TIME ZONE AMPANG POINT RASMI KEDAI BAHARU, LANCAR ICE SMART 3.0
TIME Zone, peneraju utama dalam industri runcit jam tangaN merasmikan pembukaan semula kedai baharu yang dinaik taraf di Ampang Point serta pelancaran eksklusif jam tangan pintar terkini, Ice Smart 3.0.
Acara ini bukan sahaja memperkenalkan rekaan moden kedai tersebut, tetapi juga membawa inovasi teknologi kepada peminat jam tangan pintar.
“Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami dalam setiap apa yang kami lakukan. Pembukaan semula kedai ini dan pelancaran Ice Smart 3.0 adalah mengenai mencipta pengalaman yang benar-benar selaras dengan kehendak mereka,” ujar Pengerusi Eksekutif Time Zone, Dato’ Seri Meer Habib pada majlis pelancaran Ice Smart 3.0 di Time Zone, Ampang Point pada semalam, 14 Januari 2025.
Turut hadir Penolong Pengurus Besar Time Zone, Lisa Teh sementara Alya Abdul bertindak sebagai pengacara majlis.
Menurutnya, kedai baharu ini menampilkan rekaan moden yang elegan, direka untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan eksklusif.
"Dekorasi pada rona loga ini berdasarkan kepada 24 zon masa dunia," tambah Meer sambil memaklumkan ia satu simbolik pembaharuan masa waima syarikatnya Time Zone telah memulakan perniagaan sejak 33 tahun lalu.
Selain menjadi pusat sehenti untuk pelbagai jenama jam tangan global, ia turut menyediakan perkhidmatan selepas jualan, penjagaan khas jam tangan, dan ukiran peribadi untuk memenuhi kehendak setiap pelanggan.
Pelancaran Ice Smart 3.0 menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Time Zone.
"Jam tangan pintar ini direka khas untuk gaya hidup aktif dan moden, lengkap dengan sistem GPS terbina dalam untuk menjejak aktiviti sukan luar dengan tepat," jelas Meer.
Selain itu, ia menawarkan ciri pemantauan kesihatan 24/7 seperti denyutan jantung serta memberikan wawasan kesihatan masa nyata, menjadikannya pilihan ideal untuk peminat kecergasan.
Jam ini juga memastikan pengguna sentiasa terhubung dengan fungsi notifikasi pintar, yang memaparkan mesej, panggilan, dan amaran media sosial secara mudah di pergelangan tangan mereka.
Reka bentuk tahan lasak dengan paparan sentiasa aktif serta pilihan muka jam yang boleh disesuaikan menjadikan Ice Smart 3.0 sesuai untuk sebarang suasana, dari siang hingga malam.
Time Zone mengalu-alukan semua untuk mengunjungi kedai baharu ini di Ampang Point dan merasai sendiri inovasi yang ditawarkan.
Pelancaran ini menegaskan lagi komitmen Time Zone dalam menyediakan produk dan pengalaman terbaik sekali gus mengutamakan pelanggan.
Majlis pelancaran petang itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti bersama media di AMP Cafe termasuk rekaan lukisan 'doodle' pada pouch Ice Watch serta 'cabutan rezeki' yang menyediakan produk-produk jualan di Time Zone antaranya seperti Komono dan pelbagai lagi. Memang happening!
Kak Fas: Seronok bertemu kembali dengan Meer setelah sekian lama waima ia sekali gus mengembalikan nostalgia ketika mula-mula menemuramah beliau sebagai usahawan muda berjaya di Habib Jewels yang ketika itu terletak di Semua House. Malah Kak Fas turut menulis tentang dekorasi rumah bujangnya sehingga lah membuat liputan majlis perkahwinannya untuk Majalah WANITA keluaran Kumpulan Utusan. Tahniah atas kejayaan berganda dan menerima menantu baru-baru ini!
#TimeZone #IceSmart3.0 #IceWatch #Komono #AmpangPoint #MeerHabib #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan