VARISHA LANCAR KOLEKSI SIRI RAYA, LANTIK AMIRA DUTA JENAMA!
VARISHA Collection Sdn. Bhd. membuka tirai tahun 2025 dengan memperkenalkan koleksi eksklusif terbaharunya, “Raya Series”.
Pelancaran istimewa ini berlangsung selama empat hari, bermula 9 hingga 12 Januari 2025, di Central i-City, Shah Alam, dan turut menjadi pentas untuk meraikan pelantikan penyanyi serta pelakon terkenal, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi jenama tersebut.
Acara pelancaran yang berlangsung pada Sabtu, 11 Januari 2025, dimeriahkan lagi dengan debut lagu baharu Amira Othman bertajuk “Bila Nak Kahwin”, yang dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025.
Turut hadir Pengurus Perniagaan Varisha, Marisha Paudzai; Pengarah Urusan Sony Music Entertainment, Kenny Ong serta penyampai radio Era.fm, Munabella yang bertindak sebagai pengacara majlis.
Lagu bergenre pop ini diterbitkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif Emiera Othman Ventures.
Menampilkan sentuhan komposer terkenal, Iqie Hugh dan Omar K, bersama Amira sendiri, video muziknya pula mula ditayangkan pada tarikh sama, 11 Januari 2025 jam 3 petang, menambahkan lagi keterujaan acara tersebut apatah lagi apabila munculnya kelibat Fattah Amin di dalam video tersebut yang diambil penggambarannya di London.
Menurut Marisha, reka bentuknya memastikan tudung dalam koleksi ini mudah dibentuk, ringan, anti kedut dan tidak memerlukan seterika, menjadikannya pilihan sempurna untuk kegunaan harian mahupun acara istimewa.
Puncak kemeriahan pelancaran menyaksikan Amira membuat persembahan eksklusif mempersembahkan lagu baharunya “Bila Nak Kahwin” selain beberapa lagu popular seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga”.
Para peminat turut diberi peluang untuk bertemu Amira secara langsung melalui kempen istimewa “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman”, yang mendapat sambutan luar biasa daripada para pengunjung.
Berkongsi lanjut Marisha memaklumkan koleksi Varisha turut menjalankan pelbagai usaha promosi awal bagi memastikan pelancaran jenama ini berjaya.
Antara langkah yang diambil termasuk pelancaran kempen media sosial, kerjasama dengan Key Opinion Leaders (KOLs) dan influencers, serta liputan media meluas.
"Semua usaha ini bertujuan memperkukuhkan imej Varisha sebagai jenama yang melambangkan keyakinan dan gaya wanita moden," ujar Marisha.
ANTARA 3 pengunjung yang membeli Varisha dan berpeluang bergambar dengan Amira dan Marisha. |
Dengan slogan “Varisha for EVERYONE, EVERYDAY”, jenama ini kekal komited dalam menawarkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini.
"Koleksi ini dihasilkan untuk memastikan setiap wanita tampil yakin, selesa dan anggun dalam apa jua keadaan," tambah Marisha sambil dipersetujui Amira yang turut memperagakan tudung Varisha lengkap dalam pakaian gaun ala pengantin serba putih.
Maklumat lanjut tentang koleksi “Raya Series” boleh didapati di laman rasmi Varisha Collection atau dengan mengunjungi Central i-City, Shah Alam, sepanjang tempoh acara berlangsung.
#Varisha #AmiraOthman #VarishaForEveryoneEveryday #Tudung #BilaNakKahwin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan