Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WATSONS LANCAR KEMPEN #HAPPYBEAUTIFULYEAR2025 RAI TAHUN BARU CINA!


SAMBUTAN
Tahun Baru Cina semakin meriah apabila Watsons Malaysia melancarkan kempen #HappyBeautifulYear2025 dengan pendekatan yang segar dan dinamik. 


Tahun ini, Watsons mempersembahkan sebuah video muzik istimewa bertajuk “Sim Leng Gor Leng Nin”, yang memukau dengan gabungan muzik, tarian, dan mesej penuh inspirasi.


Menurut Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group, kempen ini bertujuan untuk menyatukan masyarakat dengan semangat positif dan kegembiraan perayaan.


“Sempena Tahun Baru Cina ini, kami ingin mencipta pengalaman yang unik dan bermakna untuk semua. Video ini adalah jemputan ikhlas untuk meraikan tahun baharu dengan hati yang terbuka, semangat tanpa batas, dan rasa kesatuan dalam komuniti kita,” kata Caryn Loh pada majlis pelancaran kempen bertemakan hashtag #HappyBeautifulYear2025 bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini. kempen 


Video berkenaan menampilkan Duta Watsons, Phei Yong eerta selebriti terkenal lain antaranya seperti  Amber Chia, Keluarga Kuan, yang terdiri daripada Perry Kuan, Mskuan, dan Jestinna Kuan, serta Danny Lee. 


Ia memaparkan saat-saat penuh warna yang mencerminkan komitmen Watsons untuk menyambut permulaan baru, menyebarkan kegembiraan, menyerlahkan gaya unik anda, dan mempromosikan kelestarian.



"Tahun Baru Cina tidak lengkap tanpa muzik, dan kami memperkenalkan tarian serta lagu istimewa untuk mendekatkan pelanggan kami, menggalakkan semua peringkat umur untuk menyanyi dan menari bersama. 


"Watsons bersemangat untuk mempromosikan misi kami, 'Look Good, Do Good, Feel Great', dan memberi inspirasi kepada semua bagi meraikan kegembiraan bersama orang tersayang sempena Tahun Baru Cina ini," sambung Caryn.

 


Di samping itu, Watsons juga meneruskan tanggungjawab sosialnya dengan bekerjasama bersama DeafBeat, kumpulan pemuzik daripada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran, bagi menyokong usaha seni dan muzik mereka. 


Watsons turut menghulurkan bantuan kepada rumah kebajikan di seluruh negara dengan menyediakan barang keperluan dan kegembiraan perayaan kepada mereka yang memerlukan.


Usaha ini mencerminkan komitmen Watsons untuk memberi impak positif dan menyebarkan semangat perayaan kepada semua.


Sempena #HappyBeautifulYear2025, Watsons turut menawarkan promosi khas, produk eksklusif dan tawaran hebat untuk semua ahli dan pelanggan.


Buat pertama kalinya Watsons menawarkan diskaun sehingga 50% untuk produk terpilih serta pertandingan eksklusif untuk ahli Watsons Club. 


Ahli berpeluang memenangi wang tunai harian sebanyak RM8,888 dan hadiah bernilai sehingga RM1,888,888! 



Untuk menyertai, ahli hanya perlu berbelanja minimum RM80 dengan mana-mana kad Visa, sama ada di kedai atau dalam talian sehingga 31 Januari 2025,” kata Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia.

 

Selain itu, Watsons menawarkan pelbagai hadiah percuma eksklusif untuk ahli sempena kempen ini. 


Hadiah tersebut termasuk pek angpao rekaan eksklusif, Happy Beautiful Bag, dan periuk casserol Dessini Non-Stick (20cm) secara PERCUMA. Happy Beautiful Bag yang direka khas ini menyerlahkan kelestarian, boleh diguna semula, dan tahan lama.



Selain itu, nikmati potongan segera RM18 untuk pembelian produk kosmetik, mandian, penjagaan mulut, penjagaan rambut, penjagaan kulit dan suplemen kesihatan dengan pembelian minimum. 


Jangan lupa, nikmati diskaun sehingga 50% untuk produk Bountiful Lifestyle terpilih menerusi tawaran Purchase with Purchase (PWP) seperti alat kecantikan, koleksi eksklusif Unik, set karaoke mudah alih, dan banyak lagi.


Sementara itu Phei Yong melahirkan rasa terujanya menjadi sebahagian daripada video muzik Sim Leng Gor Leng Nin untuk Watsons #HappyBeautifulYear2025!


"Sebagai Duta Watsons selama dua tahun, video tahun ini penuh dengan keseronokan, tenaga, dan momen bermakna yang menggambarkan semangat perayaan dengan melodi dan gerakan tarian yang mengasyikkan,” kata Phei Yong.



Majlis makan malam diserikan dengan penampilan istimewa pelakon terkenal antarabangsa dari Hong Kong, Wayne Lai di samping persembahan penuh inspirasi daripada komuniti DeafBeat menambahkan lagi seri, menyebarkan mesej kemakmuran dan tuah sepanjang majlis berlangsung!

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #HappyBeautifulYear2025 Watsons Malaysia, kunjungi kedai Watsons berhampiran atau layari www.watsons.com.my.



#WatsonsMalaysia #HaooyBeautifulYear2025 #SimLengGorLengNin #ForYouPage


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan