Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAIKAN KEMAKMURAN, TRADISI DI 'GARDEN OF FORTUNE' @ THE CURVE


SEMPENA Tahun Baharu Cina kali ini, the Curve mengalu-alukan kedatangan Tahun Ular dengan kempen meriah bertemakan ‘Garden of Fortune.’ 


Bermula dari 7 Januari hingga 2 Februari 2025, kempen ini menawarkan gabungan dekorasi memukau, persembahan kebudayaan yang menarik, dan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk semua peringkat umur.


Tumpuan utama kempen terletak pada instalasi indah di Centre Court, Aras Bawah di mana  ‘Garden of Fortune’ menggabungkan unsur alam semula jadi, warisan tradisional, dan simbol kemakmuran, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk merakam kenangan bersama keluarga dan rakan.



Garden of Fortune' meraikan semangat Tahun Baharu Cina – perpaduan, kemakmuran, dan pembaharuan. Terinspirasi daripada kebijaksanaan, keanggunan, dan tenaga transformasi zodiak Ular, kami ingin mencipta pengalaman perayaan yang mampu menyentuh hati pengunjung. 


"Daripada dekorasi yang memukau kepada persembahan kebudayaan dan inisiatif komuniti, semuanya dirancang untuk mencipta detik kegembiraan, hubungan bermakna, dan memori yang akan dikenang. Gong Xi Fa Cai, dan semoga tahun ini membawa kemakmuran dan keberkatan,” ujar ,” kata  Pengurus Pusat Boustead Curve Sdn Bhd., Elaine  Liew pada majlis pelancaran 'Garden of Fortune' baru-baru ini yang turut sertai oleh Ketua Operasi The Curve, Mohd Asnizam Saad.



Bagi meningkatkan kemeriahan, the Curve telah menyediakan pelbagai persembahan hujung minggu yang menarik. 


Pengunjung dapat menyaksikan tarian singa akrobatik yang penuh bertenaga, persembahan muzik tradisional Guzheng, demonstrasi melukis secara langsung, serta gabungan tarian Wushu yang mengagumkan. 



Persembahan gendang tradisional dan tarian Cina turut menambah keindahan seni warisan budaya sepanjang kempen ini.


Selain itu, pengunjung boleh meneroka nasib zodiak mereka di Western Courtyard atau menyertai bengkel kebudayaan interaktif. 


Aktiviti seperti kaligrafi Cina, seni memotong kertas, lukisan berus, dan seni melukis kipas memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berseronok sambil mempelajari tradisi yang kaya.



Menambah kemeriahan perayaan, Dewa Kemakmuran akan menjelajah di sekitar the Curve sambil menyebarkan keberkatan dengan mengagihkan syiling emas dan limau mandarin kepada pengunjung. 


Pada 18 Januari, acara khas God of Prosperity Walkabout akan diadakan, di mana kanak-kanak akan menemani Dewa Kemakmuran melawat kedai-kedai terpilih, sambil mengumpul token bertuah untuk pengalaman yang tidak akan dilupakan.


Bagi peminat media sosial, pertandingan Prosperity Snap & Win menawarkan peluang untuk menang hadiah menarik. 


Peserta hanya perlu merakam momen terbaik mereka di sekitar dekorasi Garden of Fortune atau acara yang berlangsung, kemudian memuat naik gambar tersebut ke Facebook atau Instagram.



Pembeli juga bakal menikmati ganjaran istimewa menerusi program Gift with Purchase (GwP) di the Curve


Dengan perbelanjaan minimum RM288, pengunjung layak menebus set sampul merah eksklusif, manakala perbelanjaan RM388 melayakkan mereka menerima barangan edisi terhad. Selain itu, kalendar 2025 juga boleh ditebus melalui aplikasi Mutiara X, menjadikan musim perayaan ini lebih istimewa.


Selain meraikan kemeriahan, the Curve turut komited menyebarkan kegembiraan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR). 



Pengunjung digalakkan menyumbang barangan keperluan ke bank makanan dan hadiah yang terletak di Centre Court


Bersama 988 FM, the Curve akan melawat Rumah Orang Tua untuk menjalankan aktiviti gotong-royong dan menyumbangkan barangan keperluan serta hidangan Tahun Baharu Cina. 


Inisiatif ini mencerminkan semangat sebenar musim perayaan – berkongsi kemakmuran, menyemai perpaduan, dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.


Ketika Tahun Ular membuka lembaran baharu, the Curve mengundang semua untuk menyelami keanggunan dan kegembiraan musim perayaan ini. Daripada persembahan kebudayaan yang mengagumkan kepada bengkel interaktif dan tindakan penuh makna, setiap pengunjung pasti menemui sesuatu yang istimewa di the Curve.

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ‘Garden of Fortune’ dan acara-acara lain di the Curve, layari laman web rasmi di www.thecurve.com.my atau ikuti the Curve di Facebook dan Instagram. 


#TheCurve #GardenOfFortune #TahunUlar #GongXIFaCai #Guzheng #ForYouPage

Tiada ulasan:

Catat Ulasan