Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

U MOBILE LANCAR KEDAI FLAGSHIP PERTAMA TAMPILKAN PENGALAMAN 5G IMERSIF DI SUNWAY PYRAMID!


U MOBILE
, yang bakal menjadi penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia, telah melancarkan kedai flagship terbarunya di Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid sekali gus menawarkan pengalaman membeli-belah imersif, memanfaatkan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI).

.

Selain itu ia  dilengkapi dengan pelbagai ciri inovatif, termasuk tanda harga digital, kamera keselamatan berkuasa AI, dan kubah imersif pertama di Malaysia yang terletak dalam sesebuah premis jualan. 


Kubah berteknologi tinggi ini menggunakan video berkualiti tinggi, sistem audio, realiti maya, realiti terimbuh, dan realiti campuran untuk mewujudkan pengalaman imersif yang boleh dinikmati oleh semua pengunjung.



Kedai flagship ini merupakan yang kedua untuk U Mobile di Malaysia, selepas kedai flagship pertama yang terletak di ibu pejabat U Mobile di Berjaya Times Square. 


Pusat Beli Belah Sunway Pyramid dipilih sebagai lokasi kedua kedai flagship kerana daya tarikannya kepada golongan berkeluarga, yang merupakan segmen sasaran utama yang sedang giat diperluaskan oleh U Mobile. 


Inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan syarikat telco ini untuk meluaskan capaian bagi mempertingkatkan pengalaman pelanggan. 


"U Mobile sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan memperkenalkan ciri-ciri inovatif dan imersif, digabungkan dengan produk dan perkhidmatan terbaik," kata Navin Manian, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, pada majlis pelancarannya baru-baru ini yang dimeriahkan dengan tarian singa.


DARI kiri: Jason Chin, Wong Heang Tuck dan Navin Manian.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck dan Pengurus Besar Kanan Sunway Pyramid, Sunway Giza & Sunway Square, Jason Chin.


"Kedai flagship terbaru kami di Sunway Pyramid menampilkan pengalaman yang didayakan teknologi, menggabungkan kehidupan sebenar dengan teknologi digital generasi baharu. 


“Daripada fungsi Peruncitan Pintar seperti Tanda Harga Digital dan CCTV berkuasa AI, kepada tarikan imersif seperti kubah di kedai kami, kedai flagship pintar ini direka untuk membolehkan pengguna berinteraksi sepenuhnya dengan jenama U Mobile,” tambah Navin.



Selain kubah imersif, kedai flagship ini turut menawarkan beberapa tarikan unik:

  • HoloBox: Unit kendiri ini menggunakan teknologi pancaran holografik, mengubah sistem pengurusan giliran. Pelanggan boleh berinteraksi dengan avatar holografik Stacy Anam, duta jenama U Mobile, untuk mendapatkan perkhidmatan. HoloBox juga berfungsi sebagai kiosk foto, membolehkan pengunjung merakam gambar. Imej pengunjung yang dijana oleh AI akan dipancarkan secara masa nyata ke dalam Kubah Imersif, mewujudkan pengalaman yang unik dan interaktif.
  • Zon U Home: Menampilkan konsep Rumah Pintar, zon ini menyerlahkan manfaat pelan keluarga U Mobile seperti U Family 128 dan pakej U Home 5G.
  • Ruang U Business: Menampilkan penyelesaian perniagaan menarik yang berkuasa 5G dan teknologi lain, mencerminkan komitmen U Mobile terhadap pendigitalan perniagaan.
  • Zon Gaya Hidup: Menampilkan permainan VR untuk semua peringkat umur, pameran produk U Mobile serta kerjasama eksklusif dan premium.


Sempena pembukaan kedai terbaharu ini, U Mobile menawarkan hadiah eksklusif dan promosi bernilai sehingga RM800,000 dari 24 hingga 25 Januari 2025.


Hadiah menarik termasuk telefon pintar 5G, penginapan di Sunway Resort, dan hoodie hasil kolaborasi eksklusif antara U Mobile dan Pestle & Mortar Clothing.


Seramai 88 pengunjung terawal setiap hari boleh membeli Huawei GT Cyber Watch dengan hanya RM0.99 berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat”, bermula 11:00 pagi. Tawaran ini khas buat pelanggan U Postpaid 68 atau U Postpaid 98. 


Selain itu, pelanggan baharu U Family 128 serta semua pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang boleh dimenangi setiap hari.



Visi U Mobile adalah untuk menjadi rakan perkhidmatan digital yang paling digemari di Malaysia melalui inovasi yang sentiasa memenuhi keperluan pengguna. 


Syarikat komited untuk menyediakan pengalaman kesalinghubungan berkualiti terbaik dan kelajuan 5G ultra pantas tanpa kos tambahan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.u.com.my/en/personal/grand- opening atau  untuk informasi lanjut tentang U mobile boleh ke laman rasmi telco itu melalui link yang tertera ini  di  https://www.u.com.my/en/personal/home.


Bole juga tekan pautan INI.



#UMobile #SunwayPyramid #UPostpaid68 #UFamily128 #UPostpaid98 #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan