MYDIN LANCAR KEMPEN KONGSI MERIAH, SEMARAKKAN PERPADUAN RAI TAHUN ULAR!
DALAM usaha menyemarakkan semangat perpaduan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menganjurkan Kempen Kongsi Meriah 2025 yang menawarkan pelbagai promosi menarik, peraduan kreatif, serta aktiviti menghiburkan buat pelanggan.
Pelancaran kempen berlangsung meriah di MYDIN Subang Jaya yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group Berhad, Chan Seng Fatt dan Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin baru-baru ini.
Kempen ini memperkenalkan pelbagai peraduan menarik, termasuk peluang bagi 28 pelanggan bertuah yang hanya perlu berbelanja serendah RM118 di mana-mana cawangan MYDIN untuk memenangi persembahan tarian singa secara percuma di rumah mereka.
Pemegang kad MERIAH juga berpeluang menikmati baucar bernilai RM8,888 yang melibatkan jenama seperti Abbott, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha’s dan Sensodyne.
Selaras dengan tema perpaduan dan keunikan Tahun Ular, MYDIN turut berkolaborasi dengan The Star untuk memperkenalkan permainan interaktif ‘Snake Board Game’.
Melalui permainan ini, peserta boleh menebus pelbagai ganjaran seperti baucar, kupon penjimatan, dan tawaran hebat melalui aplikasi MYDIN Rewards. Selain itu, 10 pemenang bertuah daripada permainan tersebut akan memenangi hadiah utama berupa ‘Supermarket Sweep’ bernilai sehingga RM8,880.
MYDIN juga mendorong penggunaan pembayaran digital melalui peraduan XXTRA ONG.
Pelanggan yang mendaftar kali pertama di aplikasi MYDINPay akan menerima kredit sebanyak RM8, manakala pengguna sedia ada yang berbelanja minimum RM80 layak mendapat pulangan tunai RM8.
Haji Ameer Ali Mydin, menyatakan bahawa kempen ini mencerminkan nilai perpaduan yang menjadi tunjang dalam perniagaan MYDIN. Menurut beliau, semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia amat penting untuk dipupuk melalui inisiatif seperti ini.
"Kempen ini menjadi manifestasi MYDIN sebagai syarikat tempatan yang sentiasa komited dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian merentasi pelbagai kaum, di samping menawarkan pelbagai promosi barangan, peraduan dengan ganjaran hebat serta aktiviti menarik sepanjang kempen berlangsung," ujar Hj Ameer.
Selain menawarkan pelbagai promosi menarik, MYDIN juga prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat, MYDIN Prihatin.
Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, MYDIN menyumbangkan kotak makanan dan baucar tunai kepada 500 penerima daripada golongan B40 berbangsa Cina.
Kempen Kongsi Meriah 2025 berlangsung mulai 1 Januari hingga 12 Februari 2025.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini melalui laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN di www.mydin.my. atau KLIK DI SINI.
#MYDIN #KemoenKongsiMeriah2025 #MydinPay #XxtraOng #RahunUlar #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan