RED BOX LANCAR KAD VISA 'REDPAY' RAI ULANG TAHUN KE-25!
MENYAMBUT ulang tahun ke-25, Red Box Karaoke Malaysia, peneraju hiburan karaoke di negara ini, membawa kegembiraan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pencinta muzik seluruh Malaysia.
Sempena pencapaian mercu jaya ini, syarikat dengan bangganya melancarkan Kad Ahli Baharu Red Box Karaoke iaitu REDPAY VISA CARD sebagai inisiatif khas untuk menambah baik pengalaman karaoke bagi pelanggan setia sambil menawarkan manfaat dan ganjaran eksklusif dengan kerjasama program kesetiaan REWARDSLINK.
Rewardslink ialah program ganjaran dan penebusan serta-merta yang menambah baik program kesetiaan Red Pay.
Dari 10 Januari hingga 3 Mac, setiap kad keahlian Red Box yang dibeli akan serta-merta menerima 25 Mata Ganjaran.
Kad VISA Ahli Baharu Red Box Karaoke - REDPAY merupakan kad kesetiaan dan pembayaran semua dalam satu yang membolehkan ahli menikmati pelbagai keistimewaan menarik di semua cawangan Red Box Karaoke di seluruh negara.
Dengan kad ini, pelanggan akan menikmati diskaun istimewa, hadiah hari jadi, tempahan diutamakan bagi bilik karaoke tersendiri, akses eksklusif ke acara khas untuk ahli, dan keupayaan mengumpul mata untuk setiap transaksi yang boleh digunakan untuk mendapatkan potongan 10% bagi perbelanjaan bil yang seterusnya.
Keahlian Serta-Merta:
Nikmati manfaat ahli eksklusif Red Box Karaoke sebaik saat anda mendaftar untuk kad VISA.
Program Ganjaran:
Kumpul mata ganjaran bagi setiap transaksi kad yang boleh digunakan untuk mendapatkan POTONGAN bagi perbelanjaan seterusnya dengan mana-mana rakan niaga VISA di seluruh dunia.
Diskaun Khas: Dapatkan diskaun sehingga 10% daripada caj bilik di cawangan Red Box Karaoke.
Akses Eksklusif:
Nikmati akses diutamakan untuk menempah bilik karaoke peribadi dan terima jemputan ke acara VIP dan pertunjukan eksklusif.
Tawaran Hari Jadi:
Nikmati Karaoke 3 Jam PERCUMA 3 hari sebelum dan selepas hari jadi anda.
Meraikan Mercu Jaya: 25 Tahun Bersama Red Box Karaoke
Sejak ditubuhkan pada tahun 2000, Red Box Karaoke telah mempelopori dunia hiburan karaoke Malaysia, menawarkan kemudahan terulung, perpustakaan muzik luas serta persekitaran menarik dan menyeronokkan untuk semua peringkat usia.
Selama ini, Red Box telah mengembangkan operasi ke pelbagai lokasi di seluruh negara, dan menjadi nama seisi rumah sebutan ramai baik dalam kalangan peminat karaoke mahupun penyanyi profesional.
Sebagai tanda memperingati mercu jaya penting ini, Red Box Karaoke juga merancang untuk menganjurkan satu siri acara sambutan sepanjang tahun, termasuk persembahan eksklusif, pemberian hadiah, dan promosi istimewa.
Pelancaran Kad VISA Ahli Baharu hanyalah satu daripada pelbagai cara Red Box merakamkan penghargaan kepada pelanggan setianya kerana memberikan sokongan berterusan.
"Ini merupakan pencapaian penting bagi Red Box Karaoke, dan kami terus menawarkan sesuatu yang istimewa kepada ahli-ahli kami sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka selama ini," kata Terry Swee, Pengurus Besar Red Box Karaoke Malaysia pada majlis pelancaran kad visa tersebut baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Pemasaran RewardsLink, Calvert Choo.
Tambahnya, "Dengan Kad VISA Ahli Baharu, kami ingin menambah baik pengalaman karaoke dengan menawarkan ganjaran eksklusif, diskaun dan pengalaman tidak dapat dilupakan sekali gus meraikan keseronokan menyanyi bersama-sama."
“Selama ini, Red Box berusaha untuk menyediakan wadah yang menyeronokkan untuk rakan taulan dan seisi keluarga meluangkan masa bersama, menjalin tali silaturahim antara rakyat Malaysia yang berkongsi minat terhadap muzik dan menyanyi.
"Sepanjang perjalanan ini, kami telah seangkatan peminat dan pelanggan tetap dan setia, sambil menarik kumpulan peminat penyanyi-K baharu dalam kalangan generasi muda. Kami berharap untuk menawarkan 25 lagi tahun penuh keseronokan, muzik dan kenangan indah bagi semua pelanggan kami,” jelas Terry.
#RedBoxKaraokeMalaysia #RewardsLink #KadVisaRedPay #Ganjaran #ForYouPage
Tiada ulasan:
Catat Ulasan