengan perolehan tahunan sebanyak $6.2 bilion, syarikat ini kini menduduki tempat keenam dunia sebagai peruncit barang kemas terbesar. 



Jenama ini mengendalikan lebih 375 showroom di 13 negara, selain pejabat, pusat reka bentuk, unit borong, dan kilang yang beroperasi di pelbagai benua.


Dengan lebih daripada 22,000 kakitangan dari 26 negara serta sokongan lebih 4,000 pemegang saham, Malabar Gold & Diamonds terus memberikan impak besar dalam industri barang kemas global. 


Kehadiran mereka di Malaysia menambah pilihan berkualiti kepada pelanggan tempatan yang mencari barang kemas eksklusif dan perkhidmatan bertaraf dunia.



#MalabarGoldDiamonds #MydinMallSeremban2  #MalabarPromise #ForYouPage


Tiada ulasan:

Catat Ulasan